Thursday, May 31, 2012

Bahhh Jadiii...

Di sebuah kampung yang terpencil,terdapat sebuah rumah usang yang didiami oleh seorang nenek tua dan cucu perempuannya.Nenek yang sudah uzur hanya menghabiskan sisa hidupnya di atas sebuah tikar mengkuang yang sangat la buruk.cucunya pula hanya bekerja menjadi pembantu kedai di kampung tersebut.

Pada suatu malam,rumah mereka dimasuki perompak.perompak tersebut terdengar ada anak dara yang cun tinggal di rumah itu.Lantas,mereka berempat dengan rakusnya menolak pintu bilik cucu dan nenek tersebut.Ketika itu nenek sedang berbaring di tikar mengkuangnya.mereka berdiri betul2 di hadapan nenek itu.

Perompak: aku mau cucu kau seja.aku tau kau tidak kaya,miskin melarat.Tapi cucu kau ni banyak manfaat kepada kami.hahahaha!!
Cucu : Jangan apa-apakan nenek saya.Bawak seja saya pergi.
nenek: jangan bawak cucu saya.kamu bawak seja saya.kamu tidak akan dapat manfaat dari dia ni.semua benda dia xtau
cucu: kenapa nenek cakap macam tu?(sambil hentak kaki)
nenek: Bahhh jadiii???mau buat macamana lagi?kalu kau kena bawak,siapa uruskan makan minum aku?
cucu: habis tu,nenek ni boleh bagi apa dengan dorang?Bawa saja saya!!
perompak: jangan gaduh2!kami cuma mau cari orang yang boleh layan kami.hahahahaha!!
nenek: aku boleh!!
cucu: biar betul nek?
nenek: Bahhh jadii...................................



dan perompak itu terus terdiam.Apa kejadahnya kami kena ambik orang tua!kami pun nak yang first class!
sekian.
Terima Kasih Sudi Baca Entry Ini

Farewell Friend



Sabtu lalu,lepas kitaorang habis exam,kami mengadakan farewell party untuk kawan aku yang akan menjalankan teaching praktikum pada sem depan.so,kami tak akan jumpa la 1 semester.lepas teaching praktikum,InsyaAllah jumpa lagi.korang buat praktikum pun tak la jauh mana.setakat Tuaran.Boleh kot seminggu sekali turun bandar sama-sama.haha.meh layan gambar kitaorang ..




gadis sabahan ok!


Sponser By mary( yang baju belang)




yang ni xdapat join malam tu.Si Erin.Gambar  ni masa kat Cp.dia pun akan buat teaching praktikum.



pilih-pilih...!gadis idaman malaya.muahahaha.yang lain ni dah habis belajar.





Gonna miss u makcik2 ku sekalian..


Harap bila sudah habis praktikum,kita tetap 1 rumah jugak! sebab masing2 dah kenal perangai.Kuat marah,kuat ketawa,pemalas,kuat merajuk,hah,semua kita ada!haha..aku pasti rindu korang.Rindu nak share story,lepak sama-sama,masak sama-sama..Arghh! korang jak la yang faham aku macamana.Gonna miss u all....I love u my fren..sayang kamu ketat2.
Terima Kasih Sudi Baca Entry Ini

Wednesday, May 30, 2012

lelaki itu..:)


Assalamuaikum..
Entri kali ini agak merapuh ok.taknak baca,sila tekan X.tapi merapuh aku,ada isi jugak.hah!untuk kesekian kalinya,hati aku seperti telah diketuk setelah beberapa lama x dibuka.(ayat jiwang gitu lor)last aku kapel tahun lalu.Bulan 3 dah clash.Apa kes?hah,biarlah rahsia.tak boleh la kalau semua hal korang nak tahu.aku nak stok untuk laki aku lagi,untuk anak2 aku di masa akan datang.Insyaallah.kalu ada seru nak kawin.muahahaha.

intro tingkatan 6 punya karangan.

