Saturday, March 31, 2012

broadband siput!!

wah,time nak buat segala asignment,broadband pulak macam siput babi!macam nak berkawan pulak ngan ikan-ikan kat dalam sungai depan rumah ni.takpa.dugaan.cobaan.!argh! semua la..
i'm so upset! tq..:(
Terima Kasih Sudi Baca Entry Ini

Thursday, March 29, 2012

aku nak benda ni!!

                                      
Aku tak kira.nak benda ni jugak.!asal pandai pujuk Puan Emak,cabut rambut putih dia hari-hari,rasanya boleh dapat ni.hahaha.bukan apa.Aku sudah aktif semula dengan blog ni.So bila ada benda ni,senang kerja nak upload gambar.tak payah guna henpon yang tak seberapa tu.asal pasang Usb sambung dengan lappy,mula lah buat perangai.Stuck!

Korang rasa Puan Emak bagi duit tak nak beli benda ni?nak cucuk jarum kat Puan Emak malam ni jugak!lalalalala...Wish me luck..^_^

Terima Kasih Sudi Baca Entry Ini

lamaran yang sweet ^_^

Korang pernah berangan tak dilamar oleh kekasih dengan cara yang romantik yang tak terfikir dek akal kamu?
Bagi yang takda idea nak melamar kekasih,sini ada caranya.memang confirm dia akan cakap "Yes!,i do...".Video ni aku ambik kat kawan.Dari blog dia.Boleh tahan.Comel ja caranya.Luluh jantung weii..




 tak nak cara kat atas? apa kata korang bawak pasangan anda ke pantai.Sebelum tu,pakat la ngan kengkawan buat suprise kat dia.Alaa,kawan mesti tolong punya.Tabur bunga rose kat pinggir pantai,buat bentuk love.jangan guna bunga taik ayam pulak.confirm kena reject!Then,dengan selambanya korang propose dia.Alaa,sweet gitu.angin laut bertiup.Burung yang mencari makan pun akan ambik pit stop untuk menonton drama korang.Winkk..

kredit dari Pakcik Google



yang ni aku tabik spring! Awal Ashari melamar Scha kat propaganza.memang jantan gilak erk si Awal ni.Gugur air matanya time propose Scha.
ayat yang power" sudikah awak menjadi yang halal untuk saya?".nampak sangat ikhlas.paling penting,dia berani.kekasih korang ada macam Awal tak?kalau ada,boleh kita bermadu kasih?lalalala...


 kalau aku seorang lelaki,aku akan propose kekasih aku dengan cara ni..




Aku akan pakai maskot atau jadi badut,then propose dia depan umum..biar dia tertanya siapa empunya badan yang melamar.kalau dia dah terima,baru tunjuk muka sebenar.perempuan pun boleh propose lelaki kan?macam Elyana tu.Dia yang lamar laki dia tau!kelass gitu..aku nak try la..lalalala...

P/s: memang kuat berangan!

Terima Kasih Sudi Baca Entry Ini

Keluhan hati.

huuuuuu...herrmmmm......
mengeluh begini ka bunyinya??bantai..!

Hari ni aku applykan adik perempuan dan abang aku untuk jawatan konstabel.Baru punya kekosongan.Email kakak aku,memang aku yang dok p buka,cek kalau ada jawatan kosong yang sesuai.Then,aku akan isi.Hantar permohonan secara Online.Tapi tidak banyak yang memerlukan aku mengisi secara online.Kena pos jugak.Bab ni aku paling tak suka.kena copy,cop kesahihan dan hantar borang.aku rasa banyak kali dah lakukan benda yang sama.Tapi takda hasil.

aku sering juga mengeluh.rasa sia-sia sangat.kadang rasa dunia ni tak adil.Nasib tak memihak dengan kitaorang adik beradik.kenapa??bukankah semua rezeki Allah yang tentukan?aku buntu.Entah bila nasib keluarga akan berubah.Aku nak juga bagi Puan emak dan Encik Bapa hidup senang.tapi persoalannya,bila??harapkan aku?huhu..masih jauh lagi perjalanan aku.lepas praktikal,konvo,dapat segulung ijazah pun belum tentu dapat merubah nasib keluarga aku.aku pasti akan mengangur buat seketika.Alaaa,bukan aku ja.banyak lagi graduan Universiti yang masih berkakai mencari kerja yang sesuai dengan kelayakan yang mereka ada.

So,dalam hal ni,nak salahkan siapa??nak salahkan nasib?bukankah kita sendiri yang boleh merubah nasib sendiri?Ikhtiar dan doa saja pengiring jalan hidup untuk masa ini.So,jangan putus asa wahai diri.Cepat atau lambat,pasti akan ada hasilnya.

Alaaahaiii...mengeluh lagi.

Terima Kasih Sudi Baca Entry Ini

Tuesday, March 27, 2012

tragedi hostel

Yeppiii...lappy aku dah ok.Sehari ja repair.service yang mantop.tukar skrin abang aku terpaksa tanggung bayar.Rm 400..mahal gilakk ehh.Sorry ya abang.(",)
Ok.Berbalik kepada tajuk,tragedi d hostel.Tadi puan emak menonton tv.Tak tahu apa tajuknya.Tapi mengisahkan seorang lelaki yang mengamalkan ilmu hitam untuk melakukan kejahatan.Dia jadi orang minyak.Aku tak layan sebab tak minat dengan pelakonnya.Tapi cerita itu mengingatkan aku akan peristiwa yang berlaku di hostel pada awal tahun pertama aku di universiti.

