Friday, June 5, 2015

hari ini dalam sejarahh


salam semua readers.

Hari ni hari jumaat.bersamaan 5/6 2015..buat pertama kalinya dalam hidup aku gempa bumi berlaku kat sabah.aku sendiri rasa.

jam 7.15 am aku baru nak gerak g mandi.tiba2 aku rasa gegaran di dalam rumah.aku berpaut pada tingkap rumah.otak aku fikir, mungkin ada orang sengaja kot nak goyang2 kan tiang rumah.sebab rumah masi dalam proses renovation.tapi sangkaan ku meleset apabila nampak air sungai depan rumah berombak dan melimpah keluar.masa tu aku terus panik.aku turun bawah dan semua orang rumah keluar.jiran2 pon keluar dari rumah masing2.

Allah,.rupanya gempa bumi berlaku.menurut info, pusat gegaran berpunca dari daerah Ranau.dan gunung kinabalu yang menjadi kebanggaan rakyat sabah telah runtuh sedikit.banyak info yang mengatakan gegaran berlaku d gunung kinabalu adalah amaran daripada AKINABALU.maksudnya di sni, roh2 yang bersemadi kat gunung tu telah murka.Itu menurut kepercayaan orang2 kat sana.mereka mengaitkan tragedi ini berlaku kerana roh mengamuk apabila tempat mereka dikotori.

kalau korang nak tau, sebelum ni sabah digemparkan dengan isu pendaki gunung kinabalu berbogel d atas puncak tersebut.malah mereka turut mencemarkan dengan membuang air kencing kat sana.agak2 la wei.kena jaga adab.


menurut info, guide suda memberi amaran jangan lakukan perkara ni.sebab itu pantang larang.tapi mat salleh ni boleh pulak cakap' stupid and go to hell'.

kan dah mengamuk..

menurut kajian sains pulak, ada gerakan dari perut bumi.Allahualam.

pendaki yang berada kat puncak tu diselamatkan oleh heli.sebab jalan turun dah tak boleh lalu.cek point runtuh.







donkeys ears pun gone...
pic ni masa aku naik gunung aritu..donkeys ears kat belakang tu dah gone oneside.sob sob





SEMOGA KITA SEMUA DIBAWAH LINDUNGAN-NYA.AMIN.


Terima Kasih Sudi Baca Entry Ini

Wednesday, May 13, 2015

NAK BERCUTI??

hai korang...ada terfikir tak nak bercuti ke luar negara?

ni habaq kat korang.ada pakej murahhh.pakej sampai tahun ni jer tau....








pakej ni kat tempat kerja kawan aku.aku tolong dia promote jer.more info boleh layari jer link kat bawah tu



aku nak gi umrahhhhhh..Permudahkanlah Ya Allah.
*start menabung seringgit sehari*

more info please visit .http://www.alqudstravel.com/v1/

Terima Kasih Sudi Baca Entry Ini

Monday, May 11, 2015

Biar video berbicara



do u know what is the most hurtfull separation?
it is...
no matter how much you miss that person, but the fact is that you cant see that  person in this world.
video ni membawa banyak maksud.masih wujudkah insan sebegini?



tengok dulu.baru tahu...

i wish i can find someone like this.



tajuk lagu : kekasih
penyanyi: kumpulan Deevotes



*lap air mata jer asal tengok video ni.sebab aku kenal seseorang yang dah berkahwin tapi takda zuriat sampai sekarang.pedihnya menanggung.



Terima Kasih Sudi Baca Entry Ini

Saturday, May 2, 2015

IM4U



Salam satu Malaysia rakyat jelata...
seperti yang anda tahu, Negara Nepal telah menerima musibah,Gempa bumi yang berlaku di negara itu sangat menyayat hati .banyak yang terkorban.Jika aku diberi peluang, ingin aku ke sana untuk membuat aktiviti kesukarelawan.tolong apa yang patut.menjadi badan NGO untuk berbakti kepada mereka.Biar takda balasan,yang penting hati ikhlas untuk  berbuat amal.pasti akan dihitung semuanya di akhirat kelak.
berbalik kepada tajuk.IM4U.apa itu IM4U?
IM4U ialah team yang membuat kerja2 kesukarelawan.Kalau korang pernah ke Daerah Kota Belud, tembok kat belakang GSHOP tu ada Public Art Movement yang kitaorang hasilkan selama 2minggu.Penat tau buat semua ni.harap warga Kota Belud menghargai kerja2 kami dan tidak menconteng sesuka hati kat wall tu.bukan mudah tau nak hasilkan.


muka happy dapat buat kerja kesukarelawan.

hahhh...tuuu diiaa...tengah beraksi.apasal aku nampak gemokkk? 





