Wednesday, June 13, 2012

Keajaiban

Salam semua..rindu aku tak?oh!!terima kasih la sebab rindu..buat susah jer .sayang korang ketat-ketat.(*___*)
hah,hari ini keajaiban telah berlaku didalam hidup aku.Dalam family,aku ada seorang je adik lelaki.paling bongsu.kerana dia adik bongsu la,kami sekeluarga amat sayang dia.Tapi dia ni degil sikit.Payah nak bentuk.kadang2 aku hangin 1 badan nak nasihatkan dia seorang ni.aku lebih rela jaga lembu sekandang dari jaga adik lelaki macam dia.Bila keluar rumah,tak hengat balik rumah awal.so,kitaorang bengang la kan..kena kol setiap kali jam dinding capai angka 7 atau 8 malam..risau dia buat benda tak patut ke..apa-apa la..dan dia ni,bila nak minta tolong dia buat kerja,puiikkk!macam angin lalu jak dia dengar!langsung tak nak tolong kecuali kena marah sakan dulu.baru la tolong..tu pun tarik mulut muncung dan hentak kaki!

tapi hari ni lain sikit..pelik sangat.selepas kitaorang 1 family turun pekan membeli barang tadi,aku suruh la dia potong ayam yang sudah dibeli untuk dimasak.tanpa membantah,dia turuti jugak.dia potong dan siap cuci sekali tau!aku  macam tak pecaya wei..susah sebenarnya nak suruh dia buat kerja tau!lepas dia potong,aku try lagi minta dia kopek bawang.pun dia laju tau ambik pisau dan buat kerja tu tanpa sebarang bantahan!aku rasa semalam dia ada mimpi something kot yang buat dia berubah macam tu sekali..atau angin badan?mood baik,maka semua pun tak dibantah bila disuruh.

aku biar muka ko pemes d sini.hahaha!


tak cukup dengan itu,aku suruh pulak dia susun piring yang berterabur dalam bakul..pun dia susun mengikut bahagian masing2..last,aku minta carikan daun limau sebab aku nak masak ayam masak thailand.pergghhh!sedap gilak eh..mabeles!!dia nak makan sedap,kena tolong cari bahan!hahaha.kalau dia berterusan macam ni kan best.senang hidup aku..tenang dan tak berserabut fikir hal rumah..

k la..nak kemas bawah ruma..mood aku jugak rajin hari ni..Dan Mr.Right tak mesej aku la sehari ni..sibuk bebenor dia..takpa la..janji bahagia!hahaha!
Terima Kasih Sudi Baca Entry Ini