Masa tu hostel kami didiami 18 orang student.4 bilik termasuk 1 master room.Di belakang hostel pula rumah pangsa yang kebanyakkannya juga didiami oleh para pelajar.Mengimbas kembali peristiwa malam tu,memang aku rasa nak berhenti menaip sekarang.Tapi aku nak jugak kongsi dengan korang semua.seram bila diingat semula.Lebih-lebih lagi jam menunjukkan pukul 12.43am.Dah lewat weii.sehari sebelum malam kejadian,aku bergayut kat henpon.Masa tu rasanya dah pukul 1 pagi kot.student yang lain dah masuk bilik memasing.Oleh kerana aku tak nak perbualan aku didengari oleh rummet,aku keluar menuju ke meja makan.Dapur kitaorang betul-betul menghadap rumah pangsa.Sangat berani aku pada ketika itu.Alaa,tengah mabuk cinta kot.Tengah malam pun masih sanggup melayan panggilan.Masa tu keadaan dah sunyi.Tiada lagi bunyi enjin kereta lalu depan rumah.Anjing peliharaan jiran sebelah pun senyap seribu bahasa.sambil bercerita,tangan kiri aku memintal hujung rambut.habit aku bila bergayut kat hanpon.alaa,korang pun macam tu jugak kan?especialy pompuan.

sedang asyik mengungkap kata-kata sinta,tetiba mata ku tertangkap kelibat seseorang berlari d koridor rumah pangsa itu.Seperti dikejar sesuatu.kulit dia hitam.semua hitam.serba hitam!aku perasan la dia ganjil sebab lampu kat koridor tu memang pasang habis.aku mula rasa tak sedap hati.Tetiba dia melompat dari balkoni rumah pangsa tersebut.dari tingkat 3 dia terjun kebawah!Omg!tak pakai tali,apatah lagi tangga.lif jauh sekali.memang takda!so,korang dah agak dia apa?kebal punya orang.Tapi yang pasti,aku tak nampak dia selepas dia terjun tu.dia kemana?Ka dah mampus?opss..jahat mulut.
aku terdiam seketika.terkejut pun ada.terdengar lagi suara di talian'kenapa diam ni?' tidak dlayan pertanyaan itu..aku terus meluru masuk dengan hanpon yang masi melekat kat cuping telinga.aku segera masuk kedalam bilik.nak hebohkan kunun.tapi hampa.rummet aku semua dah bermimpi.So,aku putuskan untuk memberitahu keesokkannya sahaja.jam 4 pagi baru aku dapat lelapkan mata.

Keesokannya,selepas aku balik dari kelas,aku dan kawan-kawan dikejutkan dengan berita rompakan dan pukau dari student di rumah pangsa.hah,masa tu aku dah agak dah apa yang jadi.mesti ada kena mengena dengan orang itam yang aku nampak semalam.menurut sumber,seorang pelajar perempuan menjerit lalu pengsan dalam bilik.rakan yang lain masa tu sedang berborak kat ruang tamu.Bila mereka masuk kedalam bilik,seorang lelaki serba itam..err..orang minyak..sedang memerhati mereka.Tapi ketiga mereka tidak dapat berbuat apa.seperti ada kuasa yang mendorong mereka untuk memberikan semua harta milik mereka.Lappy,wallet,duit tabung,semua bersih!lebih dasyat lagi mereka sendiri yang menyerahkan semua harta mereka itu.teka kenapa??Hah,kena pukau beb!seperti pak turut menurut apa yang diminta oleh orang minyak tu.masa tu,adalah seorang student ni keluar dari bilik sebelah.kira ada ilmu la pasal benda-benda ni.dibaca segala ayat .Tapi orang minyak tu sempat melarikan diri.tu yang dia terjun dari balkoni tu..iskh.dasyat.pompuan tu sedarkan kawan-kawan dia yang terkena pukau tu dengan bacaan ayat suci.dan malam itu lah mereka berada dalam ketakutan.aku terus menceritakan kepada kawan yang lain bahawa aku memang nampak kelibat orang minyak tu.then,aku di asak dengan soalan-soalan yang aku rasa memang tak menang mulut lah nak jawab.

Malam yang hangat.amboi..malam tu memang panas keadaannya.bilik terasa berwap.lain dari malam-malam sebelumnya.kitaorang tak risau sangat pasal orang minyak tu.dia takkan dapat masuk hostel kitaorang punya.sebab hostel kitaorang banyak grill.semua kukuh!hah,begitu la tanggapan kami.namun kami silap.......

jam 2am,aku masih lagi layan muvie korea.bilik kitaorang ada dua katil doubledaker.aku d tingkat atas.dua2 katil berdekatan dengan tingkap.tingkap yang bergrill...tingkap aku biar terbuka luas sebab malam tu memang panas la.untuk bagi sejuk sikit,aku buka tingkap tu.tingkap yang betul-betul berhadapan dengan katil aku.rummet aku,Erin juga sedang menonton cerita korea masa tu.bila dah ngantuk,aku padam laptop dan terus berbaring.Erin turun dari katil dan meminta izin untuk menutup tingkap ku.

