Tuesday, January 31, 2012

Mari belajar bahasa Bajau.

Salam....


Bahasa bajau ialah bahasa yang digunakan oleh suku kaum bajau di negeri sabah.Terdapat beberapa pecahan bahasa bajau ini.Ada bajau semporna,bajau tuaran dan bajau kota belud.Bahasanya sama saja tapi dialeknya berbeza sedikit mengikut daerah.Aku berasal dari kota belud dan aku membesar dengan bahasa bajau selain daripada bahasa ibunda,bahasa melayu. Bajau is easy to learn.Kalau duduk kat kota belud selama setahun,kompom boleh cakap bajau.Mari kita belajar sekarang!!


  1. yan abar nu seh? / apa khabar kau kawan?
  2. alap pan kau?/ ok juga kau?
  3. boi no kau mangan?/ kau suda makan?
  4. turi/ tidur
  5. dong/ jangan
  6. mulek/ balik
  7. sian/ siapa
  8. dela/ lelaki
  9. dendo/ perempuan
  10. jomo/ orang
  11. betis/ kaki
  12. tikok/ kepala
  13. duun/ daun
  14. langa/ tinggi
  15. luman/ jalan
  16. motolau/ matahari
  17. abar/ khabar
  18. nguseh/ cuci
  19. ingin aku engkau/ aku suka kau
  20. kawin ti/ kawin kita
  21. rungai/ hilang
  22. dong tekelipat nu/ jangan kau lupa
err..banyak lagi sebenarnya.Nanti jak la aku sambung.
Terima Kasih Sudi Baca Entry Ini

Tuesday, January 24, 2012

Kisah Cinta 1

Cinta sesuatu yang indah,
Untuk mendapatkannya memang mudah,
Ingin bercinta,kenalah berusaha,
TAPI pelajaran haruslah perkara utama.


Wah...Bongga!!!!Malam-malam ni la pula ada idea nak berpantun.Aku nak berkongsi cerita cinta yang pernah aku dengar.Ini bukan gosip ok!!Realiti punya story.Sebab kawan-kawan aku story dengan aku.Tapi taknak mention nama la kat blog ni.Bimbang akan menyebabkan kemurkaan mereka.


Al kisah..Tersebutlah kisah...
Si polan dan si manis telah berkenalan melalui hanphone.Si gadis tersalah dail number si polan dan mereka akhirnya bercinta.Bila bercinta,berjanji akan setia,menunggu sampai ke hujung nyawa.Mereka bahagia ibarat dunia mereka yang punya.


Bila tiba hari raya,maka saling la kunjung mengunjung.Jumpa ahli keluarga,salam tangan bakal mentua.Dan keluarga si manis menerima si polan dengan hati yang terbuka.Tapi tidak bagi keluarga si polan.Ibu si polan menentang sekeras-kerasnya hubungan mereka.Alasan ibu si polan ialah:
  • Jangan dulu bercinta time-time belajar!nanti tidak fokus!Banyak lagi pilihan bila suda dapat kerja nanti.
  • Alaa..Kau ni tak dengar kata ibu,derhaka namanya tu tau!Si manis tu teda kerja bagus ba,pelajaran pun tidak tinggi mana.Perempuan begitu kau mahu??Buang karan!
 Sejak hubungan mereka ditentang oleh keluarga si polan,mereka bercinta secara senyap.Manatau suatu hari ibu si polan dapat menerima si manis.


Janji yang dibina bersama menyebabkan si gadis sanggup mempertahankan cintanya kepada si polan.Namun hubungan mereka sampai juga ke telinga ibu si polan.Maka,angin la 1 badan.Ibu si polan menggunakan medium laman facebook untuk menyindir si manis.Si manis rasa terhina lalu memutuskan hubungan dengan si polan.Namun si polan enggan.Sebab sudah terlalu sayang.Mereka bercinta agak lama la juga selama 4 tahun.4 tahun susah senang mereka tempuh bersama.Bukan mudah untuk melepaskan seseorang yang kita benar-benar sayang.Begitu juga mereka.Namun si manis tetap nekad dan mengambil keputusan yang drastik iaitu menerima lamaran jejaka lain.Bila si polan mengetahui hal pertunangan si manis dengan si jejaka,dia menjadi bingung dan perkara itu telah mempengaruhi pemikiran si polan dan menyebabkan dia berhenti belajar di sebuah universiti awam.Ini kerana CGPA yang rendah menyebabkan pinjamannya disekat selama beberapa semester.Buat masa ini si manis sibuk menyiapkan barang hantaran pertunangan manakala si polan tetap mendesak si manis supaya kembali kepadanya.


