Wednesday, October 17, 2012

Sabar itu perlu ada~~

Salam.

Orang kata sabar itu separuh daripada iman.Masalah aku sekarang ini,tahap sabar dah tak iman sangat dah.Iman aku memang tak seteguh pohon kayu la.banyak kali bersabar dengan karenah mereka.takpa wadah.2 bulan sahaja lagi.lepas tu,aku bebas dari mereka semua..hahahahaha!! aku banyak tegur kesilapan mereka.tapi masuk telinga kanan,keluar d telinga kiri.kira bebal la.nak cakap tak faham bahasa,semua pun ambik degree.Takpaaa wadah....sabor!kito bakor ajo!!

perkara ini buat aku sedar.kenapa aku kena jaga hati mereka sedangkan mereka tidak pernah jaga hati aku?adakah aku ini jenis yang mudah untuk dipijak kepala?tidak!sebab aku jenis yang tak suka membawa hal ni berlarutan sehinggakan boleh menyebabkan pergaduhan.Aku selalu makan hati dengan perangai mereka.Aku selalu tegur." lepas makan cuci piring sendiri" tapi ada segelintir yang masih tak faham walaupun aku bercakap guna bahasa melayu.singki dan  meja masih ada pinggan dan gelas yang kotor dibiarkan.kadang2 sehingga makanan tu basi langsung tak dicuci!aku tak kisah kalau menggunakan pinggan mangkuk sendiri.Masalahnya orang lain pun nak pakai jugak.kalau tak reti nak basuh pinggan sendiri,apa kata kau tapau makanan dari luar sahaja!tak payah masak.kan senang?pakai buang je.

dulu aku sabar lagi.aku tolongkan juga mereka mencuci.sekarang?No way!!sendiri mahu ingat.Aku tak boleh nak bagi muka sangat.kalau dimanjakan,makin melarat.Ada segelintir yang rajin juga.pandai mengemas.tapi alangkah bagusnya jikalau semua pun rajin mengemas.tidak mengharapkan 2,3 orang sahaja seperti tukang gaji kat rumah ni..10 orang.kalau 10 tu pun malas,memang macam hutan la rumah la.kalau harap muka cantik,tapi pemalas,takda guna juga kan?ada jadual,tapi kalau selalu dingatkan untuk bertugas,baik tak payah buat jadual.

Jadi selepas ini,jika ditakdirkan antara kita2 semua ini bertemu lagi,aku tak mau da hidup serumah dengan orang2 macam ni.susah nak handle..Kejeraan orang bilang.hahaha..

"makanya wadah,jangan terlalu baik!kan dah kena."

"tak boleh la.aku tak biasa hidup begini.aku seorang yang kemas.takmau serabut2 macam ni.kena rajin mengemas juga"

"alaa,biarkan saja mereka tu.jangan dilayan sangat.2 bulan lagi untuk kau bersabar.tak pun,marah mereka!kau kan ketua rumah"

"takmau la.aku bukan suka nak cari2 gaduh ni.aku dah tegur depan2.kalau mereka tak dengar,tak pa la"

hahahahahahaa........

jahat ka aku bila menulis semua ini dalam blog?aku tak mention nama pun. tak tahu nak luah kat siapa..sekurangnya bila cerita kat cni,tak la beban sangat otak ni fikir.Ok.Itu sahaja.




see u soon...
Kbaiii!






Terima Kasih Sudi Baca Entry Ini

Monday, October 15, 2012

2 bulan setengah~~

Monday..ooo monday...semua orang tak suka hari isnin,Banyak kerja mahu buat.Bagi student macam aku pulak,kena pakai baju formal masuk kelas tiap2 hari isnin.berkurung la.Aku suka pakai baju kurung cuma semester ni kelas aku cuma 1 je time hari isnin.So ada kemalasan menggosok baju kurung disitu.Never mind!Minggu ke 6 dah dalam semester ni.kira2,berbaki 2bulan lebih sahaja lagi sebelum aku melangkah kaki  ke sekolah SMK Pekan Telipok.Praktikal dohh!bersediakah aku?menghadap murid2,buat kerja itu ini.tekanan pasti menjadi pendamping diriku pada masa itu.Ya Allah,bantu aku supaya praktikal ku berjalan dengan lancar nanti.Amin.

Aku kena bersedia awal.Banyak yang perlu dibawa masa praktikal.Antaranya ialah:

1.Ubat migrain.( aku selalu kena serang migrain tau!tiap2 petang mula la hantuk2 kepala.sakit dohh!)

2.Ubat gastrik( hehehe..aku jenis tak boleh makan sehari.kalau tak,shuffle la perut pada masa itu.)

3.Printer (banyak report kena hantar setiap minggu.so,baik beli printer kan.Darpiada buang duit 0.20$ 1 page.bankrap la mak bapak aku.

4.Name tag.( perlu la kot)

5.Baju kurung.( aku punya baju kurung banyak da tak muat.so kena tambah 5 pasang kot)

6.Tudung kena tambah juga...

apa lagi erk?nanti fikir balik la...hahaha..Now aku kena ready go to class..



Sebelum out,tatap la gambar yang senyum dalam paksaan.Eh tetiba!ahahaha..


tRip comel la sangattt...

Kbaiii!!


Terima Kasih Sudi Baca Entry Ini

Photoshoot Kampungku Indah

salam 1 Malaysia..hai korang semua.pa khabar?sihat?syukur la kalau sihat..aku?alhamdulillah.sihat walafiat.perasan ditanya.*lempang*

Ok.Yesterday,kelmarin la tu.haha.kami telah membuat sesi photoshoot di kampung tercinta,Kg Linau.Hah,bukan main lagi aksi yang kami buat..kalah model Tara Banks tau!Gedikk.sebenarnya,kitaorang tak plan pun.tetiba pulak buat photoshoot kat cni..Meh layan pic yang aku dah snap2.

beautiful one..Gunung kinabalu 

Sawah terbentang luas

4 dara pingitan

ini bukan sawah kami.hahahaha!

geng2 karas sedunia..

model of the year


itu sahaja.sekian.hahahahha!!

Terima Kasih Sudi Baca Entry Ini

Saturday, September 15, 2012

Oh my Blog!

Salam semua.lama rasanya tak update blog ni.sibuk memanjang.bila ada masa pula,takda idea nak tulis.buah fikiran aku bukan selalu boleh bagi idea.so,aku jadi malas la nak update.Baca blog korang yang aku follow pun jarang dah.tak macam dulu.habiskan masa membaca blog dan cerita mengarut korang.hehe.apa yang tulis ni?idea oo idea..datang la kepadaku.takpa.aku akan terus menulis tanpa tekan backspace.boleh ke macam tu?boleh saja ba..terlalu banyak perkara yang berlaku sejak dua menjak ni.nak tulis semua hari ni lenguhlah tangan aku.takpa.kayuh pelan pelan.lain masa ada lagi.boleh update.tu pun kalau aku rajin.muahahahaha..sem ni kira sem terakhir aku.aku kira sebagai sem terakhir sebab takda exam da pasni.hahaha..sengsara gila wei bila exam.otak penat gilak.paling frust bila kita baca then bila nak jawab,benda yang kita belajar tu tak nak kuar pulak walaupun d push banyak kali.banyak la kau punya push.apa kau fikir mau beranak mau push2.januari ni aku akan praktikal.tapi masih kurang pasti nak praktikal di sekolah mana.nak pilih sekolah yang banyak cikgu single boleh tak?menyelam sambil minum air tak salah rasanya.huahuahua..banyak kerja nak buat sem ni.medical check up segala,buat itu ini.semua perlu duit.oo..cerita pasal duit aku kayap untuk kesekian kalinya.kayap tu apa?ramai yang hairan bila aku guna ayat ni.orang tak pernah dengar.kayap kalau kat sememanjung orang maksudkan sejenis penyakit.Tapi aku pula mendefinisikan kayap sebagai pokai.aku dengar dari seorang kawan dari filipin.kawan bekerja aku suatu ketika dahulu.so,aku terus guna istilah kayap kalau takda duit.harap takda lagi yang bingung.aku kira nak kerja partime jugak sem ni.banyak guna duit rasanya tak cukup kalau minta kat kakak n puan emak.abang aku punya pasal la ni.dia punya gaji kena beku wei untuk 3bulan prtama.so bajet semua larik kat dia.menyampah aku!aku perlu duit nak buat baju kurung,beli keperluana masa praktikal lagi.aduhh..duit!duit!duit! alangkh indahnya kalau hidup aku ada magic.semua aku boleh buat.ok la.nanti aku sambung lagi k.idea tak jalan.so sad:(

Terima Kasih Sudi Baca Entry Ini

Saturday, June 23, 2012

majlis pertunangan

teman-teman sekalian,dengan ini I jemput korang semua menghadiri majlis pertunangan I dengan my future husband!jemput datang memeriahkan majlis ye.hidangan disediakan.menu nasi kandar kambing dan air paip.sila mesej I kalau korang tak jumpa jalan ke rumah I.Gediks u ols tau yang tak tau jalan ke rumah I.