"makcik,(panggilan kitaorang bergeng)kita tutup tingkap la malam ni ar"ujarnya.
"tidak payah la ba.panas ni makcik"jawabku lembut.yalah.sebelum ni memang aku tak tutup pun tingkap bilik tu.Panas!
"malam ni jak kita tutup.boleh laa..."pintanya bersungguh.
"yala.." sambil terus aku menekup bantal ke muka.tabiat aku bila tidur.Erin terus naik keatas katilnya yang juga ditingkat atas.sebelah katil aku.aku terdengar mulutnya terkumat kamit membaca ayat-ayat suci.untuk perlindungan masa tidur.itu memang perkara wajib dibuatnya sebelum beradu mimpi.perangai Erin,bila dia takda kawan berjaga,otomatik dia jadi takut.so,aku masuk tidur,dia pun ikut sama.


aku bermimpi sudah ketika itu..





Tiba-tiba.........




"Arrghhhhhhhh!!!".......suara Erin kedengaran.Kuat dan sangat lantang!

jeritan yang aku rasa memang 12 harakat panjangnya.aku buka mata.masih dalam keadaan mamai.Erin terjun dari katil dan memasang lampu dan terduduk dibirai bawah katilku.aku masih terbaring masa tu.Tutup mata tapi mendengar perbualan mereka.Aku rasakan aku masih bermimpi ketika itu.sungguh bangang diriku masa itu.
"kau kenapa?" tanya Yen,rummet aku dibawah katil.
"ada orang raba paha aku..besar tangan dia.hitam!!" ucap Erin tersekat-sekat.
jawapan Erin itu mengundang jeritan rummet aku sorang lagi,Mary.Mereka terus meninggalkan bilik tersebut sambil berlari menjerit menuju ke master room.aku pulak seperti terkena serangan jantung mendengar jeritan Mary itu.seperti seorang stunt,aku melompat penuh bergaya dari atas katilku.bayangkan katil aku ditingkat atas,aku terjun macam tu saja.nasib baik tak patah kaki.aku keluar berlari dari bilik dan bertembung dengan Clara,student bilik sebelah.Muka dia memang pucat berhabis.berlari menuju ke master room dengan jeritan.

kami semua berkumpul dalam master room.Tangisan,pujukan semuanya bersatu.Erin menangis teresak-esak ketakutan manakala Clara dalam pelukan aku.Aku dapat rasakan tangan kami sangat sejuk.Bila bersatu,tambah kaku.ketakutan.Ocha,ketua hostel mengunci pintu bilik hostel sambil memberi kata-kata semangat.Dia sedar dia harus mengambil peranan menenangkan kami.Jeeslyn dan elyca dari bilik hujung pulak menyusul.Muka mereka memang pucat berhabis sejurus dibukakan pintu bilik.

"siapa tu?kenapa dia kacau kita?Tadi dia ada mengacau d bilik kami" tutur Elyca dengan nada gementar.
"tadi time aku sembahyang,aku nampak ada tangan pelahan-lahan masuk melalui tingkap Elyca.masa tu tak jelas sangat penglihatan aku sebab tak pakai cermin mata." Jeeslyn pula bersuara.
"aku terhidu bau seperi bau kemenyan bercampur rokok.tangan dia betul-betul menuju ke paha Elyca.Tapi aku terus bangun dan tangan tu lesap.masa tu la Elyca terbangun sebab banyak nyamuk mengigit dia.Dia pelik sebab tingkap dah terbuka." sambung Jeeslyn lagi."tadi time aku masuk tandas,aku dengar macam ada orang pijak baldi kat belakang tandas tu.rasanya dia nak intip aku la tadi" Yen pula menyampuk.huh,ujian apakah ini.Ya Allah.Selamatkan kami.Doaku dalam hati.kami berjaga sampai matahari terbit.Bila dah siang,aku beranikan diri masuk kedalam bilik.Ketika aku masuk,tingkap bersebelahan katil Erin terbuka luas.Dan aku melihat ada kesan jari pada kaca cermin.Jari yang lebar dan besar.so,pelakunya memang orang berbadan besar kot.Bila jiran sebelah hostel menyiram tanaman bunganya,aku dan kawan-kawan keluar meninjau sekeliling kawasan luar rumah.apa yang kami dapati,baldi di belakang tandas bilik kami sudah pecah kerana menampung benda berat yang naik keatasnya.Mesti dia nak intai kitaorang semalam!kami melaporkan perkara tersebut kepada Pengurusan hostel dan langkah berjaga-jaga diambil bagi mengelakkan kami menjadi mangsa orang minyak.