Apa kesudahan cerita cinta mereka?Nanti aku update ya.Hehehehe..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Update: Si manis sudah pun membeli barang hantaran dan akan melangsungkan majlis pertunangan pada pertengahan bulan februari.
Terima Kasih Sudi Baca Entry Ini

Monday, January 23, 2012

Magic Of Merlin.

Aku minat gila dengan cerita Merlin ni.Kalau bersiaran,aku sanggup gaduh dengan adik beradik yang lain.Maksud aku,pegang remote.Peraturan di rumah,siapa pegang remote,maka tiada peluang menonton siaran lain.Lebih-lebih lagi mama aku.Jangan harap dia nak lepaskan remote dengan kami.Silap-silap remote yang hinggap di dahi.Tapi bukan itu yang aku nak cerita.Aku nak cerita pasal Merlin.Korang tengok tak?Alaa..yang cerita ada magic tu.Tak tahu?Biar aku bagitahu korang.

Merlin & arthur


Merlin atau lebih dikenali dengan tajuk The Adventure of Merlin mengisahkan seorang pemuda yang mempunyai kuasa magic yang membantu Kerajaan Camelot.Merlin ialah orang suruhan Raja Arthur dan menyembunyikan kuasa yang ada kerana Raja amat membenci magic.Merlin seringkali menyelamatkan Arthur menggunakan kuasa magicnya dalam apa jua keadaan.




adjiknolutalobi no hoo!!(bacaan magic)
malas nak cerita lanjut.


Sila layan Cerita Merlin episod pertama ini jak la...





Untuk pengetahuan semua, Merlin Musim ke 4 telah disiaran di tV3 pada setiap hari ahad pada pukul 10Pm.Dan astro saluran 702 pada hari isnin pukul 9pm.Sila la menonton.Tak rugi tau!


p/s: kalau aku ada magic,aku mau guna rompak market!.Tak payah kuar duit beli keperluan.Hahaha

Terima Kasih Sudi Baca Entry Ini

Sunday, January 22, 2012

Kenali Zizan Raja lawak.


Salam semua.Petang-petang gini macam heaven kalu minum kopi dan kuih pisang sebagai alas perut sementara tunggu makan malam.Kalau cerita dengan jiran,sampai malam pun takpa.Kalau kaum hawa saja yang bersembang,mesti bergosip punya!Sembang2 kat anjung rumah,boleh dapat informasi pasal orang lain.Gosip ok!Gosip! Tapi sebarang gosip takkan di publish!!Sebab tu benda tak baik.Gosip secara berhemah boleh la.Tak nak bergosip,aku nak korang kenal siapa buah hati aku.Tak lain tak bukan...






Si hensem boy!Zizan raja lawak.






NAMA PENUH: RAZIZAN RAZAK
D.O.B: 15 APRIL 1984
TEMPAT LAHIR: DUNGUN TERENGGANU( ATAS KATIL) HAHAHA
FILEM: HANTU BONCENG, KAPOWW, KL GANGSTER 1&2 ,BAIK GILER, FILEM JEPUN YANG AKU LUPA TAJUKNYA.HAHA.
DRAMA: CHAIPARELA,DAN BANYAK LAGI.(ni pun lupa)
ADIK BERADIK: ANAK BONGSU DARIPADA 2 BERADIK(AKU FREN OK DENGAN FAMILY DIA.KAU ADA?)






Sebelum zizan menjadi artis,kami pasangan kekasih tapi clash sebab dia suka Juliana Evans.So,dia mintak putus


Tapi sekarang Juliana dah sambung belajar ke luar negara,maka hubungan kami kembali pulih.Puii.Perasan!
zizan senyum sokmo no..lawok jer laa...










Terima Kasih Sudi Baca Entry Ini

Wednesday, January 4, 2012

majlis perkahwinanku..:)

Realiti hidup yang sebenar ialah  alam perkahwinan.Alam dimana kita akan menjalankan tugas sebagai isteri yang rock  solehah kepada Si suami yang tercinta.Melalui perkahwinan maka akan dapat meramaikan lagi manusia di muka bumi ini.Juga merupakan sunnah Rasullullah.