~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~





ohmakkaiii..Perasan tak hengat!! zizan nak ke kat I??takpa la zizan.Minta maaf naa..I gurau jerk.U tak layan I apasal?I loike u ..u know that?opkos la u tak tau.U busy memanjang!
im sorry...(versi Amir Raja lawak)

Terima Kasih Sudi Baca Entry Ini

Wednesday, June 13, 2012

Keajaiban

Salam semua..rindu aku tak?oh!!terima kasih la sebab rindu..buat susah jer .sayang korang ketat-ketat.(*___*)
hah,hari ini keajaiban telah berlaku didalam hidup aku.Dalam family,aku ada seorang je adik lelaki.paling bongsu.kerana dia adik bongsu la,kami sekeluarga amat sayang dia.Tapi dia ni degil sikit.Payah nak bentuk.kadang2 aku hangin 1 badan nak nasihatkan dia seorang ni.aku lebih rela jaga lembu sekandang dari jaga adik lelaki macam dia.Bila keluar rumah,tak hengat balik rumah awal.so,kitaorang bengang la kan..kena kol setiap kali jam dinding capai angka 7 atau 8 malam..risau dia buat benda tak patut ke..apa-apa la..dan dia ni,bila nak minta tolong dia buat kerja,puiikkk!macam angin lalu jak dia dengar!langsung tak nak tolong kecuali kena marah sakan dulu.baru la tolong..tu pun tarik mulut muncung dan hentak kaki!

tapi hari ni lain sikit..pelik sangat.selepas kitaorang 1 family turun pekan membeli barang tadi,aku suruh la dia potong ayam yang sudah dibeli untuk dimasak.tanpa membantah,dia turuti jugak.dia potong dan siap cuci sekali tau!aku  macam tak pecaya wei..susah sebenarnya nak suruh dia buat kerja tau!lepas dia potong,aku try lagi minta dia kopek bawang.pun dia laju tau ambik pisau dan buat kerja tu tanpa sebarang bantahan!aku rasa semalam dia ada mimpi something kot yang buat dia berubah macam tu sekali..atau angin badan?mood baik,maka semua pun tak dibantah bila disuruh.

aku biar muka ko pemes d sini.hahaha!


tak cukup dengan itu,aku suruh pulak dia susun piring yang berterabur dalam bakul..pun dia susun mengikut bahagian masing2..last,aku minta carikan daun limau sebab aku nak masak ayam masak thailand.pergghhh!sedap gilak eh..mabeles!!dia nak makan sedap,kena tolong cari bahan!hahaha.kalau dia berterusan macam ni kan best.senang hidup aku..tenang dan tak berserabut fikir hal rumah..

k la..nak kemas bawah ruma..mood aku jugak rajin hari ni..Dan Mr.Right tak mesej aku la sehari ni..sibuk bebenor dia..takpa la..janji bahagia!hahaha!
Terima Kasih Sudi Baca Entry Ini

Monday, June 11, 2012

past is past..*_*

Hari ini hari Isnin bersamaan 11Hb June 12.(nak jugak tulis tarikh)Tadi tengahari aku ke rumah kawan yang akan berkahwin pada hujung minggu ini.Nama dia Anis.Sebenarnya plan kami nak buat event untuk menjemput rakan2  facebook untuk majlis dia nanti.So,aku dan dia memang rapat la.bagai isi dengan kuku.opkos la aku kena tolong dia kan sebelum majlis perkahwinan dia nanti.Lappy dia buat hal,so aku angkut lappy dan berukband sekali.But satu hal bila dia ni berkazen pulak dengan Ex-Boipren aku.Berjiran lagi.sebelum aku ke rumah kawan tu,aku banyak kali tanya dia,samada Ex-Bf ada dirumah tak?sebab selalunya keluarga Ex-Bf ni balik kota marudu.ada rumah sebuah lagi kat sana.dan dengan confidentnya Anis jawab,"tiada dorang sini".aku yang dengar jawapan pun lega la kan.sekurangnya tak payah nak hadap muka Ex-Bf lagi.Cuakk tau!hati masih berdarah.Ceh!

Bila sampai rumah Anis,dia ajak aku terus kebawah rumah untuk buat air minuman.Dan aku bercerita dengan Anis sambil buat air anggur.Namun,tetiba hati aku terpanggil untuk keluar untuk menegur mak dan bapak Anis yang mengheret tangki dari rumah sebelah.Siapa sangka bila aku keluar,aku betul2 berhadapan dengan Ex_Bf yang sedang menolak kereta kosong yang berisi kayu api.Bila nampak Ex-Bf,otomatik mulut seperti di gam weii!!suara pun tak terkeluar!apa kejadahnya semua ini??

Aku masuk dapur semula mendapatkan Anis.
"Kau cakap dorang teda sini.aku nampak D***** la"(tak boleh mention nama la).Aku punya muka rasanya pucat seperti nampak hantu.
"sumpah.aku nda tau pun dorang ada sini.Baru sampai kali" Anis mempertahan dirinya.
"jum la kita naik p bilik kau.kita on9 disana."Gesaku.Aku buat macam rumah sendiri.hahaha.Dasar!

Dalam bilik aku memang tak keruan langsung.Anis pulak berabis ketawakan aku.Buat macam biasa sebab dah takda apa2 hubungan katanya.tapi aku ni mana boleh relax.Darah aku cepat gemuruh tau!aku memang nak balik saja time tu.tak sanggup aku wei menghadap muka Ex-Bf.Then,hp aku berbunyi..number baru.

"helloo" sedikit gagap aku disitu.
"dik,kau dmana?macam aku nampak kau dirumah Anis tau.Apa kamu buat sana?P sana aku ar." suara Lyzan,kazen kepada Ex-Bf kedengaran..dia ni kaki penyakat.aku tau dah motif dia.dari dulu sampai sekarang!perangai tak ubah!
"tidak.aku d korea (sempat lagi berlawak)....kau ambik  ba mangga.Kita makan" laju seja aku meminta.peduli apa aku.masa tu  memang aku nak makan mangga pun.
"ba.nanti aku ambil  mangga sama D*****."
aku tekan punat cancel.Dah tau dia main helah.

Tak lama kemudian,Ex-Bf naik ke atas rumah.Aku boleh nampak dari dalam bilik sebab pintu bilik terbuka luas.Aku rasa gelisah dah.mampus aku kalau dia masuk dalam bilik ni bawak bercerita.tak nak!Anis pula senyum2 kambing.Suka la tu kenakan aku.tapi apa daya memang malang nasibku,Ex-Bf berdiri dihadapan pintu bilik dengan senyuman yang aku boleh anggap sebagai senyuman puas ati sebab dah berhadapan.Yelaa..hampir 2tahun kot kami berpisah.aku bawak haluan dan paling sadis aku block dia dalam Fb.hah!padan muka!aku block sebab aku tak nak kaitan dengan kau lagi la!tapi darah gemuruh aku tetap ada.bergetar jiwa tengok senyuman dia.Uisehh.aku berpura cek Hp aku.buat tak tau dan taknak langsung bertentang mata dengan dia.Aku perasan dia tenung aku lama2...bila dia tidak dilayan,dia duduk kat tangga bersama Lyzan.then,Anis mengajak turun kebawah rumah sebab katanya bilik panas!Sengaja la tu.!Sebelum turun,Harist pulak kol.Penyelamat!!boleh la dia berlakon jadi boifren aku sebentar!hahahaa..aku pun bercakap dengan suara yang lantang supaya dorang dengar la kan.biar dia fikir aku dah jumpa pengganti.Part aku suka bila aku cakap 'ba,nanti malam la kol balik.miss u too'.depan Ex-bf aku cakap macam tu!hah,aku memang gembira tak hengat la.Tq harist sebab dah selamatkan aku!Aku nak balik masa tu tapi Anis tahan aku.Aku mencikk tau!dorang macam dah pakat nak kenakan aku!

Bila dibawah rumah,aku duduk kat kerusi.setiap pergerakan yang aku buat,aku sedar ada yang memerhati.Lyzan menghayun diri di buayan tali berhadapan dengan aku.Dia tersengih.Ex-bf pulak tetiba duduk kat sebelah aku.otomatik la aku berdiri menjauhkan diri.tak nak wei.aku benar2 serba tak kena masa tu.Bila Ex-bf pegang lappy aku,otomatik aku rebut dari tangan dia..maka batal lah air sembahyang.:(
 aku tukar kedudukan lappy.aku menunduk menghadap lappy supaya tak payah bertentang mata dengan dia.namun aku gagal.bila aku pandang dia,dia pandang aku.aku pandang Anis,Anis tersenyum.Bila aku pandang Lyzan,matanya menyorot memandang Ex-bf.seperti memberi isyarat kepadaku untuk memandang Ex-Bf.lama jugak keadaan kami macam tu.Sampai la Ex-Bf bersuara.