Sejak kejadian malam itu,Erin selalu menangis seorang diri.Hilang semangatnya.Masih dalam ketakutan.aku mengambil keputusan untuk pulang ke kampung menenangkan diri dengan membawa seorang rakan lagi.Dia takda tempat nak pergi masa tu.So,aku bawak dia..Begitu juga rakan yang lain.Masing-masing mencari semangat diri yang hilang itu.Hampir sebulan selepas kejadian,bill elektrik kami meningkat mendadak.Semua gara-gara kejadian tu.Start jam 7,kami pasang semua lampu yang ada dalam,luar hostel.Sampai ke pintu pagar pun,lampu terpasang.Hah,memang berbaloi.ambik kau bayar bil mahal!grill berpasang pun tak selamat rupanya.

sejak malam itu juga,aku mengamalkan petua kedua orang tua aku.Pakai underwear terbalik!sebab kalu buat macam tu,segala ilmu jahat yang nak datang kat kita,tak menjadi.Bila malam pulak,tidur songsang bagi mengelakkan diri dipukau.hampir sebulan juga aku dan kawan-kawan tidur songsang..sungguh lawak.Tak cukup dengan itu,puan emak bekalkan aku dengan 2ekor ikan kuruk.Hah,aku lupa nama komersial ikan ni.alaa,ikan yang ada sisik tajam tu.tak tahu apa nama melayunya.Menurut puan emak,kalu letak ikan ni dalam rumah,kita boleh tahu akan bahaya.Sebab ikan ni akan melompat memberi isyarat.sampai tahun kedua,ikan itu tetap aku jaga.sampai la mereka menghembuskan nafas yang terakhir.

dah hampir 2 tahun perkara itu berlaku.namun masih segar di ingatan.aku tertanya,apasal orang minyak tu tak kacau aku malam tu erk?sebab aku punya kaki masa tu memang depan tingkap tu ja.Memang senang nak tarik.mungkin dia tak berselera kot tengok jari kaki yang macam jari kaki ayam ni.lalalaa..kuat sungguh instinct Erin malam tu.macam dah agak perkara buruk berlaku.sebab tu dia tutup tingkap malam tu.Kalau tak,memang aku jadi mangsa.

orang minyak!oMG!!botak...!
siapa tak tahu macamana rupa orang minyak,memang slow la korang.mungkin dia ni masih mencari mangsa baru.Hati-hati dengan orang minyak!

sungguh penat menaip entri kali ni.Huh.Pengsan**

Terima Kasih Sudi Baca Entry Ini

Sunday, March 25, 2012

skrin lappy pecah

semalam abang aku dok layan facebook guna lappy aku.Aku biarkan.sampai tengah malam juga la dia pinjam.Awal pagi aku bangun,aku tengok lappy aku dah tertutup rapat bersama broadband tanpa penutup di sisi..Aku mengemas rumah,aku cari penutup broadband aku.Takda.Bila aku buka lappy,taraaaa....!penutup broadband aku kat keybord.Bila aku on lappy,Skrin hancur!Nice....

Laju air mata aku keluar bila memikirkan asignment yang berlambak yang patut dihantar minggu depan.Ya Allah.Sakitnya hati aku.Mata aku terus bengkak gara-gara menangis.Time2 macam ni la aku di uji.Aku pulak,bila berdepan dengan masalah,memang air mata yang jadi peneman.Bukan fikir macamana nak handle.tapi memang macam itu lah diri ku yang sebenar.aku bingung macamana nak selesaikan.

Aku mesej abang aku.Guna ayat-ayat yang memang menyakitkan hatilah.Biar dia rasa.aku dah serik dah pinjamkan barang kat dorang and adik beradik yang lain.Tangan pemusnah!dulu pun macam tu juga.Tapi setakat skrin hitam punya masalah sahaja.Itu aku maafkan.aku yang dok p cari orang baiki lappy.tapi sekarang lain cerita.Bila lappy skrin dah pecah,apa peratusan dia nak pulih seperti sedia kala?mungkin 10% sahaja.Silap-silap,terpaksa beli lappy baru.Kesian puan emak kalau terpaksa membagi duit beli lappy baru.Taknak aku.Dulu bila dia suarakan nak membeli sebijik kereta,aku bantah habis-habisan.Aku taknak dia terbeban.Cukup-cukup la dia tanggung aku masa belajar sekarang ni.lagipun,puan emak aku kumpul duit sendiri.bekerja sendiri.Bukan makan gaji bulan-bulan.aku betul tak nak menyusahkan lagi.cukup la kesusahan dia selama ini.Seolah aku sering membawa masalah pulak laa...^_^

Aku asyik marah abang aku jak.Kesian dia.Last-last,dia kol orang sebelah rumah ni untuk tengok lappy aku.nasib baik dia tak lepas tangan.hah,kan dah kena marah.agak biadap bila seorang adik marah abang sendiri.tapi,ini lah aku.aku marah sebab nak sedarkan dorang betapa cuainya kerja dorang.aku marah tanda sayang.lain kali beringat.Maaf ya abang Phunga.




Terima Kasih Sudi Baca Entry Ini

Saturday, March 24, 2012

bila jodoh sudah tiada.

'Aku tak peduli.aku nak clash dengan kau jugak.kau tak pernah faham aku la.tak guna kita teruskan hubungan ni'
ayat yang membawa kepada perpisahan.selalunya orang perempuan yang akan ucap.lebih-lebih lagi ketika mereka dalam keadaan marah.Ingatlah wahai permpuan,bila marah,perasaan sakit hati itulah yang membuat fikiran kita menjadi tidak waras.Bila berpisah,mula la berendam air mata.termenung sehari.terkenang kepada si dia.'dia buat apa sehari ni?'rindu lah.....