Lelaki itu.Perkenalan kami agaknya sudah lama.sejak aku tingkatan 6.masa tu dia best fren dengan pakwe kawan aku.so,secara tidak langsung,kami pun berkenalan.tapi hanya kenal macam tu sahaja.dalam tahun ni kami rajin berbalas komen d pesbuk.Siapa tak tau pesbuk?memang bangang la korang.ketinggalan kereta api!dan kami semakin rapat(sebagai kawan) setelah dia meminta num hanpon aku kat pesbuk.berani gilak yooo!aku pada mulanya,taknak kasi.yela.masa tu aku ingat dia masih pakwe kepada seorang teman yang aku kenal sejak dari kecil.teman mengaji kalu tak silap.so,tak manis kot kalau menggatal dengan boipren orang.tapi,dia yakinkan aku bahawa dia suda tiada apa dengan si teman itu.dan aku pun gatal tangan p cek wall teman (ex Gf lelaki itu).dan aku temui jawapan.memang sah!si teman sudah ada pasangan baru.boleh tahan.sama padan!dan aku pun bagi la number hanpon ku dan berbalas sms.

hah! start malam tu,dia peneman aku.kebetulan number yang dia guna Digi.Digi aku pulak,pelan super sms.50sen akan dipotong sehari,then sms sampai lenguh jari kot dalam masa sehari kat semua number Digi!Digi sahaja ok! semuanya free!so,memang sesuai sangat dijadikan peneman dikala sunyi.dia memang kuat mengayat.hah!aku kenal dengan lelaki masam ni.tapi dia yakinkan aku bahawa semua yang disuarakan ialah dari isi hatinya.tak main tipu.boleh percaya ke?aku pun buat2 la jual mahal.taknak la kecewa kan!siapa la diri ku.uhuk!dibandingkan dengan dia,rupa ada.kerja pun ada.tak sesuai dengan aku.aku ni pemalu sikit.(sila muntah sekarang)muka pun tak la cantik mana(ayat pancingan minta kasihan)tapi aku syukur dengan apa yang aku ada.sejak kami berbalas sms,tak pernah jumpa face to face lagi.sebab aku nak elakkan dari berjumpa dia.haha.aku banyak kali balik kampung.Bila dia tanya aku kat mana,aku cakap aku masih d kk.tipu sunat!kang dia bawak jumpa,malu siot la aku!kang tetiba tak boleh bercakap.

dan siapa sangka,tadi time aku ke gerai Puan Emak,aku terlihat dia.dia dalam kereta.sorang diri.bila dia senyum,aku pun terpaksa la senyum.Omg!dalam hati Tuhan saja tau betapa aku berdebar.normal la kot.tak pasal-pasal aku terpukul adik perempuan ku.hah!darah aku kalu gemuruh,otomatik lepas kat orang sebelah.kalau ada barang,memang barang jadi sasaran tangan aku.dasar penyakitan.haha!aku tak boleh handle la keadaan tu.tak tau kenapa.tak lama lepas tu,dia text aku pulak.

'lawa betul senyuman tu tau' ...Omg!aku nak ketawa besar2.dia buat aku malu la!aish.aku pun reply dengan ayat ni .
'malunya.haha'.dan bila dia reply mengatakan dia nak pusing balik semata nak tengok aku,aku terus balas dengan mengatakan aku nak turun ke pekan.boleh pulak dia offer dia nak ambik aku.sama-sama turun ke pekan.aku cepat2 tolak.aku kata aku jalan sendiri.haha.aish.dia la orang yang aku nak elak selepas Mr.Yoo.tapi terserempak jugak!apa la nasib badan ni.

tapi andai kata dia yang terbaik untuk aku,berikan aku petunjuk Ya Allah.aku dah banyak kali reject dia bila dia mengayat aku dengan kata2 manisnya.Bukan apa.lelaki ini,bila dia taknak layan dah selepas kita reject dia,bererti dia hanya nak main2.tapi ini lain pulak,kata nak tunggu jugak.So,apa aku patut buat?aku bukan sombong cuma aku rasa aku yang tak layak berdampingan dengan dia.andai dia yang terbaik,mudah-mudahan hatiku tidak kecewa.Amin.

Terima Kasih Sudi Baca Entry Ini

Tuesday, May 29, 2012

Bapa Aku kena serang asma !!