"kau tidak kerja lagi di hotel tu?:"
"dia kan belajar..mana kerja lagi" Lyzan menjawab bagi pihak aku.aku pulak tersenyum
"nda suda.aku kerja dirumah seja."jawabku acuh tak acuh.mata aku dan Ex-Bf bertemu.
"bila kau habis belajar wadah?" Lyzan pulak bertanya.macam Inspektor aku rasa mereka di saat itu.
"tahun ni.Insyaallah".sambil memandang ex-bf.anak mata kami bertemu lagi.Ya ALLAH.apa aku patut buat ni.semua serba tak kena.Lappy pun ikut hangkang macam hangkangnya otak aku memikir mereka ni.
"Jadi Erina(kawan aku sebilik dulu yang dia usha.) pun masih lagi kamu 1 rumah?susah betul mau hubung kamu kan.Fb pun kena block ba kami.sampai betul hati kamu."tanyanya lagi.tapi Erina tak layan Lyzan sebab dia tak suka.hahaha.tapi pasal fb,memang aku yang suruh Erina block Lyzan.sungguh jahat diriku.sebab siapa pun yang ada kaitan dengan Ex-bf,otomatik terkena tempias.Saat ni aku bertentang mata lagi dengan Ex-bf.biar dia rasa pahitnya kena block dari Fb.
"aku tidak mahir betul ba Fb ni.Dulu pun, Fb aku orang lain ba yang buat tu" Ex-bf pulak bersuara sambil memandang aku.Ya,aku sedar dia menyindir.Aku yang bertangunggjawab membuat Fb dia suatu ketika dahulu.dan sebab Fb jugak la kami banyak krisis dan menyebabkan hubungan putus serta merta!tapi aku buat tak endah bila dia bercakap macam tu.kena relax ok!

"ba kau bagi dulu number Erina sama aku " Lyzan buat muka kasihan masa tu.
"mana boleh.nanti dia marah aku."jawabku sambil memandang muka Ex-bf lagi..aku tak nak pandang tapi hati aku paksa..begok punya hati!tidak semena -mena,lancar number hp aku keluar dari mulut ex-bf..
"016812****  number Hp  Erina" dia memandang aku.Nak buktikan yang dia masih ingat number Hp aku la tu.tapi sengaja guna nama Erina.Saat tu mata kami bertentangan.lama.
"number wadah ba itu.." Lyzan pulak menyampuk sambil tertawa..Ah,terima kasih kerana ingat number aku wahai Ex-Bf.tapi kau tak pernah pun contact aku selama ni.kau benar2 jauh hati dengan aku.seperti aku yang jauh hati dengan kau.pergghh!ayat..!

dan saat tu,Harist kol lagi.Hah,benar2 penyelamat!aku menuju kedapur untuk elakkan diri.kunun nak bercakap dengan boypren la tu..padahal,hampeh!lakonan semata.aku cuma dengar 'naa,kol suda boypren dia'..lepas berbual,aku letak hp aku kat meja.Saat tu,Ex-bf mahu mengambil Hp aku tapi aku pantas mengambil Hp tersebut.apa kejadahnya dia nak buat macam tu?nak korek rahsia la tu..
"jangan cek2.nanti nampak gambar tak patut" warningku dengan nada perlahan.i mean gambar tak patut,bukan gambar bogel ya..sila tepis otak kuning anda.maksudnya,gambar bersama boypren la kiranya.Tipu sunat.nak selamatkan diri.
"takut betul pun" dia menarik muncung mulut.ceh!ada ku kisah.
"wadah sumbung sudah ba sekarang" kata2 Lyzan seperti belati menusuk atiku.ceh!padahal memang sumbung pun.tapi dengan kamu sahaja..saudara terdekat ex-bf..kecuali Anis..hahaha..

saat aku on9,Ex-bf berjalan dibelakang ku.aku sedar perlakuannnya pabila memandang skrin lappy.Then dia berhenti betul2 dia belakang ku.aku gelisah.Anis masuk ke dapur menjerang air.Lyzan masih stay di buayan tali itu.apa pulak dia nak buat ni.then dia bergerak ke sebelah kananku.jarak kami sangat dekat.Ya Allah.Kuatkan ati aku.doaku dalam hati.
" kenapa kau masih malu2 lagi ni?lama suda kita ni kan.." tapi dia tak sambung ayat dia sebab aku mencelah.
"jangan bergurau ar!teda2 pun aku malu."mata kami sudah bertentang masa ni...makk aiii..padahal memang aku malu pun.tapi jawapan cover line baikkk punyaaa maaa...aku hanya hadap lappy dan biarkan dia menyimpulkan kenyataan yang aku memang dah lupakan dia.!tak lama Anis keluar dari dapur..
"aku pulang la nis..sombong betul sudah dia.."ucap Ex-bf sambil memandang aku.Anis hanya menjawab sepatah seja..'bah' ..Ah biarlah dikatanya aku sombong.aku hanya memandang dia dengan senyuman.Biar la kau pulang!senang kerja aku.hahaha!gelak jahat..:(






wahai hati,lupakan dia yang pernah menjadi peneman dikala sunyi.meski cinta,jangan biarkan kau kembali sakit untuk alasan yang sama.ya,aku berterima kasih sebab dia pernah mencintai aku dan aku pulak,orang yang tak pernah mengerti kasih sayang dia sebab tu selalu minta putus hubungan :( dan kerana ego aku cuba tepis dia jauh2 dari hidup aku.sebab tu aku mengelak dari dia.Dan aku sedar aku salah menilai dirinya.Maafkan aku..:)







kadang-kadang kita tidak menghargai cinta.Kenapa?
sebab kita belum merasai kehilangan dia.
kadang-kadang kita merasai cinta tapi masih tidak percaya.kenapa?
sebab kita selalu fikir negatif pasal dia.
kadang kita tak sedar hati kita terlalu menyayangi dia.kenapa?
sebab kita tunjuk ego taknak mengalah.
so,hargailah orang yang menyayangi kita sebab kita akan mencarinya bila dia tiada d sisi.
masa tu menyesal pun teda guna..

sekian entry details..hahaha!


Terima Kasih Sudi Baca Entry Ini

Monday, June 4, 2012

It's June!

Asalamualaikum..
Sedar tak sedar,dah bulan June wei.ingatkan masih di bulan May.Sungguh cepat masa berlalu.June!June!June!Yeahh Wadah.Sedar lah kau.Sudah masuk bulan June.June ni banyak perkara akan berlaku.Puan Emak Punya Birthday,sudah semestinya aku punya birthday akan jatuh pada hujung bulan,dan paling penting result sem lalu aku akan keluar sebelum akhir June.Uwaaa..Rasa nervous gilak eh.sebab exam ni aku tak buat sebaik mungkin.Masih rasa takut untuk repeat subjek.aku takmo!!aku tak pernah dan harap tak berlaku sepanjang belajar kat sini.Berkati usaha ku Ya Allah.dan June jugak mengingatkan aku akan kesudahan cinta suatu ketika dahulu.Ya.Kami break up dibulan June.Wah.adakah diriku ini masih sukar melupakan si dia?no way!aku dah jumpa orang baru.hahaha.walaupun masih malu untuk mengaku cinta,tapi yang penting hati sudah berbunga..amboii ayat!