Untuk apa dikenang masa bersama.Move forward.tidak guna menangisi orang yang sudah tidak peduli akan kita.Aku selalu perhati seorang sahabat ni.Bila bercinta,bukan main.asyik keluar malam.bercinta tak lama,tetiba clash!hah,mula la termenung seorang diri.makan tak lalu.asyik terkenang si dia yang melukai hati.kekadang,sedih bila tengok dia tatap gambar ketika bersama si kekasih di lappy.terfikir ka kita dimana silapnya?mengapa berlaku perpisahan itu?


Sebab......

Kita tak percaya pasangan sendiri.dalam hubungan,kepercyaan harus diletakkan pada aras yang tinggi.Lebih lagi apabila pasangan kita berjauhan dengan kita.Kenapa harus prasangka buruk?Percaya bahawa dia takkan membuat sesuatu tanpa pengetahuan kamu.pada saat inilah fikiran yang positif harus memainkan peranannya.

Egios.ada pasangan yang egois sukar untuk mengaku kesilapan sendiri.'Kenapa pulak aku yang harus minta maaf'?sering timbul persoalan begini.tidak mahu mengaku kalah dengan pasangan sendiri.Jika difikir,mengapa harus ada egois dalam diri sekiranya inginkan hubungan itu berkekalan?Buang egois anda.

sering menipu.menipu boleh sekiranya ingin menyelamatkan sesuatu hubungan.Orang pompuan memang tidak suka ditipu.Sensitif!Jangan disiram minyak hatinya.Bila orang pompuan ditipu,umpama api perasannnya dan akan meledakkan kemarahannya.bila dah marah,susah lagi nak pujuk.muncung sampai 360 darjah.pandai buat,pandai tanggung.Masa tu mula la beli teddy bear untuk memujuk orang pompuan.

Mengungkit kisah lama.setiap pasangan mempunyai cerita cinta bersama pasangan terdahulu.Namun,ada segelintir yang suka mengungkit kisah lama yang boleh membuatkan hubungan retak.pada ketika ada pergaduhan la selalu mengungkit kisah lama.membandingkan diri dengan kekasih dahulu.Mengapa harus diungkit?.Masa lalu tidak akan kembali.Ciptalah memori terindah bersama si dia selagi kamu masih ditakdirkan untuk bersama.





bila jodoh itu sudah tiada,usah ditangisi.Carilah pengganti secepat mungkin.Jangan jadikan kenangan lama itu sebagai tembok untuk mencipta cinta baru.





Terima Kasih Sudi Baca Entry Ini

Friday, March 23, 2012

Tangan ibu


Tika kita lapar...tangan ibu yang menyuap,
Ketika kita haus...tangan ibu yang memberi minuman,
Ketika kita menangis...tangan ibu yang mengesat air mata,
Ketika kita gembira...tangan ibu yang menadah Syukur,
memeluk kita erat dengan deraian air mata bahagia,

Ketika kita dilanda masalah...tangan ibu yang membelai..
Ketika kita mandi...tangan ibu yang meratakan air ke seluruh badan,membersihkan segala kekotoran,
Ketika kita mengantuk...tangan ibu yang dodoikan
dengan penuh kasih sayang,

Namun,
Ketika ibu sudah tua & kelaparan...
tiada tangan dari anak yang menyuap,
Dengan tangan yang menggeletar,
ibu suap sendiri makanan ke mulut dengan linangan air mata,
Ketika ibu sakit...di mana tangan anak yang
ibu harapkan dapat merawat kesakitan ibu?

Ketika nyawa ibu terpisah dari jasad...
Ketika jenazah ibu nak dimandikan...
di mana tangan anak yang ibu harapkan
untuk menyirami jenazah ibu buat kali yang terakhir.

Tangan ibu, tangan ajaib...
Sentuhan ibu, sentuhan kasih...
Boleh membawa ke Syurga Firdausi...
Ciumlah tangan ibu,
Sebelum ibu pergi bertemu Illahi & takkan kembali lagi..
Hargailah dan sayangilah mereka selagi masih berkesempatan...

P/s: Aku sayang puan Emak aku..Sayang ketat2.

Terima Kasih Sudi Baca Entry Ini

Pesan pada hati ^_^

Pesan pada hati,jangan terlalu mengharap cinta dari dirinya.Kelak,akan sengsara.Bila sudah kecewa,hati pasti parah.
Pesan pada hati,jangan merindu pada orang yang tak pernah kisah tentang kita.Bagai pungguk rindukan bulan.Dah tahu orang yang dirindu sedang berbahagia dengan pilihan hatinya,maka lebih baik buang saja rindu itu.
Pesan pada hati,bila bercinta,jaga juga batas kita.Bila cinta semakin menghampiri ,semakin ingin mencuba perkara baru.Ingatlah wahai hati,jangan mudah dinodai.
Pesan pada hati,jangan cemburu melebih-lebih.Memang cemburu tanda sayang,tapi harus ada limitnya.


p/s: Jagalah hati.

