Friday, February 10, 2012

Rentak kehidupan

Rentak kehidupan setiap orang berbeza.Ada yang menjalani hidup dalam kemiskinan,malah ada juga yang bermegah dengan kekayaan.Dan aku pula ditakdirkan hidup dalam keluarga yang serba kekurangan dan mengamalkan sikap kesederhanaan.Bukan mudah untuk hidup jika duit dalam poket hanya tinggal ringgit-ringgit sahaja.Bukan ratusan mahupun ribuan.Kadang-kadang,melalui kehidupan aku belajar untuk menghargai apa yang aku ada.Aku bersyukur ada keluarga ,saudara dan sahabat yang masi lagi memandang dengan dua mata.Tidak dengan sebelah mata sahaja.Maksud aku ialah mereka masih mengambil berat hal aku.Keadaan yang berlaku di sekeliling aku kadang-kadang menjadi kejutan.Banyak perkara yang kita tidak sangka akan berlaku dalam hidup kita.Rona-rona kehidupan itulah yang membuka mata aku untuk lebih bersyukur dan tidak menyesali apa yang berlaku sebelum ini.Sebab Allah maha adil.Dia membalas perbuatan kita pada orang lain.Dalam erti kata lain,Hukum karma!Setiap yang berlaku juga ada hikmahnya.Nasib kita dalam kehidupan menjadi taruhan.Kita yang menentukan nasib sendiri.Sebab itulah fikiran amatlah penting.Berfikir dengan cara baik.Jangan melakukan perbuatan yang boleh membuat orang lain berpandangan negatif dengan kita.Berfikir dengan bijak.Ada otak,kita boleh tahu mana salah dan mana yang benar.Semuanya dari kita.Allah hanya meminjam dan kita harus mengunakan semuanya dengan cara yang betul.

Dan berita yang aku dengar itu benar-benar memeranjatkan.Aku menitiskan airmata kerana aku rasakan itulah hukum karma yang Allah balas.Aku menjadi takut dan dan simpati dengan nasib seorang sahabat.Tapi aku hairan,bila dia suda ditimpa masalah sedemikian,dia masi senyum dan ketawa.Dia tabah!mungkin dia masih dengan perangai lama.Yang salah diperbetulkan.Dia hanya mahu semua benda yang berlaku keatas dirinya ialah  perkara yang baik2 sahaja.Aku cuma harap ada perubahan keatas dirinya.Itu sahaja.Hidup ini singkat.Dan apa yang terjadi itu ialah hukum karma.Benar-benar hukum karma.Dan aku lebih membuka mata.

Terima Kasih Sudi Baca Entry Ini