Bulan ni jugak my kazen mengerjakan Umrah bersama suami tercinta.sepatutnya aku berada d airport sekarang.Rombangan keluarga pergi airport hantar mereka.Tapi penyakit malas aku merebak lagi.so,aku putuskan duk diam2 dalam bilik tengok My Girl(korean drama) kat lappy.Tanggal 15 pulak,kawan rapat akan melangsungkan majlis perkahwinannya.Ingat tak entry pasal cinta tak direstui tu?hah,si perempuan sudah pun memilih untuk menerima orang lain dan tidak sanggup untuk meneruskan cinta yang terhalang bersama si jejaka.Ok.aku terkadang kurang setuju dengan keputusan drastik kawan itu untuk bernikah secara paksaan.I mean,dia paksa hati.dia kenal bakal suami tak lebih dari 3 bulan jer kot.terus menerima lamaran bakal suami.Ya aku faham bila sudah putus cinta,kita kena cari pengganti supaya hati dapat diubati.tapi dia ni,dah bertunang,still samar2 dengan keputusan yang dia buat.tak percaya yang dia akan kahwin.aku pun sedih jugak.Ex Bf pulak selalu chat dan meluahkan ketidakpuasatiannya kepada aku.apa aku boleh buat?nasihat jak la.yang penting doakan si kawan mendapat kebahagiaan.Hanya itu yang mampu aku lakukan.Ok stop pasal kahwin-kahwin ni.

erm,nak cerita apa lagi erk?apa yang ada dibulan June?oh ya,apasal cerita Nada Cinta ni tak habis-habis ar?aku tak suka la ceritanya langsung.Puan Emak dan Bapa minat gilak eh dengan cerita ni.sekarang ni pun,bila dorang menonton cerita tu,rasa nak pecahkan seja skrin Tv tu.tak logik sungguh jalan ceritanya..maaf ya Tuan Director.hoho.aku marah sebab aku takda peluang langsung nak tonton Tv wei.sebab kena monopoli oleh Puan Emak dan Bapa.erm.takpa..Bulan ni jugak abang aku start kerja kat SESB cawangan Ranau.sebelum ni dia kerja kat UMS.ok la kot.harap2 dia dapat stabilkan kewangan dia bila kerja kat SESB nanti.boleh la kumpul duit untuk kahwin.aku nak jugak dapat anak sedara.Best apa dapat anak sedara.cuma tak tahu bila akan ada peluang.Jangan2 duluan merasa anak sendiri.miahahahaha.ok stop mengarut.ada tak faham dengan ayat yang aku guna? aku tak suka menaip secara formal.cukup la sekadar korang faham apa yang aku tulis.tak faham,just leave ur comment here.hahaha.ok la.nak tolong abang buat surat pulak.see u soon.daa!

Terima Kasih Sudi Baca Entry Ini

Friday, June 1, 2012

Aku dan baby

Bila teman asyik mesej nak khabarkan pasal perkahwinan,aku sayu.Umur makin meningkat,dan satu persatu teman mendirikan rumah tangga bersama yang tersayang.Sejajar dengan umur aku sekarang,rasanya perasaan untuk bina keluarga,normal.aku nak jugak join club kamurang.Jaga anak,jaga makan minum asben,urut bahu mentua.ah,larik dari tajuk pulak!Sepanjang hidup aku di dunia ni,aku pernah menjaga baby sehingga dorang pandai bercakap,berjalan,dan pendek kata membesar depan mata.bukan baby aku ok!baby jiran dan kazen.(baby sitter rupanya)start aku tingkatan 3,Puan Emak mengambil  upah untuk menjaga baby jiran.Sebulan Rm300.Puan Emak menjaga baby ni kat ruma kitaorang.

Awal pagi jam 7,baby tu dah dihantar kerumah sebelum mak bapak dia pergi kerja.lengkap dengan semua pakaian,susu dan peralatan mandi baby.Kena lagi masa aku takda adik kecik da,aku anggap baby tu macam adik aku sendiri.Budak pertama kami jaga Nadhirah Shafiqah.Kami jaga since dia masih 5bulan kalu tak silap.Hampir 2tahun jugak la kami jaga dia.Sekarang dah besar dah.Tau mekap2 segala.Mak dia ajar kot!hahahaha.

Bila aku masuk tingkatan 5,adik dia pula yang kitaorang jaga .Nama dia Nadzurah Shaqira.Puan Emak masa ni banyak serahkan tangungjawab kat aku.Lepas aku balik dari sekolah,aku yang ambik alih menjaga.setiap kali balik dari sekolah,aku tak sabar2 nak balik rumah sebab baby ni la.aku rindu walaupun sekejap tak bersemuka.amboi ayat..Dia berumur 4bulan,kitaorang dah jaga dah.sampai dia besar.Hah,budak ni la yang ikut muka aku.Orang tua selalu kata,kalu kita jaga budak tu since dia masih baby,dia boleh ikut muka kita.muka dia memang sebijik macam muka aku sekarang!haha.Dia ni manja dengan aku tau.dia tak manja dengan Puan Emak dan lain2.Dengan aku sahaja ok.Sejak kami jaga budak ni,Encik Bapa selalu belikan dia makanan ringan dan mainan.Dia anggap macam anak dia sendiri kot.lebih2 lagi bila budak ni panggil Encik Bapa 'Pak' dan Puan Emak sebagai 'mak'.tambah kuat kasih sayang yang diberikan.kadang Encik Bapa lebih manjakan dia  dari adik lelaki bongsu aku tu.Sebab tu la adik bongsu aku tak suka budak ni.Ok itu tipu.Adik aku la yang paling suka menyakat baby ni.adik aku kan  bongsu.Dia kan takda adik lagi.So.anggap baby macam adik sendiri la.
hehe!!hai kakak!



Terima kasih sebab jaga adik!!

Lepas tu bila aku sambung belajar,tiap kali cuti sem aku stay kat rumah kazen aku.Jaga baby pertama yang bernama Mohd Zaim Darwish.Hah,masa ni aku tekanan tak hengatt!aku tak pernah jaga baby lelaki.First time ni.habit baby lelaki ngan  baby pempuan tak sama kot.Sebab tu aku tak berapa nak kamcing ngan budak ni.hari-hari menangis.Setiap minit menangis.mak bapak dia pergi kerja,so memang aku sorang terpaksa handle budak ni.Memang naik gila wei.tekanan sangat.



sejak itu,aku menjadi badut untuk menceriakan suasana.Aku nak buat pa pun tak boleh.dia tetap jugak nak nangis.Buat susu,dia nangis juga.Aku p cek la pampersnya kot2 dia melepas ka,tapi xda jugak.mungkin mengantuk?aku p la hayunkan kat buayan.makin tambah tangisannya.Hah,bayangkan tekanan yang aku alami.hari-hari macam ni.nasib baik mak dia kerja kat bawak rumah tu ja.kami terpaksa la stay kat tempat kerja maknya.mak dia kerja sebagai pembantu pengurusan murid.tapi budak ni sampai sekarang memang takut ngan aku.tak  tahu kenapa?adakah muka aku macam mak lampir?aku tak pernah cubit jauh sekali pukul budak ni.aku tak pernah wei.aku tahu kenapa dia tak suka aku.Dugaan.
padan muka kau!haha




yang ni bukan parents dia.eheh.


start aku cuti sem kedua,aku jaga baby jiran kat sebelah rumah pulak.Hah,yang ni kembar.Super duper Kiut.bukan aku sorang jaga.mampus la aku.Berat dorang,mak aii..seorang 11 kg.!  yang sorang 10 kg.lenguh tangan wei!aku sebenarnya segan nak jaga dorang ni.sebab bapak budak ni,cikgu aku masa sekolah rendah.tapi mak budak ni baik.selalu tolong  aku.so,tak baik tak balas budi orang.
Aleeya dan Aleysa


yang ni aku jaga masa kat hospital.Masa tu makcik aku kena tahan di wad.5 malam aku temankan makcik aku kat hospital tu.sebelah katil makcik aku,perempuan yang kena tahan sebab baru bersalin.Operate ok! so setiap kali mak dia pergi tandas,mandi ke,makan ke,aku gatal tangan p dukung baby ni.Lama-lama kebiasaan pulak.Dia manja dengan aku.I loikee.Comel je dia senyum.

hai duniaaa...
 yang ni masa aku dalam teksi.On the way nak balik kota belud.Kebetulan penumpang kat sebelah ialah pasangan suami isteri.selamba sahaja tapak tangan yang halus itu memegang tangan aku.aku pun snap la.sumpah comel.dia pandang aku jer.aku tak berani la nak snap muka dia.sebab masa tu bapak dia ni angin ckit.
tangan baby
 yang ni pulak adik kepada kembar yang aku jaga tu.Adam Hakimi.sama rupa dengan kakak2 dia.
macam?ada ciri tak?hehe



Adam Hakimi

 yang ni anak sedara Puan Emak.Budak yang baju merah tu yang manja dengan aku.dulu dorang selalu stay kat rumah ni.sekarang,jarang dah.
miss u olz..

 bila tengok gambar dorang ni aku rindu pulak.kenapa la  dorang membesar.Bila dah besar,tak kiut dah.nakal adalah.semoga kamu menjadi orang berguna dimasa hadapan ya adikku sekalian.



Terima Kasih Sudi Baca Entry Ini

Thursday, May 31, 2012

Bahhh Jadiii...

Di sebuah kampung yang terpencil,terdapat sebuah rumah usang yang didiami oleh seorang nenek tua dan cucu perempuannya.Nenek yang sudah uzur hanya menghabiskan sisa hidupnya di atas sebuah tikar mengkuang yang sangat la buruk.cucunya pula hanya bekerja menjadi pembantu kedai di kampung tersebut.