Terima Kasih Sudi Baca Entry Ini

Thursday, March 22, 2012

Mimpi

aku mimpikan lelaki itu.Omg!!
apa sudah jadi?bila aku mimpi sekali,aku rasa jantungku berdebar selepas bangun dari tidur.tapi aku andaikan itu cuma mainan tidur!argh lupakan saja.Jalani hari seperti biasa.Tapi,apabila mimpi itu berulang,apakah pulak maksudnya?orang yang sama juga menerpa dalam mimpi.aku benar-benar tak sangka wei.lelaki tu aku tak pernah jumpa.Cuma berbalas komen dan like2 status kat Fb memasing.Dia like status,aku pun like juga.dia komen,aku balas juga.apa yang buat aku macam ni?dia ada magic ka masuk mimpi aku ni?ka ini petanda yang ada something about him.But what?i never seen this guy before.aku tak tahu apa pun pasal dia.Then,sejak aku mimpi dia,aku mula la lawat wall dia.Check aktiviti dia.apa kejadah aku buat macam tu??ntah.jari aku yang nak tekan keybord terjah wall dia.Percaya atau tak,aku macam jatuh cinta weii..!waaa,sedih la.Dia tahu ka tak?kompom la dia tak tahu!arrggghhhh!lupakan.Besok hilang dah tu perasaan.I hope so..:(

p/s: dia budak uitm .Asal dari kota belud.Dan masih single ^_^..grrrr...

Terima Kasih Sudi Baca Entry Ini

wang tunai rm 5000 untuk blogger

   
nak ganjaran wang tunai?hah,ini lah masanya.5k, sapa yang taknak kan?
nak tahu lebih lanjut,klik sini.
Terima Kasih Sudi Baca Entry Ini

Wednesday, March 21, 2012

aktiviti aku bila balik kampung ^_^

salam..
yuuhuuu...sehari lagi sebelum aku boleh balik kampung untuk bercuti selama seminggu.Apasal excited sangat ni wei??sebelum ni memang tiap minggu pun kau balik.Kota belud bukan jauh sangat.Sejam boleh sampai.well,aku selalu balik hujung minggu sahaja.Hari bekerja,er aku tak bekerja.aku makan gaji orang bekerja sahaja.Lempang!(",).selalunya bila aku balik kampung time hari sabtu or ahad,aku tak dapat nak kacau anak sebelah rumah tu.tunggu mak bapak dorang datang kerja baru berani nak ke sana.Aku sebenarnya segan nak jumpa mak bapak budak ni.haha.tak tau kenapa.aku suka budak kecik.sebab tu suka menyakat dorang.Geram tengok mereka.Sumpah!super duper kiut! tak percaya? 



kembar serupa ok!
korang rasa mana 1 kakak mana 1 adik?haha..aku pun tak dapat nak bezakan juga.tapi kalau dah biasa pegang dorang ni,boleh tahu mana 1 kakak.Yang berat dan besar,itulah kakak.kalau main rambang dari jauh,pandai tersilap juga.panggil nama adik,tapi yang didukung,si kakak pulak.Adeh.si kakak namanya Alyah.Adiknya Aleesya.Pandai mak bapak dorang bagi nama.



Selain itu,kerja aku bila di kampung,tak lain tak bukan,lepak bawah rumah.Buat apa?ni orang bujang-bujang punya aktiviti la.hakhak.Selalunya,awal pagi aku bangun,siap buat semua kerja mengemas aku mula la panggil kawan kat sebelah rumah.Kawanku kat kampung namanya Nadi.Dari kecik sampai sekarang kitaorang membesar bersama.selalunya aktiviti kami ialah main masak-masak.Tak kira la apa menu.Yang penting boleh dimakan.kami goreng pisang,buat air teh,then lepak bawah rumah aku.Pergghh!angin kat bawah rumah aku nyaman ok!sayup-sayup je meniup.kampung aku banyak sawah padi.sebelah rumah kami pun sawah padi yang terbentang.tapi sedihnya,bukan kami punya.Orang lain.(",)aku bukan anak orang senang.tanah pun tak takda.esok-esok kawin,cari rumah kat bandar sahaja.lalalala...



bukan rumah aku dalam gambar tu.
macam ni la pemandangan kampung aku.Cantik kan?selain lepak bawah rumah,aku lepak kat sini di zaman dulu kala.Best sangat lepak kat sini.Cerita dengan kawan sekampung.Nampak pondok tu?dulu sana la tempat kami selalu lepak.masa zaman kecik2 dulu.masa tu akal belum cukup sifat.Masih bergaul dengan budak lelaki.kitaorang masak dari rumah,then pakat bawa makanan tu kat pondok ni.makan ramai-ramai.Ada yang masak maggi,telur goreng,dan ikan masin.Nugget?masa tu belum mampu beli nugget.tapi apa makanan sekalipun,kitaorang memang berselera nak belasah.pastu,mula la main polis perompak.selalunya,budak perempuan la yang selalu jadi polis.Budak lelaki jadi perompak.alaa,kat alam realiti pun,memang kebanyakan perompak spesis lelaki.Macam dalam drama tu(",)sekarang tak boleh lepak kat sini dah.zaman dah berubah.umur makin meningkat.nak lepak sini memang kitaorang segan.tuan punya tanah ni selalu datang jenguk sawahnya.lebih-lebih lagi dia ada anak lelaki.hensem.sesuai dibuat calon laki.yela.rajin tolong mak bapak.Ehh ehh...melebih pulak..gatal!!dushh!

