Wednesday, January 4, 2012

majlis perkahwinanku..:)

Realiti hidup yang sebenar ialah  alam perkahwinan.Alam dimana kita akan menjalankan tugas sebagai isteri yang rock  solehah kepada Si suami yang tercinta.Melalui perkahwinan maka akan dapat meramaikan lagi manusia di muka bumi ini.Juga merupakan sunnah Rasullullah.

Itu intro ok!!

Aku ingat lagi ketika aku dilamar oleh Mr.Right.Ketika itu kami makan tengah hari di sebuah restoran di tepi pantai.Angin sepoi-sepoi bahasa menampar pipi ku yang comel.Dan cuaca pada hari itu sangat cerah.Secerah hati aku.Aku dah lama pendam perasaan dengan Mr Right tanpa pengetahuan dia.Namun,pada hari itu dia menjemput aku makan bersamanya.Selama ini hubungan kami sekadar teman biasa sahaja.

"Wadah,sudikah kau jadi isteri aku hingga hujung nyawa"?Kotak kecil dihulurkan kepadaku. Cincin dalam kotak berwarna merah seperti merahnya muka aku yang menahan malu.Pelayan yang membawa makanan tersenyum melihat betapa romantiknya Mr.Right kerana sudi melamar aku di tempat umum seperti itu.Aku seperti tidak percaya.Mana mungkin dia memilih aku menjadi pasangan hidupnya.Dia hensem,kacak,pendek kata PERFECT di mata aku.Dan aku pula,kalau dibandingkan dengan kawan-kawan aku,aku jauh ketinggalan.Mana tak.Aku tak pandai bermekap,jarang mencantikkan diri,tidak boleh nak pakai segala barang perhiasan sebab aku alergik.
"Err..maaf ya.Tapi kenapa mesti aku?" soal ku penuh tanda tanya.Buatnya dia mempermainkan perasaan aku saja,parah la jawabnya.
"Aku dah lama pendam perasaan kat awak.Cuma aku takut bertepuk sebelah tangan"jawapan yang sangat jujur di pandangan mata aku.Namun hati aku,Tuhan saja yang tau.Berbunga-bunga ok.!Tak sangka cinta berbalas..kalu aku tau dari awal,aku yang lamar dia.So,aku terima dengan hati yang berbunga bunga kaktus.



Dan majlis kami berlangsung di Hotel Megellan Sutera Harbour. Kata Mr.Right,buat majlis kat situ sebab kat situ la tempat aku kerja dulu.Well,aku pernah jadi assistant Chef suatu ketika dahulu.Kiranya, kalau buat majlis kat situ,bangga la sikit sebab kena serve oleh kawan-kawan sekerja yang lama.


Majlis kami meriah...Buktinya...



memuatkan 1500 tetamu




Perasaan masa tu gementar sangat.Mana taknya,ada golongan atasan yang hadir,termasuk kawan-kawan dan juga saudara mara yang dekat dan yang tinggal jauh nun di pluto Kuala Lumpur.Majlis kami sangat meriah ok.


"selamat pengantin baru kepada kedua mempelai" suara Mc kedengaran.Tapi sepertinya aku kenal dengan suara Mc itu.Aku memandang Mr.Right.Dia tersenyum.Aku mencari-cari kelibat Mc itu sebab ramai sangat tetamu so aku tak dapat detect mana satu mereka.Sebab dorang guna microfon tanpa wayar punya.Tapi aku benar-benar yakin aku kenal suara itu..suara seorang wanita yang pelat 'R' dan suara lelaki yang macho la katakan.Namun suara itu semakin dekat dengan aku.Aku menoleh ke kiri pelamin.Ketika itulah aku seperti terkena kejutan elektrik.Terkejut wei..!

Sebab MC itu ialah....





lisa surihani dan zizan raja lawak!


Kezutan itu sungguh bermakna buat diriku.Mr.Right tahu aku minat gila dengan artis ni.Sepanjang majlis itu mereka memeriahkan suasana dengan celoteh yang tak kering gusi kami dibuatnya.Malam itu menjadi kenangan yang tidak mungkin dilupakan.Aku sempat snap gambar bersama mereka namun atas kecuaian budak buta huruf,gambar kami terdelete begitu sahaja.Mr.Right kata takpa.Nanti dia jemput mereka lagi semasa ulangtahun perkahwinan kami nanti.


P/S: Cerita ini rekaan semata-mata dan tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang suda tiada.

thanks sebab layan angan2 aku..hahahaha......


Terima Kasih Sudi Baca Entry Ini