ni la sebenarnya org2 kuat yang menghasilkan public art movement.pelukis datang dari KL pon ada.Pelukis yang sebenar ialah lelaki kat sebelah kiri saya, Ayie namanya.Juga Hussin yang dok peace kat belakang.mereka ni memang berbakat.kerja aku dan geng lain cuma tacap2 jer.hikhik

ni la hasilnya.Ratu serimpak.

peace again


selepas majlis perasmian, kami pon berselfie.yang lain berpecah.ada yang mengiringi Datuk Rahman Dahlan untuk meninjau  hasil kerja kami.Ada yang buat kerja kesukarelawan dengan memungut sampah dan sebagainya.tugas aku masa ni pulak agihkan baju .Penat dohh..tapi berbaloii..Artis Zoey Rahman pon ada join tapi aku tak sempat selfie dengan Zoey.Takpa.Takda rezeki.yang penting muka kami ada masuk tv kat astro awani..hahahaha..sekian entry hari ini.

salam sayang.
Terima Kasih Sudi Baca Entry Ini

Thursday, April 30, 2015

si comel sayang

salam semua....
korang apa khabar? diharap sihat hendaknya.april 2015 akan melabuhkan tirainya lebih kurang 9 jam dari sekarang.Esok da masuk bulan mei.Omaigad.time flies so fast. tak lama lagi jun..julaii..ogoss....akhir tahun....masuk tahun baru..and life must go on.
today juga my dad admit ward. as usual, asthma. makin lama makin teruk asma dia.hospital macam rumah kedua bagi kitaorg.harap bapa strong n semoga Allah sembuhkan penyakit beliau.Aminn..

Cerita pasal si comel.

saya dah jadi makcik selama 8 bulan.Let me introduce u to my little niece.Her name Nur Qiesha Nadya ( cahaya, keimanan, kesetiaan,) I yang bagi nama ni tau.Auntie wadah doakan semoga Eicha jadi anak yang soleh, setia kepada Allah,kedua org tua, dan menjadi anak yang berguna kepada agama dan juga bangsa.
Sejak budak kecik ni hadir dalam hidup kitaorang, rumah jadi meriah.First niece tue...cucu pertama bagi my parents.Korang tau la rasa seronoknya bila korang ada anak sedara sendiri.kalau boleh xnak berpisah dengan si kecikk ni.bisa rinduu...




qiesha with auntie wadah.ngee

Saya memang sukakan baby.budak2 yang comel.penyayang la katakan(angkat bakul sndiri ) tapi saya hairan kenapaaa ada manusia yang tak da hati perut langsung! sanggup buang baby.sedap2 main pastu main buang2 pulak.eh engkau punya otak letak kat mana?paling bangang bila ada yang sanggup mendera baby d pusat2 asuhan.Allah...mengalir airmata melihat baby diperlakukan sebegitu rupa.Apa salah mereka?? dorang tak salah apa2 pun.media sosial sekarang seperti facebook bnyk memainkn peranannya.semua tersebarr luass..dan saya sangat2 geram melihat video yang berunsurkan  penderaan.kesian tau tengok mereka diperlakuukan sedemikian rupa.huhu!
mereka ni anugerah ALLAH yang sangat terindah.sangat berharga.saham akhirat.


comel tau!meh tengokk kecomelan mereka.









see?? comel sangattt..knapa ada manusia tergamakkk nak mendera mereka ni.semoga mereka di ampuni! huhu

Terima Kasih Sudi Baca Entry Ini

Tuesday, January 6, 2015

happy new year!!!!

salam to all of u my readers..

happy new year to all of u!! walaupun lambat update blog nak wish tahun baru, tapi takpa..yang penting saya update k..apa azam baru korang tahun ni? azam tahun lalu saya tak tercapai lagi la.mungkin ambik masa yang lama baru tercapai.sob sob.so kesimpulannya, azam tahun baru saya ialah azam tahun lalu yang saya bawa ke tahun ni  yang sepatutnya saya selesaikan pada tahun 2013 kerana semua ni telah dirancang pada tahun 2011.ambiikkk engko! azammm tak pernah tercapaiii.sodehh .

 Tahun baru ini, saya masi lagi single.susah nak cari calon.haha..umur makin lama makin meningkat.but its ok.muka still maintain comel persis siti nurhaliza.( mimpi).kawan seangkatan dengan i da banyak yang berkahwin.dah 4 anak pun ada.kawan2 asyik sakat jer takut i tak laku.konon memilih.eh? manada saya memilih.saya tak memilih ok.cuma belum tiba masa lagi Allah kenalkan saya dengan si dia yang sering menjadi tanda tanya.sihat ka dia? hihi..semoga dia sentiasa dalam rahmatNYA.

merapu banyakkk pulak engko wadah..
hentakk kepalaaa.dush!

btw, happy new year again...
May Allah bless us..Aminn.

salam sayang.



Terima Kasih Sudi Baca Entry Ini