Pada suatu malam,rumah mereka dimasuki perompak.perompak tersebut terdengar ada anak dara yang cun tinggal di rumah itu.Lantas,mereka berempat dengan rakusnya menolak pintu bilik cucu dan nenek tersebut.Ketika itu nenek sedang berbaring di tikar mengkuangnya.mereka berdiri betul2 di hadapan nenek itu.

Perompak: aku mau cucu kau seja.aku tau kau tidak kaya,miskin melarat.Tapi cucu kau ni banyak manfaat kepada kami.hahahaha!!
Cucu : Jangan apa-apakan nenek saya.Bawak seja saya pergi.
nenek: jangan bawak cucu saya.kamu bawak seja saya.kamu tidak akan dapat manfaat dari dia ni.semua benda dia xtau
cucu: kenapa nenek cakap macam tu?(sambil hentak kaki)
nenek: Bahhh jadiii???mau buat macamana lagi?kalu kau kena bawak,siapa uruskan makan minum aku?
cucu: habis tu,nenek ni boleh bagi apa dengan dorang?Bawa saja saya!!
perompak: jangan gaduh2!kami cuma mau cari orang yang boleh layan kami.hahahahaha!!
nenek: aku boleh!!
cucu: biar betul nek?
nenek: Bahhh jadii...................................



dan perompak itu terus terdiam.Apa kejadahnya kami kena ambik orang tua!kami pun nak yang first class!
sekian.
Terima Kasih Sudi Baca Entry Ini

Farewell Friend



Sabtu lalu,lepas kitaorang habis exam,kami mengadakan farewell party untuk kawan aku yang akan menjalankan teaching praktikum pada sem depan.so,kami tak akan jumpa la 1 semester.lepas teaching praktikum,InsyaAllah jumpa lagi.korang buat praktikum pun tak la jauh mana.setakat Tuaran.Boleh kot seminggu sekali turun bandar sama-sama.haha.meh layan gambar kitaorang ..




gadis sabahan ok!


Sponser By mary( yang baju belang)




yang ni xdapat join malam tu.Si Erin.Gambar  ni masa kat Cp.dia pun akan buat teaching praktikum.



pilih-pilih...!gadis idaman malaya.muahahaha.yang lain ni dah habis belajar.





Gonna miss u makcik2 ku sekalian..


Harap bila sudah habis praktikum,kita tetap 1 rumah jugak! sebab masing2 dah kenal perangai.Kuat marah,kuat ketawa,pemalas,kuat merajuk,hah,semua kita ada!haha..aku pasti rindu korang.Rindu nak share story,lepak sama-sama,masak sama-sama..Arghh! korang jak la yang faham aku macamana.Gonna miss u all....I love u my fren..sayang kamu ketat2.
Terima Kasih Sudi Baca Entry Ini

Wednesday, May 30, 2012

lelaki itu..:)


Assalamuaikum..
Entri kali ini agak merapuh ok.taknak baca,sila tekan X.tapi merapuh aku,ada isi jugak.hah!untuk kesekian kalinya,hati aku seperti telah diketuk setelah beberapa lama x dibuka.(ayat jiwang gitu lor)last aku kapel tahun lalu.Bulan 3 dah clash.Apa kes?hah,biarlah rahsia.tak boleh la kalau semua hal korang nak tahu.aku nak stok untuk laki aku lagi,untuk anak2 aku di masa akan datang.Insyaallah.kalu ada seru nak kawin.muahahaha.

intro tingkatan 6 punya karangan.

Lelaki itu.Perkenalan kami agaknya sudah lama.sejak aku tingkatan 6.masa tu dia best fren dengan pakwe kawan aku.so,secara tidak langsung,kami pun berkenalan.tapi hanya kenal macam tu sahaja.dalam tahun ni kami rajin berbalas komen d pesbuk.Siapa tak tau pesbuk?memang bangang la korang.ketinggalan kereta api!dan kami semakin rapat(sebagai kawan) setelah dia meminta num hanpon aku kat pesbuk.berani gilak yooo!aku pada mulanya,taknak kasi.yela.masa tu aku ingat dia masih pakwe kepada seorang teman yang aku kenal sejak dari kecil.teman mengaji kalu tak silap.so,tak manis kot kalau menggatal dengan boipren orang.tapi,dia yakinkan aku bahawa dia suda tiada apa dengan si teman itu.dan aku pun gatal tangan p cek wall teman (ex Gf lelaki itu).dan aku temui jawapan.memang sah!si teman sudah ada pasangan baru.boleh tahan.sama padan!dan aku pun bagi la number hanpon ku dan berbalas sms.

hah! start malam tu,dia peneman aku.kebetulan number yang dia guna Digi.Digi aku pulak,pelan super sms.50sen akan dipotong sehari,then sms sampai lenguh jari kot dalam masa sehari kat semua number Digi!Digi sahaja ok! semuanya free!so,memang sesuai sangat dijadikan peneman dikala sunyi.dia memang kuat mengayat.hah!aku kenal dengan lelaki masam ni.tapi dia yakinkan aku bahawa semua yang disuarakan ialah dari isi hatinya.tak main tipu.boleh percaya ke?aku pun buat2 la jual mahal.taknak la kecewa kan!siapa la diri ku.uhuk!dibandingkan dengan dia,rupa ada.kerja pun ada.tak sesuai dengan aku.aku ni pemalu sikit.(sila muntah sekarang)muka pun tak la cantik mana(ayat pancingan minta kasihan)tapi aku syukur dengan apa yang aku ada.sejak kami berbalas sms,tak pernah jumpa face to face lagi.sebab aku nak elakkan dari berjumpa dia.haha.aku banyak kali balik kampung.Bila dia tanya aku kat mana,aku cakap aku masih d kk.tipu sunat!kang dia bawak jumpa,malu siot la aku!kang tetiba tak boleh bercakap.

dan siapa sangka,tadi time aku ke gerai Puan Emak,aku terlihat dia.dia dalam kereta.sorang diri.bila dia senyum,aku pun terpaksa la senyum.Omg!dalam hati Tuhan saja tau betapa aku berdebar.normal la kot.tak pasal-pasal aku terpukul adik perempuan ku.hah!darah aku kalu gemuruh,otomatik lepas kat orang sebelah.kalau ada barang,memang barang jadi sasaran tangan aku.dasar penyakitan.haha!aku tak boleh handle la keadaan tu.tak tau kenapa.tak lama lepas tu,dia text aku pulak.

'lawa betul senyuman tu tau' ...Omg!aku nak ketawa besar2.dia buat aku malu la!aish.aku pun reply dengan ayat ni .
'malunya.haha'.dan bila dia reply mengatakan dia nak pusing balik semata nak tengok aku,aku terus balas dengan mengatakan aku nak turun ke pekan.boleh pulak dia offer dia nak ambik aku.sama-sama turun ke pekan.aku cepat2 tolak.aku kata aku jalan sendiri.haha.aish.dia la orang yang aku nak elak selepas Mr.Yoo.tapi terserempak jugak!apa la nasib badan ni.

tapi andai kata dia yang terbaik untuk aku,berikan aku petunjuk Ya Allah.aku dah banyak kali reject dia bila dia mengayat aku dengan kata2 manisnya.Bukan apa.lelaki ini,bila dia taknak layan dah selepas kita reject dia,bererti dia hanya nak main2.tapi ini lain pulak,kata nak tunggu jugak.So,apa aku patut buat?aku bukan sombong cuma aku rasa aku yang tak layak berdampingan dengan dia.andai dia yang terbaik,mudah-mudahan hatiku tidak kecewa.Amin.

Terima Kasih Sudi Baca Entry Ini

Tuesday, May 29, 2012

Bapa Aku kena serang asma !!

Assalamuaikum.....(jawab tau)
     subuh tadi kira-kira jam 4.30 aku dikejutkan dari mimpi yang indah.indah la sangaattt.bapa aku kejutkan dengan suara yang tersekat giteww.aku faham da.pasti penyakit dia menyerang.aku bangun,cuci muka kejap then trus blah!orang sakit kita tak boleh bergerak macam  siput.kena rush!hah,masa turun tangga,aku terfikir.Jangan2 bapa suru aku drive ni.Omg!mesti lambat sampai hospital ni.nasib baik dia yang nak drive sendiri(dia taknak lambat kot sebab aku drive macam siput vavi).

aku perhati jer.nafas dia dah turun naik la masa tu.aku risau je dia tak boleh drive.aku ni,kalu dalam keadaan emergency otomatik boleh jadi terrer dalam semua hal.dia yang xpercaya kemampuan aku.setakat drive time kereta tkda lalu lalang kat jalan tu,sifir 1 je kot.yolaaa tuu..sampai hospital then dia ambik pam untuk pernafasan tu.Oh,aku bukan budak medical.susah nak cakap apa nama benda tu.alaa,yang mesin untuk orang asma tu.main sedut.lega la rasa.hah tu la tu.malas nak explain.faham2 la sendiri.haha.dah terbangun awal ni,kena mengemas awal la.Harap2 mood rajin datang.banyak benda nak buat ni.k la papai.have a great day!!

