Wednesday, April 25, 2012

Beautiful Nara baca mesej, buat enty pasal Shah Iskandar

Salam..
kenal tak dengan blog beautiful nara?mustahil korang tak tahu..

pagi tadi aku pm dia..buktinya..




aku respect la abang nara..lepas aku sent mesej tu,dia keluarkan entry dia pasal Shah Iskandar 
boleh baca kat sini..
hehe.aku dan kawan-kawan minat giler kat Shah iskandar.Blog beautiful nara popular sebab dia buat cerita pasal artis2 kita.kitaorang tak view blog lain kalau nak baca gosip pasal artis ni.sebab info beautiful nara memang  tiptop!!.Bravoo!!Good job!

Terima Kasih Sudi Baca Entry Ini

Saturday, April 21, 2012

bila sedih itu bertandang

Bila seorang wanita itu bersedih tapi tidak mengeluarkan airmatanya,itu bererti dia sedang menangis didalam hati.
Dia tidak akan mengaku dia sedang bersedih dan berharap kamu memujuknya.Dia seorang yang kuat menghadapi semua perkara yang menyedihkan dalam hidupnya.Pernahkah kamu terfikir untuk mendalami hatinya?Dia akan menjalani hidupnya seperti biasa.Namun,hatinya amat parah.Parah dihati tidak dapat dirawat melainkan masa yang membawa lara itu pergi jauh dari hidup wanita.Argh!wanita itu memang lemah!bisik lelaki yang tidak punya perasaan.korang tahu apa?hanya tahu sakitkan hati sahaja.Dan wanita pulak,aduhai.....bila bersedih,gurindam jiwa la alamatnya.Aku pernah merasai semua itu.Sakit hati bercinta.Putus ditengah jalan.Argh..tapi aku tak menangis.Aku kuat kot.mungkin.tapi dalam hati,hanya Allah yang tahu.segalanya diserahkan kepadaNYA.bila berpisah,aku percaya akan ada pengganti yang lebih baik dari sebelumnya.Biar lambat mana sekalipun,sabar sahaja menjadi peneman dikala sunyi.kadang terasa sunyi jugak.Takda bunyi mesej awal pagi ucap'selamat pagi sayang'.Kosong terasa hidup ini.tapi bila difikirkan semua,semuanya ada hikmah yang tersembunyi.Kita tak tahu.dan sedih itu amat lama untuk dipadamkan dalam diri.Kalau sahaja aku punya kuasa,aku akan hilangkan segala memory bersama dia.Tapi apa daya.Otak sudah sempurna.Ingatan itu tetap ada.Ah sudah!aku takmo lagi fikir pasal dia.Buang masa dan tenaga sahaja.Life must go on..move forward!never gustan-gustan or dalam erti kata lain,masa itu tidak dapat diundur.aku jiwang ka??tak la..!siapa kata aku jiwang,siap korang!!

Terima Kasih Sudi Baca Entry Ini

Friday, April 20, 2012

aku minat dia..:)

salam..petang yang indah.





aku rasa aku jatuh cinta bila tengok dia senyum..alolo..memang macam gilak bayang terus...siapa dia?nama dia shah iskandar..alaa,pelakon kat tibi tu..sekarang ni dia banyak berlakon drama.kat tv3 la dia paling pemes.aku suka dia sebab dia comel....hahaha

Terima Kasih Sudi Baca Entry Ini

Wednesday, April 11, 2012

Dari Dia kita datang,kepada Dia juga kita kembali.

Salam.Lama sungguh tak update blog.semuanya sebab broadband lembab macam siput.rasa gian nak menaip kat sini.sepanjang aku tak update ni,banyak hal yang berlaku.perkara yang kita tak pernah sangka.minggu lalu,hari isnin seorang kawan seangkatan di sekolah menengah lemas di sungai yang memang setiap tahun 'makan' orang.kenapa aku taip macam tu?sebab memang tahun-tahun ada kes kematian kat sana.korang percaya tak dengan kewujudan hantu air?kitaorang kat sini panggil hantu air sebagai Galap.air sungai tu tak la dalam sangat,korang rasa kenapa dia boleh lemas?tak pa la..ajal dia kot...huhu...

hari sabtu pulak,kami di kampus dikejutkan dengan berita 2orang pelajar kami terlibat dalam kemalangan di kota belud.Seorang maut ditempat kejadian dan seorang lagi meninggal ketika berada di unit rawatan akibat pendarahan yang teruk dikepala.menurut sumber,mereka ke kota belud untuk menghadiri jemputan kenduri.agak kasihan juga.namun,kejadian itu sebenarnya mengingatkan kami bahawa ajal ini tidak mengira tempat dan masa.kepada Dia juga kita kembali.

marilah kita sedekahkan al fatihah kepada sahabat aku Arwah Azahari( meninggal kerana lemas) dan arwah Ady dan Jenn yang meninggal akibat kemalangan.Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan dtempatkan dkalangan orang beriman.Amin.

Terima Kasih Sudi Baca Entry Ini