part paling aku suka kat rumah ialah boleh tengok tibi puas-puas.rumah sewa kat sini takda astro.tak boleh nak tengok zizan.alaa,astro prima selalu ulang rancangan rajalawak.tapi kalau dah bersiaran tu,clash pulak dengan cerita indon kat astro ria tu,memang takda peluang tengok!kenapa??bos besar yang pegang remote.Susah nak lawan.silap-silap,kaki kiri hinggap di muka.Ok.Tipu.puan emak aku tak macam tu.paling pun,aku terpaksa tutup telinga.pot pet..pot pet..alaa,aku pun macam tu juga kalau bergaduh dengan adik beradik time menonton. tapi selalunya aku la yang menang.well,mulut berbisa dari ular . ^_^



i lop u zizan^_^
kadang-kadang,bila Nadi takda kat rumah,aku lepak kat gerai puan emak.Gerai puan emak aku tepi jalan ok.Dia jual pisang,makanan ringan,dan yang sewaktu dengannya.bila dah lepak situ,bergeng pulak dengan golongan beliau-beliau.dalam erti kata lain,golongan tua dan berumur.kadang bila dorang bergosip,aku pun join.tapi hanya mendengar.hehe.nak buat macamana.golongan aku dah lesap di kampung.masing-masing bawak haluan.dah penat nak menaip.hah,memang tak sabar nak balik la..dah ada plan dah dengan kawan.so,kepada kawan sekampus,selamat bercuti..tapi,lepas cuti,kitaorang ada midterm.cuti-cuti jugak,jangan lupa belajar.yang menaip ni pun sama.jangan ingat lepak jak.homework tu bertimbun.
sekian entri melalut.

peace no wars ^_^

Terima Kasih Sudi Baca Entry Ini

Sunday, March 18, 2012

Ditegur,dibalas makian.

salam hujung minggu.

kelmarin aku update status facebook aku dengan ayat ini

npknya ada org tekanan bila dkomen statusnya..by the way,jgn kasi malu diri sndiri.think carefully bfore make the statement..ayat ko 2 yg bikin aib ko sbnrnya.tq..:)


nak tahu cerita sebenar??aku tak kenal budak sewel ni.tetiba jadi fren kat fecebook aku pulak.salah siapa??salah aku sebab approve request kau la bongok!aku geram wei pasal dia ni sebenarnya malukan diri dia sendiri dan perempuan yang pernah dia 'kerjakan'.Tak percaya?Tengok ni...

klik untuk tumbesaran yang sihat

dari ayat dah tahu dah dia malukan diri sendiri.Ayat 'setelah aku rosakkan kau'.maknanya,dia pernah sentuh la tu perempuan kan??aku sangat geram wei..apa kejadahnya dia buat macam ni?macam orang takda tamadun langsung.bagus hidup time zaman jahiliyah la kau.dah dia post macam tu,aku nampak dalam wall aku,so aku komen la..



klik untuk lebih jelas
nampak jawapan dia??nampak sangat tak makan saman!bagus buang dalam laut la engkoo!teda tamadun!budi bahasa budaya kita la adik oii..!langsung tak terima teguran.aku tegur cara bagus,kau balas makian.Adehh..aku memang tak balas.sebab buang masa dan tenaga layan orang sewel macam kau!ooo..kau budak rempit ya?iskh2.nampak sangat budak jalanan yang selalu bawak masalah kat mak bapak.dah elok-elok jadi manusia,jangan la nak jadi syaitoonn^_^..cukup2 la syaitan yang ada kat dunia.jangan tambah lagi.

aku memang anti orang macam engkau!
sekian.

Terima Kasih Sudi Baca Entry Ini

Majlis perkahwinan Bff aku (part 2)

ok.hari tu dah tulis pasal majlis perkahwinan Anna.Hari ini pasal majlis kahwin Ina pulak.Malam berinai aku tak dapat join korang sebab bapa aku tak bagi aku drive sorang-sorang ke sana.Jauh sangat rumah pengantin perempuan ni .Aku suru si bapa hantar,penat katanya.Aku minta kunci kereta,tak pula membagi.Almaklumlah..lesen masih bau kedai!So,aku dapat pergi time siang jak la.time bersanding.
sebelum akad nikah.seminit sebelum nikah,dia masih hak milik bersama!hehe.

geng karas sedunia(yang baju putih tukang mekap)

ayunya dia...
rombongan lelaki tiba jam 1 suku.Gambar kat atas tu,sedang menanti tunang.(dorang belum nikah lagi masa ni).Then time rombongan lelaki tu sampai,tetiba hujan turun.Hahaha..hujan rahmat katakan.Tapi yang tak rahmatnya,pengantin lelaki basah.Bagi yang tak tahu,ada adat di Kota belud yang mengharuskan pengantin lelaki menaiki kuda menuju ke rumah perempuan.so,korang dah agak la kan apa yang jadi.aku yang snap picture pun tergelak sakan melihat pengantin lelaki kebasahan dek hujan.Memori seumur hidup buat pengantin lelaki^_^
see?siap berpayung dorang.