Terima Kasih Sudi Baca Entry Ini

Monday, May 28, 2012

Camera & Ex-Bf Text me


Dah dapat apa??sebelum ni aku pernah post aku nak benda ni.Boleh Klik kat Sini.Dan aku super duper gembira.Akhirnya aku dapat genggam jugak!Duit tabung aku terpaksa korbankan wei!tapi takpa.benda ni ada kegunaan jugak. tabung syiling aku sikit jak.tukar kat Cimb bank terus p tapau tu kamera kat Centre Point dengan kawan.Dan kakak yang tersayang tambah duit untuk beli benda ni.Syukur ada kakak yang memahami!dia dah bank In duit awal2.Tapi aku ni lahap sikit bila nampak duit.korek2,lama2 tinggal sikit.tak cukup,minta lagi!haha..memandangkan Puan Emak tak kasi duit beli benda ni,aku cari ikhtiar sendiri cucuk jarum kat kakak.hahaha!walaupun aku terpaksa korban syiling aku yang sikit ni..tak caya?sikit jer tau syiling aku!!








tapi takpa.aku akan kumpul ko balik wahai syiling!
dan masa tu aku terima mesej dari Ex-Bf.Guna number baru wei..mula2 dia miskol je.aku tak layan number2 baru ni.bila miskol2 tak berbalas,dia text pula.Lebih kurang macam ni la conversation kami.


Ex : salam.apa khabar kau?
aku: ???   (maksud tak kenal la,kan dia guna number baru!)
Ex: kenapa kau tidak tengok kawin sayang?
aku: siapa kawin?
Ex: kau ni pura2 lagi tnya.Di Kg.Linau ba sayang..


masa ni aku dah tau dia siapa.sebab masa tu kakak dia kawin.Tapi aku tanya untuk dapatkan kepastian.


aku: siapa jugak ni??
ex: ******
aku: oo..kau rupanya.kalau kau kawin,baru saya p tengok..


lepas tu dia tak reply da..mungkin terpukul kot dengan ayat aku.hahaha!!
lantak la.
Yang penting aku dah dapat kamera!lalalalalala...
Terima Kasih Sudi Baca Entry Ini

Monday, May 7, 2012

roomate putus cinta

Dunia percintaan memang indah.Terasa dunia kita yang punya.Tapi bila sudah berduka,adoi..gurindam jiwa!!
tadi rummet aku menangis.Duii..aku sendiri tak tahan tengok dia menangis teresak.Sampai baju aku basah wei dek air matanya.mata sampai bengkak.Dah kawan ada masalah,saat ini la bahu kita menjadi peranan.Tenangkan dia..Sabar ya kawan..alaa,perkara biasa la tu..gaduh..pastu putus..tak lama mesti merindu..mula la rujuk balik..alolololo..pastu senyuman mesti sampai telinga punya la!kawan ni punya emo tadi,simcard jadi mangsa.Dipatahnya simcard!hah!ambikk ko..tapi aku juga yang dibawanya pergi beli simcard baru..tak pa..tolong kawan..
kenapa percintaan ni rumit erk??
nasib baik aku dah single sekarang..susah kot bercinta buat masa ni.Bila lagi kalau sudah berperang dengan pasangan.Makan tak lalu kot.Lebih lagi bila exam datang menyinggah.takkah parah?silap-silap tulis dalam kertas jawapan 'aku rindu dia'.
Ok..Entry aku memang pendek buat masa ni..aku ada penyakit malas..korang ada ubat tak untuk rawat penyakit aku ni??



Terima Kasih Sudi Baca Entry Ini

Wednesday, April 25, 2012

Beautiful Nara baca mesej, buat enty pasal Shah Iskandar

Salam..
kenal tak dengan blog beautiful nara?mustahil korang tak tahu..

pagi tadi aku pm dia..buktinya..




aku respect la abang nara..lepas aku sent mesej tu,dia keluarkan entry dia pasal Shah Iskandar 
boleh baca kat sini..
hehe.aku dan kawan-kawan minat giler kat Shah iskandar.Blog beautiful nara popular sebab dia buat cerita pasal artis2 kita.kitaorang tak view blog lain kalau nak baca gosip pasal artis ni.sebab info beautiful nara memang  tiptop!!.Bravoo!!Good job!

Terima Kasih Sudi Baca Entry Ini

Saturday, April 21, 2012

bila sedih itu bertandang

Bila seorang wanita itu bersedih tapi tidak mengeluarkan airmatanya,itu bererti dia sedang menangis didalam hati.
Dia tidak akan mengaku dia sedang bersedih dan berharap kamu memujuknya.Dia seorang yang kuat menghadapi semua perkara yang menyedihkan dalam hidupnya.Pernahkah kamu terfikir untuk mendalami hatinya?Dia akan menjalani hidupnya seperti biasa.Namun,hatinya amat parah.Parah dihati tidak dapat dirawat melainkan masa yang membawa lara itu pergi jauh dari hidup wanita.Argh!wanita itu memang lemah!bisik lelaki yang tidak punya perasaan.korang tahu apa?hanya tahu sakitkan hati sahaja.Dan wanita pulak,aduhai.....bila bersedih,gurindam jiwa la alamatnya.Aku pernah merasai semua itu.Sakit hati bercinta.Putus ditengah jalan.Argh..tapi aku tak menangis.Aku kuat kot.mungkin.tapi dalam hati,hanya Allah yang tahu.segalanya diserahkan kepadaNYA.bila berpisah,aku percaya akan ada pengganti yang lebih baik dari sebelumnya.Biar lambat mana sekalipun,sabar sahaja menjadi peneman dikala sunyi.kadang terasa sunyi jugak.Takda bunyi mesej awal pagi ucap'selamat pagi sayang'.Kosong terasa hidup ini.tapi bila difikirkan semua,semuanya ada hikmah yang tersembunyi.Kita tak tahu.dan sedih itu amat lama untuk dipadamkan dalam diri.Kalau sahaja aku punya kuasa,aku akan hilangkan segala memory bersama dia.Tapi apa daya.Otak sudah sempurna.Ingatan itu tetap ada.Ah sudah!aku takmo lagi fikir pasal dia.Buang masa dan tenaga sahaja.Life must go on..move forward!never gustan-gustan or dalam erti kata lain,masa itu tidak dapat diundur.aku jiwang ka??tak la..!siapa kata aku jiwang,siap korang!!

Terima Kasih Sudi Baca Entry Ini

Friday, April 20, 2012

aku minat dia..:)

salam..petang yang indah.





aku rasa aku jatuh cinta bila tengok dia senyum..alolo..memang macam gilak bayang terus...siapa dia?nama dia shah iskandar..alaa,pelakon kat tibi tu..sekarang ni dia banyak berlakon drama.kat tv3 la dia paling pemes.aku suka dia sebab dia comel....hahaha

Terima Kasih Sudi Baca Entry Ini

Wednesday, April 11, 2012

Dari Dia kita datang,kepada Dia juga kita kembali.

Salam.Lama sungguh tak update blog.semuanya sebab broadband lembab macam siput.rasa gian nak menaip kat sini.sepanjang aku tak update ni,banyak hal yang berlaku.perkara yang kita tak pernah sangka.minggu lalu,hari isnin seorang kawan seangkatan di sekolah menengah lemas di sungai yang memang setiap tahun 'makan' orang.kenapa aku taip macam tu?sebab memang tahun-tahun ada kes kematian kat sana.korang percaya tak dengan kewujudan hantu air?kitaorang kat sini panggil hantu air sebagai Galap.air sungai tu tak la dalam sangat,korang rasa kenapa dia boleh lemas?tak pa la..ajal dia kot...huhu...

hari sabtu pulak,kami di kampus dikejutkan dengan berita 2orang pelajar kami terlibat dalam kemalangan di kota belud.Seorang maut ditempat kejadian dan seorang lagi meninggal ketika berada di unit rawatan akibat pendarahan yang teruk dikepala.menurut sumber,mereka ke kota belud untuk menghadiri jemputan kenduri.agak kasihan juga.namun,kejadian itu sebenarnya mengingatkan kami bahawa ajal ini tidak mengira tempat dan masa.kepada Dia juga kita kembali.

marilah kita sedekahkan al fatihah kepada sahabat aku Arwah Azahari( meninggal kerana lemas) dan arwah Ady dan Jenn yang meninggal akibat kemalangan.Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan dtempatkan dkalangan orang beriman.Amin.