Assalamuaikum.....(jawab tau)
     subuh tadi kira-kira jam 4.30 aku dikejutkan dari mimpi yang indah.indah la sangaattt.bapa aku kejutkan dengan suara yang tersekat giteww.aku faham da.pasti penyakit dia menyerang.aku bangun,cuci muka kejap then trus blah!orang sakit kita tak boleh bergerak macam  siput.kena rush!hah,masa turun tangga,aku terfikir.Jangan2 bapa suru aku drive ni.Omg!mesti lambat sampai hospital ni.nasib baik dia yang nak drive sendiri(dia taknak lambat kot sebab aku drive macam siput vavi).

aku perhati jer.nafas dia dah turun naik la masa tu.aku risau je dia tak boleh drive.aku ni,kalu dalam keadaan emergency otomatik boleh jadi terrer dalam semua hal.dia yang xpercaya kemampuan aku.setakat drive time kereta tkda lalu lalang kat jalan tu,sifir 1 je kot.yolaaa tuu..sampai hospital then dia ambik pam untuk pernafasan tu.Oh,aku bukan budak medical.susah nak cakap apa nama benda tu.alaa,yang mesin untuk orang asma tu.main sedut.lega la rasa.hah tu la tu.malas nak explain.faham2 la sendiri.haha.dah terbangun awal ni,kena mengemas awal la.Harap2 mood rajin datang.banyak benda nak buat ni.k la papai.have a great day!!

Terima Kasih Sudi Baca Entry Ini

Monday, May 28, 2012

Camera & Ex-Bf Text me


Dah dapat apa??sebelum ni aku pernah post aku nak benda ni.Boleh Klik kat Sini.Dan aku super duper gembira.Akhirnya aku dapat genggam jugak!Duit tabung aku terpaksa korbankan wei!tapi takpa.benda ni ada kegunaan jugak. tabung syiling aku sikit jak.tukar kat Cimb bank terus p tapau tu kamera kat Centre Point dengan kawan.Dan kakak yang tersayang tambah duit untuk beli benda ni.Syukur ada kakak yang memahami!dia dah bank In duit awal2.Tapi aku ni lahap sikit bila nampak duit.korek2,lama2 tinggal sikit.tak cukup,minta lagi!haha..memandangkan Puan Emak tak kasi duit beli benda ni,aku cari ikhtiar sendiri cucuk jarum kat kakak.hahaha!walaupun aku terpaksa korban syiling aku yang sikit ni..tak caya?sikit jer tau syiling aku!!








tapi takpa.aku akan kumpul ko balik wahai syiling!
dan masa tu aku terima mesej dari Ex-Bf.Guna number baru wei..mula2 dia miskol je.aku tak layan number2 baru ni.bila miskol2 tak berbalas,dia text pula.Lebih kurang macam ni la conversation kami.


Ex : salam.apa khabar kau?
aku: ???   (maksud tak kenal la,kan dia guna number baru!)
Ex: kenapa kau tidak tengok kawin sayang?
aku: siapa kawin?
Ex: kau ni pura2 lagi tnya.Di Kg.Linau ba sayang..


masa ni aku dah tau dia siapa.sebab masa tu kakak dia kawin.Tapi aku tanya untuk dapatkan kepastian.


aku: siapa jugak ni??
ex: ******
aku: oo..kau rupanya.kalau kau kawin,baru saya p tengok..


lepas tu dia tak reply da..mungkin terpukul kot dengan ayat aku.hahaha!!
lantak la.
Yang penting aku dah dapat kamera!lalalalalala...
Terima Kasih Sudi Baca Entry Ini

Monday, May 7, 2012

roomate putus cinta

Dunia percintaan memang indah.Terasa dunia kita yang punya.Tapi bila sudah berduka,adoi..gurindam jiwa!!
tadi rummet aku menangis.Duii..aku sendiri tak tahan tengok dia menangis teresak.Sampai baju aku basah wei dek air matanya.mata sampai bengkak.Dah kawan ada masalah,saat ini la bahu kita menjadi peranan.Tenangkan dia..Sabar ya kawan..alaa,perkara biasa la tu..gaduh..pastu putus..tak lama mesti merindu..mula la rujuk balik..alolololo..pastu senyuman mesti sampai telinga punya la!kawan ni punya emo tadi,simcard jadi mangsa.Dipatahnya simcard!hah!ambikk ko..tapi aku juga yang dibawanya pergi beli simcard baru..tak pa..tolong kawan..
kenapa percintaan ni rumit erk??
nasib baik aku dah single sekarang..susah kot bercinta buat masa ni.Bila lagi kalau sudah berperang dengan pasangan.Makan tak lalu kot.Lebih lagi bila exam datang menyinggah.takkah parah?silap-silap tulis dalam kertas jawapan 'aku rindu dia'.
Ok..Entry aku memang pendek buat masa ni..aku ada penyakit malas..korang ada ubat tak untuk rawat penyakit aku ni??



Terima Kasih Sudi Baca Entry Ini