Itu intro ok!!

Aku ingat lagi ketika aku dilamar oleh Mr.Right.Ketika itu kami makan tengah hari di sebuah restoran di tepi pantai.Angin sepoi-sepoi bahasa menampar pipi ku yang comel.Dan cuaca pada hari itu sangat cerah.Secerah hati aku.Aku dah lama pendam perasaan dengan Mr Right tanpa pengetahuan dia.Namun,pada hari itu dia menjemput aku makan bersamanya.Selama ini hubungan kami sekadar teman biasa sahaja.

"Wadah,sudikah kau jadi isteri aku hingga hujung nyawa"?Kotak kecil dihulurkan kepadaku. Cincin dalam kotak berwarna merah seperti merahnya muka aku yang menahan malu.Pelayan yang membawa makanan tersenyum melihat betapa romantiknya Mr.Right kerana sudi melamar aku di tempat umum seperti itu.Aku seperti tidak percaya.Mana mungkin dia memilih aku menjadi pasangan hidupnya.Dia hensem,kacak,pendek kata PERFECT di mata aku.Dan aku pula,kalau dibandingkan dengan kawan-kawan aku,aku jauh ketinggalan.Mana tak.Aku tak pandai bermekap,jarang mencantikkan diri,tidak boleh nak pakai segala barang perhiasan sebab aku alergik.
"Err..maaf ya.Tapi kenapa mesti aku?" soal ku penuh tanda tanya.Buatnya dia mempermainkan perasaan aku saja,parah la jawabnya.
"Aku dah lama pendam perasaan kat awak.Cuma aku takut bertepuk sebelah tangan"jawapan yang sangat jujur di pandangan mata aku.Namun hati aku,Tuhan saja yang tau.Berbunga-bunga ok.!Tak sangka cinta berbalas..kalu aku tau dari awal,aku yang lamar dia.So,aku terima dengan hati yang berbunga bunga kaktus.



Dan majlis kami berlangsung di Hotel Megellan Sutera Harbour. Kata Mr.Right,buat majlis kat situ sebab kat situ la tempat aku kerja dulu.Well,aku pernah jadi assistant Chef suatu ketika dahulu.Kiranya, kalau buat majlis kat situ,bangga la sikit sebab kena serve oleh kawan-kawan sekerja yang lama.


Majlis kami meriah...Buktinya...



memuatkan 1500 tetamu




Perasaan masa tu gementar sangat.Mana taknya,ada golongan atasan yang hadir,termasuk kawan-kawan dan juga saudara mara yang dekat dan yang tinggal jauh nun di pluto Kuala Lumpur.Majlis kami sangat meriah ok.


"selamat pengantin baru kepada kedua mempelai" suara Mc kedengaran.Tapi sepertinya aku kenal dengan suara Mc itu.Aku memandang Mr.Right.Dia tersenyum.Aku mencari-cari kelibat Mc itu sebab ramai sangat tetamu so aku tak dapat detect mana satu mereka.Sebab dorang guna microfon tanpa wayar punya.Tapi aku benar-benar yakin aku kenal suara itu..suara seorang wanita yang pelat 'R' dan suara lelaki yang macho la katakan.Namun suara itu semakin dekat dengan aku.Aku menoleh ke kiri pelamin.Ketika itulah aku seperti terkena kejutan elektrik.Terkejut wei..!

Sebab MC itu ialah....





lisa surihani dan zizan raja lawak!


Kezutan itu sungguh bermakna buat diriku.Mr.Right tahu aku minat gila dengan artis ni.Sepanjang majlis itu mereka memeriahkan suasana dengan celoteh yang tak kering gusi kami dibuatnya.Malam itu menjadi kenangan yang tidak mungkin dilupakan.Aku sempat snap gambar bersama mereka namun atas kecuaian budak buta huruf,gambar kami terdelete begitu sahaja.Mr.Right kata takpa.Nanti dia jemput mereka lagi semasa ulangtahun perkahwinan kami nanti.


P/S: Cerita ini rekaan semata-mata dan tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang suda tiada.

thanks sebab layan angan2 aku..hahahaha......


Terima Kasih Sudi Baca Entry Ini