Terima Kasih Sudi Baca Entry Ini

Saturday, March 31, 2012

broadband siput!!

wah,time nak buat segala asignment,broadband pulak macam siput babi!macam nak berkawan pulak ngan ikan-ikan kat dalam sungai depan rumah ni.takpa.dugaan.cobaan.!argh! semua la..
i'm so upset! tq..:(
Terima Kasih Sudi Baca Entry Ini

Thursday, March 29, 2012

aku nak benda ni!!

                                      
Aku tak kira.nak benda ni jugak.!asal pandai pujuk Puan Emak,cabut rambut putih dia hari-hari,rasanya boleh dapat ni.hahaha.bukan apa.Aku sudah aktif semula dengan blog ni.So bila ada benda ni,senang kerja nak upload gambar.tak payah guna henpon yang tak seberapa tu.asal pasang Usb sambung dengan lappy,mula lah buat perangai.Stuck!

Korang rasa Puan Emak bagi duit tak nak beli benda ni?nak cucuk jarum kat Puan Emak malam ni jugak!lalalalala...Wish me luck..^_^

Terima Kasih Sudi Baca Entry Ini

lamaran yang sweet ^_^

Korang pernah berangan tak dilamar oleh kekasih dengan cara yang romantik yang tak terfikir dek akal kamu?
Bagi yang takda idea nak melamar kekasih,sini ada caranya.memang confirm dia akan cakap "Yes!,i do...".Video ni aku ambik kat kawan.Dari blog dia.Boleh tahan.Comel ja caranya.Luluh jantung weii..




 tak nak cara kat atas? apa kata korang bawak pasangan anda ke pantai.Sebelum tu,pakat la ngan kengkawan buat suprise kat dia.Alaa,kawan mesti tolong punya.Tabur bunga rose kat pinggir pantai,buat bentuk love.jangan guna bunga taik ayam pulak.confirm kena reject!Then,dengan selambanya korang propose dia.Alaa,sweet gitu.angin laut bertiup.Burung yang mencari makan pun akan ambik pit stop untuk menonton drama korang.Winkk..

kredit dari Pakcik Google



yang ni aku tabik spring! Awal Ashari melamar Scha kat propaganza.memang jantan gilak erk si Awal ni.Gugur air matanya time propose Scha.
ayat yang power" sudikah awak menjadi yang halal untuk saya?".nampak sangat ikhlas.paling penting,dia berani.kekasih korang ada macam Awal tak?kalau ada,boleh kita bermadu kasih?lalalala...


 kalau aku seorang lelaki,aku akan propose kekasih aku dengan cara ni..




Aku akan pakai maskot atau jadi badut,then propose dia depan umum..biar dia tertanya siapa empunya badan yang melamar.kalau dia dah terima,baru tunjuk muka sebenar.perempuan pun boleh propose lelaki kan?macam Elyana tu.Dia yang lamar laki dia tau!kelass gitu..aku nak try la..lalalala...

P/s: memang kuat berangan!

Terima Kasih Sudi Baca Entry Ini

Keluhan hati.

huuuuuu...herrmmmm......
mengeluh begini ka bunyinya??bantai..!

Hari ni aku applykan adik perempuan dan abang aku untuk jawatan konstabel.Baru punya kekosongan.Email kakak aku,memang aku yang dok p buka,cek kalau ada jawatan kosong yang sesuai.Then,aku akan isi.Hantar permohonan secara Online.Tapi tidak banyak yang memerlukan aku mengisi secara online.Kena pos jugak.Bab ni aku paling tak suka.kena copy,cop kesahihan dan hantar borang.aku rasa banyak kali dah lakukan benda yang sama.Tapi takda hasil.

aku sering juga mengeluh.rasa sia-sia sangat.kadang rasa dunia ni tak adil.Nasib tak memihak dengan kitaorang adik beradik.kenapa??bukankah semua rezeki Allah yang tentukan?aku buntu.Entah bila nasib keluarga akan berubah.Aku nak juga bagi Puan emak dan Encik Bapa hidup senang.tapi persoalannya,bila??harapkan aku?huhu..masih jauh lagi perjalanan aku.lepas praktikal,konvo,dapat segulung ijazah pun belum tentu dapat merubah nasib keluarga aku.aku pasti akan mengangur buat seketika.Alaaa,bukan aku ja.banyak lagi graduan Universiti yang masih berkakai mencari kerja yang sesuai dengan kelayakan yang mereka ada.

So,dalam hal ni,nak salahkan siapa??nak salahkan nasib?bukankah kita sendiri yang boleh merubah nasib sendiri?Ikhtiar dan doa saja pengiring jalan hidup untuk masa ini.So,jangan putus asa wahai diri.Cepat atau lambat,pasti akan ada hasilnya.

Alaaahaiii...mengeluh lagi.

Terima Kasih Sudi Baca Entry Ini

Tuesday, March 27, 2012

tragedi hostel

Yeppiii...lappy aku dah ok.Sehari ja repair.service yang mantop.tukar skrin abang aku terpaksa tanggung bayar.Rm 400..mahal gilakk ehh.Sorry ya abang.(",)
Ok.Berbalik kepada tajuk,tragedi d hostel.Tadi puan emak menonton tv.Tak tahu apa tajuknya.Tapi mengisahkan seorang lelaki yang mengamalkan ilmu hitam untuk melakukan kejahatan.Dia jadi orang minyak.Aku tak layan sebab tak minat dengan pelakonnya.Tapi cerita itu mengingatkan aku akan peristiwa yang berlaku di hostel pada awal tahun pertama aku di universiti.

Masa tu hostel kami didiami 18 orang student.4 bilik termasuk 1 master room.Di belakang hostel pula rumah pangsa yang kebanyakkannya juga didiami oleh para pelajar.Mengimbas kembali peristiwa malam tu,memang aku rasa nak berhenti menaip sekarang.Tapi aku nak jugak kongsi dengan korang semua.seram bila diingat semula.Lebih-lebih lagi jam menunjukkan pukul 12.43am.Dah lewat weii.sehari sebelum malam kejadian,aku bergayut kat henpon.Masa tu rasanya dah pukul 1 pagi kot.student yang lain dah masuk bilik memasing.Oleh kerana aku tak nak perbualan aku didengari oleh rummet,aku keluar menuju ke meja makan.Dapur kitaorang betul-betul menghadap rumah pangsa.Sangat berani aku pada ketika itu.Alaa,tengah mabuk cinta kot.Tengah malam pun masih sanggup melayan panggilan.Masa tu keadaan dah sunyi.Tiada lagi bunyi enjin kereta lalu depan rumah.Anjing peliharaan jiran sebelah pun senyap seribu bahasa.sambil bercerita,tangan kiri aku memintal hujung rambut.habit aku bila bergayut kat hanpon.alaa,korang pun macam tu jugak kan?especialy pompuan.

sedang asyik mengungkap kata-kata sinta,tetiba mata ku tertangkap kelibat seseorang berlari d koridor rumah pangsa itu.Seperti dikejar sesuatu.kulit dia hitam.semua hitam.serba hitam!aku perasan la dia ganjil sebab lampu kat koridor tu memang pasang habis.aku mula rasa tak sedap hati.Tetiba dia melompat dari balkoni rumah pangsa tersebut.dari tingkat 3 dia terjun kebawah!Omg!tak pakai tali,apatah lagi tangga.lif jauh sekali.memang takda!so,korang dah agak dia apa?kebal punya orang.Tapi yang pasti,aku tak nampak dia selepas dia terjun tu.dia kemana?Ka dah mampus?opss..jahat mulut.
aku terdiam seketika.terkejut pun ada.terdengar lagi suara di talian'kenapa diam ni?' tidak dlayan pertanyaan itu..aku terus meluru masuk dengan hanpon yang masi melekat kat cuping telinga.aku segera masuk kedalam bilik.nak hebohkan kunun.tapi hampa.rummet aku semua dah bermimpi.So,aku putuskan untuk memberitahu keesokkannya sahaja.jam 4 pagi baru aku dapat lelapkan mata.

Keesokannya,selepas aku balik dari kelas,aku dan kawan-kawan dikejutkan dengan berita rompakan dan pukau dari student di rumah pangsa.hah,masa tu aku dah agak dah apa yang jadi.mesti ada kena mengena dengan orang itam yang aku nampak semalam.menurut sumber,seorang pelajar perempuan menjerit lalu pengsan dalam bilik.rakan yang lain masa tu sedang berborak kat ruang tamu.Bila mereka masuk kedalam bilik,seorang lelaki serba itam..err..orang minyak..sedang memerhati mereka.Tapi ketiga mereka tidak dapat berbuat apa.seperti ada kuasa yang mendorong mereka untuk memberikan semua harta milik mereka.Lappy,wallet,duit tabung,semua bersih!lebih dasyat lagi mereka sendiri yang menyerahkan semua harta mereka itu.teka kenapa??Hah,kena pukau beb!seperti pak turut menurut apa yang diminta oleh orang minyak tu.masa tu,adalah seorang student ni keluar dari bilik sebelah.kira ada ilmu la pasal benda-benda ni.dibaca segala ayat .Tapi orang minyak tu sempat melarikan diri.tu yang dia terjun dari balkoni tu..iskh.dasyat.pompuan tu sedarkan kawan-kawan dia yang terkena pukau tu dengan bacaan ayat suci.dan malam itu lah mereka berada dalam ketakutan.aku terus menceritakan kepada kawan yang lain bahawa aku memang nampak kelibat orang minyak tu.then,aku di asak dengan soalan-soalan yang aku rasa memang tak menang mulut lah nak jawab.