pengantin tak sabar2 turun dari kuda.Basah weii!
bayangkan bila pengantin lelaki basah kuyup,naik rumah pengantin perempuan,di arah pulak duduk dibawah kipas.sebelah menyebelah kipas.Takkah dia menahan kesejukan tu?kompom sakit pundi kencing^_^.kalau tak dapat control,mungkin dah terkencing time akad nikah,haha!Gurau la..
saja snap jurukamera tu..hensem...^_^
                    
semasa acara membuka tabir,pihak lelaki kena membayar 'tol' untuk pihak perempuan.Yang lucunya,pihak perempuan sengaja meminta tol lebih.haha..so,masa tu la pihak dari lelaki  main tipu.Kalau korang nak tahu,adat macam ni memang ada.Tak boleh jumpa pengantin perempuan selagi tak bayar tol.Saudara pihak perempuan akan menunggu di hadapan pelamin dan mengunjukkan tangan untuk meminta tol.Masa tu dah 4 kali tangan mereka terima duit.Last2,pihak lelaki main kotor.Membagi kepingan tisu!!hahaha..padan muka!siapa suruh tamak.^_^.Lepas kena tipu,baru la pengantin lelaki dapat jumpa the little bridenya.
acara sarung cincin.Dah sah.Amin

yang ini pakaian Bajau bagi yang tak tahu.

menyerlah keputihan si cantik.


semoga bahagia selamaya.Amin



makanan hari tu memang sedap.aku dan kawan-kawan belasah sampai 2x.ahahahaha...lol
sekian entri untuk sahabat dunia akhirat.semoga kamu berbahagia dengan kehidupan baru.

p/s: aku nak anak angkat wei!cepattt mulakan proses....^_^

Terima Kasih Sudi Baca Entry Ini

Thursday, March 15, 2012

Majlis perkahwinan Bff aku (part 1)

Minggu lepas,dua orang sahabat aku telah pun selamat menjadi isteri yang sah kepada suami masing-masing.Seorang bersanding pada hari sabtu,dan seorang lagi pada hari ahad.Nasib baik tidak serentak.Kalau tak,memang ulang alik aku hari tu.Ok.Kita review satu persatu majlis mereka.


9/3/12( hari jumaat)
Surianna @ anna. My best fren dari sekolah rendah mengadakan majlis berinai malam tu.Awal pagi tu aku masih lagi dibuai mimpi.Belum balik kota belud sebab khamis aku masih ada kelas.Semester ni semua kelas aku sampai ke malam.Hampeh.Seingat aku masa tu pukul 7am.Hanset aku berbunyi.


Girl my body dont lie
im outta my mind
let it rain over me..(ringtone hanset aku yo!)


Tengok skrin,nama Anna tertera.aku tekan punat hijau.
"erm,kenapa?" tanyaku sambil memisat mata dan membuang tahi mata yang suda menguntum segar.
"uii,aku mau minta tolong dulu sama kau.kau cari kereta untuk di cater,ambik kek kawin aku di hotel"pintanya bersemangat.Semangat nak kawin katakan.
"hotel mana?" tanya ku lagi.
"di pasific.suda siap tu tinggal kena pick up ja.kau cari cater,aku bayar Rm 60."
"ba tengok la.nanti aku kol kau balik" pantas aku tekan butang merah.Otakku dah ligat da mencari orang orang ni.Abang aku?ermm...dia takkan balik kota belud hari ni sebab ada overtime.sepupu aku?hah! aku terus menaip mesej kepada sepupuku,Aeten.Selalunya,hari jumaatlah dia balik kota belud.Selain abang aku,dia lah tempat aku menumpang balik kota belud dan balik kk.Haha!thanks my kazen.Jasamu dikenang.Winkkk..
'kau mau ka kena cater rm 60 ambik kek kawin?kau balik juga kan?' kira macam ni la mesaj aku kepada dia.5 minit kemudian..


teeett..teeettt..(bunyi mesej standard)


'pulang.tapi tidak tahu jam berapa.Lagipun Bu' Nah pun ikut balik.Aku tidak tahu berapa orang dorang ikut ni.'


Silaka..^_^
so,last2 abang aku juga yang aku p pujuk.Malas nak cari orang lain sebenarnya.Nasib baik abang aku sporting ok!.
Tengahari kami dah pick up kek.Service yang mantopp!







Jam 8suku aku tiba di rumah anna.Well,mood aku down malam tu atas sebab2 tertentu.tapi takpa.tahan.Tak elok bersedih time2 macam tu.
take a pic before out!


malam berinai




acara berbedak dan pakai inai.
Malam tu aku yang palitkan tepung kanji.Hehe..Kazen2 Anna pula mencorakkan inai di jari.

sempat pose lagi.kelas kau mariaaa


akad nikah(adat keluarga dorang,lelaki kena berdiri semasa akad)


acara batal air sembahyang.


dah sah.amin


ehh..ehh..dah kawin??
gambar yang akhir ni,memang arahan dari juru gambar.^_^
apapun,ucapan untuk pengantin,selamat menjalani kehidupan berumahtangga.semoga berbahagia ke anak cucu..Amin.
Terima Kasih Sudi Baca Entry Ini

takziah kepada keluarga Dirang

Aku sedih mendengar berita mengenai seorang kanak2 berusia 5 tahun yang ditemui mati dalam keadaan yang menyayat hati.Kenapa ada orang kejam dalam dunia ni ar??sangat kejam dan sangat tidak berperikemanusiaan!!Bagus tembak jak orang tu la.Kanak2 pun nak dibunuh.Ingat hidup kau akan tenteram ka wahai PEMBUNUH!!?takkan punya!Allah maha adil.Pasti kebenaran akan menyusul dan saat itu 1 malaysia akan benci kau!pak polisi,selamat menjalani siasatan.


p/s: aku benar2 serius wei.Geram!
Terima Kasih Sudi Baca Entry Ini