Sunday, March 18, 2012

Ditegur,dibalas makian.

salam hujung minggu.

kelmarin aku update status facebook aku dengan ayat ini

npknya ada org tekanan bila dkomen statusnya..by the way,jgn kasi malu diri sndiri.think carefully bfore make the statement..ayat ko 2 yg bikin aib ko sbnrnya.tq..:)


nak tahu cerita sebenar??aku tak kenal budak sewel ni.tetiba jadi fren kat fecebook aku pulak.salah siapa??salah aku sebab approve request kau la bongok!aku geram wei pasal dia ni sebenarnya malukan diri dia sendiri dan perempuan yang pernah dia 'kerjakan'.Tak percaya?Tengok ni...

klik untuk tumbesaran yang sihat

dari ayat dah tahu dah dia malukan diri sendiri.Ayat 'setelah aku rosakkan kau'.maknanya,dia pernah sentuh la tu perempuan kan??aku sangat geram wei..apa kejadahnya dia buat macam ni?macam orang takda tamadun langsung.bagus hidup time zaman jahiliyah la kau.dah dia post macam tu,aku nampak dalam wall aku,so aku komen la..



klik untuk lebih jelas
nampak jawapan dia??nampak sangat tak makan saman!bagus buang dalam laut la engkoo!teda tamadun!budi bahasa budaya kita la adik oii..!langsung tak terima teguran.aku tegur cara bagus,kau balas makian.Adehh..aku memang tak balas.sebab buang masa dan tenaga layan orang sewel macam kau!ooo..kau budak rempit ya?iskh2.nampak sangat budak jalanan yang selalu bawak masalah kat mak bapak.dah elok-elok jadi manusia,jangan la nak jadi syaitoonn^_^..cukup2 la syaitan yang ada kat dunia.jangan tambah lagi.

aku memang anti orang macam engkau!
sekian.

Terima Kasih Sudi Baca Entry Ini

Majlis perkahwinan Bff aku (part 2)

ok.hari tu dah tulis pasal majlis perkahwinan Anna.Hari ini pasal majlis kahwin Ina pulak.Malam berinai aku tak dapat join korang sebab bapa aku tak bagi aku drive sorang-sorang ke sana.Jauh sangat rumah pengantin perempuan ni .Aku suru si bapa hantar,penat katanya.Aku minta kunci kereta,tak pula membagi.Almaklumlah..lesen masih bau kedai!So,aku dapat pergi time siang jak la.time bersanding.
sebelum akad nikah.seminit sebelum nikah,dia masih hak milik bersama!hehe.

geng karas sedunia(yang baju putih tukang mekap)

ayunya dia...
rombongan lelaki tiba jam 1 suku.Gambar kat atas tu,sedang menanti tunang.(dorang belum nikah lagi masa ni).Then time rombongan lelaki tu sampai,tetiba hujan turun.Hahaha..hujan rahmat katakan.Tapi yang tak rahmatnya,pengantin lelaki basah.Bagi yang tak tahu,ada adat di Kota belud yang mengharuskan pengantin lelaki menaiki kuda menuju ke rumah perempuan.so,korang dah agak la kan apa yang jadi.aku yang snap picture pun tergelak sakan melihat pengantin lelaki kebasahan dek hujan.Memori seumur hidup buat pengantin lelaki^_^
see?siap berpayung dorang.

pengantin tak sabar2 turun dari kuda.Basah weii!
bayangkan bila pengantin lelaki basah kuyup,naik rumah pengantin perempuan,di arah pulak duduk dibawah kipas.sebelah menyebelah kipas.Takkah dia menahan kesejukan tu?kompom sakit pundi kencing^_^.kalau tak dapat control,mungkin dah terkencing time akad nikah,haha!Gurau la..
saja snap jurukamera tu..hensem...^_^
                    
semasa acara membuka tabir,pihak lelaki kena membayar 'tol' untuk pihak perempuan.Yang lucunya,pihak perempuan sengaja meminta tol lebih.haha..so,masa tu la pihak dari lelaki  main tipu.Kalau korang nak tahu,adat macam ni memang ada.Tak boleh jumpa pengantin perempuan selagi tak bayar tol.Saudara pihak perempuan akan menunggu di hadapan pelamin dan mengunjukkan tangan untuk meminta tol.Masa tu dah 4 kali tangan mereka terima duit.Last2,pihak lelaki main kotor.Membagi kepingan tisu!!hahaha..padan muka!siapa suruh tamak.^_^.Lepas kena tipu,baru la pengantin lelaki dapat jumpa the little bridenya.
acara sarung cincin.Dah sah.Amin

yang ini pakaian Bajau bagi yang tak tahu.

menyerlah keputihan si cantik.


semoga bahagia selamaya.Amin



makanan hari tu memang sedap.aku dan kawan-kawan belasah sampai 2x.ahahahaha...lol
sekian entri untuk sahabat dunia akhirat.semoga kamu berbahagia dengan kehidupan baru.

p/s: aku nak anak angkat wei!cepattt mulakan proses....^_^

Terima Kasih Sudi Baca Entry Ini