Malam yang hangat.amboi..malam tu memang panas keadaannya.bilik terasa berwap.lain dari malam-malam sebelumnya.kitaorang tak risau sangat pasal orang minyak tu.dia takkan dapat masuk hostel kitaorang punya.sebab hostel kitaorang banyak grill.semua kukuh!hah,begitu la tanggapan kami.namun kami silap.......

jam 2am,aku masih lagi layan muvie korea.bilik kitaorang ada dua katil doubledaker.aku d tingkat atas.dua2 katil berdekatan dengan tingkap.tingkap yang bergrill...tingkap aku biar terbuka luas sebab malam tu memang panas la.untuk bagi sejuk sikit,aku buka tingkap tu.tingkap yang betul-betul berhadapan dengan katil aku.rummet aku,Erin juga sedang menonton cerita korea masa tu.bila dah ngantuk,aku padam laptop dan terus berbaring.Erin turun dari katil dan meminta izin untuk menutup tingkap ku.

"makcik,(panggilan kitaorang bergeng)kita tutup tingkap la malam ni ar"ujarnya.
"tidak payah la ba.panas ni makcik"jawabku lembut.yalah.sebelum ni memang aku tak tutup pun tingkap bilik tu.Panas!
"malam ni jak kita tutup.boleh laa..."pintanya bersungguh.
"yala.." sambil terus aku menekup bantal ke muka.tabiat aku bila tidur.Erin terus naik keatas katilnya yang juga ditingkat atas.sebelah katil aku.aku terdengar mulutnya terkumat kamit membaca ayat-ayat suci.untuk perlindungan masa tidur.itu memang perkara wajib dibuatnya sebelum beradu mimpi.perangai Erin,bila dia takda kawan berjaga,otomatik dia jadi takut.so,aku masuk tidur,dia pun ikut sama.


aku bermimpi sudah ketika itu..





Tiba-tiba.........




"Arrghhhhhhhh!!!".......suara Erin kedengaran.Kuat dan sangat lantang!

jeritan yang aku rasa memang 12 harakat panjangnya.aku buka mata.masih dalam keadaan mamai.Erin terjun dari katil dan memasang lampu dan terduduk dibirai bawah katilku.aku masih terbaring masa tu.Tutup mata tapi mendengar perbualan mereka.Aku rasakan aku masih bermimpi ketika itu.sungguh bangang diriku masa itu.
"kau kenapa?" tanya Yen,rummet aku dibawah katil.
"ada orang raba paha aku..besar tangan dia.hitam!!" ucap Erin tersekat-sekat.
jawapan Erin itu mengundang jeritan rummet aku sorang lagi,Mary.Mereka terus meninggalkan bilik tersebut sambil berlari menjerit menuju ke master room.aku pulak seperti terkena serangan jantung mendengar jeritan Mary itu.seperti seorang stunt,aku melompat penuh bergaya dari atas katilku.bayangkan katil aku ditingkat atas,aku terjun macam tu saja.nasib baik tak patah kaki.aku keluar berlari dari bilik dan bertembung dengan Clara,student bilik sebelah.Muka dia memang pucat berhabis.berlari menuju ke master room dengan jeritan.

kami semua berkumpul dalam master room.Tangisan,pujukan semuanya bersatu.Erin menangis teresak-esak ketakutan manakala Clara dalam pelukan aku.Aku dapat rasakan tangan kami sangat sejuk.Bila bersatu,tambah kaku.ketakutan.Ocha,ketua hostel mengunci pintu bilik hostel sambil memberi kata-kata semangat.Dia sedar dia harus mengambil peranan menenangkan kami.Jeeslyn dan elyca dari bilik hujung pulak menyusul.Muka mereka memang pucat berhabis sejurus dibukakan pintu bilik.

"siapa tu?kenapa dia kacau kita?Tadi dia ada mengacau d bilik kami" tutur Elyca dengan nada gementar.
"tadi time aku sembahyang,aku nampak ada tangan pelahan-lahan masuk melalui tingkap Elyca.masa tu tak jelas sangat penglihatan aku sebab tak pakai cermin mata." Jeeslyn pula bersuara.
"aku terhidu bau seperi bau kemenyan bercampur rokok.tangan dia betul-betul menuju ke paha Elyca.Tapi aku terus bangun dan tangan tu lesap.masa tu la Elyca terbangun sebab banyak nyamuk mengigit dia.Dia pelik sebab tingkap dah terbuka." sambung Jeeslyn lagi."tadi time aku masuk tandas,aku dengar macam ada orang pijak baldi kat belakang tandas tu.rasanya dia nak intip aku la tadi" Yen pula menyampuk.huh,ujian apakah ini.Ya Allah.Selamatkan kami.Doaku dalam hati.kami berjaga sampai matahari terbit.Bila dah siang,aku beranikan diri masuk kedalam bilik.Ketika aku masuk,tingkap bersebelahan katil Erin terbuka luas.Dan aku melihat ada kesan jari pada kaca cermin.Jari yang lebar dan besar.so,pelakunya memang orang berbadan besar kot.Bila jiran sebelah hostel menyiram tanaman bunganya,aku dan kawan-kawan keluar meninjau sekeliling kawasan luar rumah.apa yang kami dapati,baldi di belakang tandas bilik kami sudah pecah kerana menampung benda berat yang naik keatasnya.Mesti dia nak intai kitaorang semalam!kami melaporkan perkara tersebut kepada Pengurusan hostel dan langkah berjaga-jaga diambil bagi mengelakkan kami menjadi mangsa orang minyak.

Sejak kejadian malam itu,Erin selalu menangis seorang diri.Hilang semangatnya.Masih dalam ketakutan.aku mengambil keputusan untuk pulang ke kampung menenangkan diri dengan membawa seorang rakan lagi.Dia takda tempat nak pergi masa tu.So,aku bawak dia..Begitu juga rakan yang lain.Masing-masing mencari semangat diri yang hilang itu.Hampir sebulan selepas kejadian,bill elektrik kami meningkat mendadak.Semua gara-gara kejadian tu.Start jam 7,kami pasang semua lampu yang ada dalam,luar hostel.Sampai ke pintu pagar pun,lampu terpasang.Hah,memang berbaloi.ambik kau bayar bil mahal!grill berpasang pun tak selamat rupanya.

sejak malam itu juga,aku mengamalkan petua kedua orang tua aku.Pakai underwear terbalik!sebab kalu buat macam tu,segala ilmu jahat yang nak datang kat kita,tak menjadi.Bila malam pulak,tidur songsang bagi mengelakkan diri dipukau.hampir sebulan juga aku dan kawan-kawan tidur songsang..sungguh lawak.Tak cukup dengan itu,puan emak bekalkan aku dengan 2ekor ikan kuruk.Hah,aku lupa nama komersial ikan ni.alaa,ikan yang ada sisik tajam tu.tak tahu apa nama melayunya.Menurut puan emak,kalu letak ikan ni dalam rumah,kita boleh tahu akan bahaya.Sebab ikan ni akan melompat memberi isyarat.sampai tahun kedua,ikan itu tetap aku jaga.sampai la mereka menghembuskan nafas yang terakhir.

dah hampir 2 tahun perkara itu berlaku.namun masih segar di ingatan.aku tertanya,apasal orang minyak tu tak kacau aku malam tu erk?sebab aku punya kaki masa tu memang depan tingkap tu ja.Memang senang nak tarik.mungkin dia tak berselera kot tengok jari kaki yang macam jari kaki ayam ni.lalalaa..kuat sungguh instinct Erin malam tu.macam dah agak perkara buruk berlaku.sebab tu dia tutup tingkap malam tu.Kalau tak,memang aku jadi mangsa.

orang minyak!oMG!!botak...!
siapa tak tahu macamana rupa orang minyak,memang slow la korang.mungkin dia ni masih mencari mangsa baru.Hati-hati dengan orang minyak!

sungguh penat menaip entri kali ni.Huh.Pengsan**

Terima Kasih Sudi Baca Entry Ini