Wednesday, March 21, 2012

aktiviti aku bila balik kampung ^_^

salam..
yuuhuuu...sehari lagi sebelum aku boleh balik kampung untuk bercuti selama seminggu.Apasal excited sangat ni wei??sebelum ni memang tiap minggu pun kau balik.Kota belud bukan jauh sangat.Sejam boleh sampai.well,aku selalu balik hujung minggu sahaja.Hari bekerja,er aku tak bekerja.aku makan gaji orang bekerja sahaja.Lempang!(",).selalunya bila aku balik kampung time hari sabtu or ahad,aku tak dapat nak kacau anak sebelah rumah tu.tunggu mak bapak dorang datang kerja baru berani nak ke sana.Aku sebenarnya segan nak jumpa mak bapak budak ni.haha.tak tau kenapa.aku suka budak kecik.sebab tu suka menyakat dorang.Geram tengok mereka.Sumpah!super duper kiut! tak percaya? 



kembar serupa ok!
korang rasa mana 1 kakak mana 1 adik?haha..aku pun tak dapat nak bezakan juga.tapi kalau dah biasa pegang dorang ni,boleh tahu mana 1 kakak.Yang berat dan besar,itulah kakak.kalau main rambang dari jauh,pandai tersilap juga.panggil nama adik,tapi yang didukung,si kakak pulak.Adeh.si kakak namanya Alyah.Adiknya Aleesya.Pandai mak bapak dorang bagi nama.



Selain itu,kerja aku bila di kampung,tak lain tak bukan,lepak bawah rumah.Buat apa?ni orang bujang-bujang punya aktiviti la.hakhak.Selalunya,awal pagi aku bangun,siap buat semua kerja mengemas aku mula la panggil kawan kat sebelah rumah.Kawanku kat kampung namanya Nadi.Dari kecik sampai sekarang kitaorang membesar bersama.selalunya aktiviti kami ialah main masak-masak.Tak kira la apa menu.Yang penting boleh dimakan.kami goreng pisang,buat air teh,then lepak bawah rumah aku.Pergghh!angin kat bawah rumah aku nyaman ok!sayup-sayup je meniup.kampung aku banyak sawah padi.sebelah rumah kami pun sawah padi yang terbentang.tapi sedihnya,bukan kami punya.Orang lain.(",)aku bukan anak orang senang.tanah pun tak takda.esok-esok kawin,cari rumah kat bandar sahaja.lalalala...



bukan rumah aku dalam gambar tu.
macam ni la pemandangan kampung aku.Cantik kan?selain lepak bawah rumah,aku lepak kat sini di zaman dulu kala.Best sangat lepak kat sini.Cerita dengan kawan sekampung.Nampak pondok tu?dulu sana la tempat kami selalu lepak.masa zaman kecik2 dulu.masa tu akal belum cukup sifat.Masih bergaul dengan budak lelaki.kitaorang masak dari rumah,then pakat bawa makanan tu kat pondok ni.makan ramai-ramai.Ada yang masak maggi,telur goreng,dan ikan masin.Nugget?masa tu belum mampu beli nugget.tapi apa makanan sekalipun,kitaorang memang berselera nak belasah.pastu,mula la main polis perompak.selalunya,budak perempuan la yang selalu jadi polis.Budak lelaki jadi perompak.alaa,kat alam realiti pun,memang kebanyakan perompak spesis lelaki.Macam dalam drama tu(",)sekarang tak boleh lepak kat sini dah.zaman dah berubah.umur makin meningkat.nak lepak sini memang kitaorang segan.tuan punya tanah ni selalu datang jenguk sawahnya.lebih-lebih lagi dia ada anak lelaki.hensem.sesuai dibuat calon laki.yela.rajin tolong mak bapak.Ehh ehh...melebih pulak..gatal!!dushh!

part paling aku suka kat rumah ialah boleh tengok tibi puas-puas.rumah sewa kat sini takda astro.tak boleh nak tengok zizan.alaa,astro prima selalu ulang rancangan rajalawak.tapi kalau dah bersiaran tu,clash pulak dengan cerita indon kat astro ria tu,memang takda peluang tengok!kenapa??bos besar yang pegang remote.Susah nak lawan.silap-silap,kaki kiri hinggap di muka.Ok.Tipu.puan emak aku tak macam tu.paling pun,aku terpaksa tutup telinga.pot pet..pot pet..alaa,aku pun macam tu juga kalau bergaduh dengan adik beradik time menonton. tapi selalunya aku la yang menang.well,mulut berbisa dari ular . ^_^



i lop u zizan^_^
kadang-kadang,bila Nadi takda kat rumah,aku lepak kat gerai puan emak.Gerai puan emak aku tepi jalan ok.Dia jual pisang,makanan ringan,dan yang sewaktu dengannya.bila dah lepak situ,bergeng pulak dengan golongan beliau-beliau.dalam erti kata lain,golongan tua dan berumur.kadang bila dorang bergosip,aku pun join.tapi hanya mendengar.hehe.nak buat macamana.golongan aku dah lesap di kampung.masing-masing bawak haluan.dah penat nak menaip.hah,memang tak sabar nak balik la..dah ada plan dah dengan kawan.so,kepada kawan sekampus,selamat bercuti..tapi,lepas cuti,kitaorang ada midterm.cuti-cuti jugak,jangan lupa belajar.yang menaip ni pun sama.jangan ingat lepak jak.homework tu bertimbun.
sekian entri melalut.

peace no wars ^_^

Terima Kasih Sudi Baca Entry Ini