Tuesday, December 9, 2014

bajau is fun

Salam to all of you..

today i want to teach bajau language.malas nak speaking.grammar tunggang langgang.ok.kita mulakan pelajaran kita pada hari ini dengan menggunakan dialog yang biasa digunakan untuk berkenalan dengan orang baru.

sian oron nu? = siapa nama kau
minggo kau temban ? = mana kau tinggal
dangai umur  nu ?= berapa umur kau
dangai urang kam adik beradik? = berapa orang kamu adik beradik
boi no kau kawin ?= kau suda kawin?
yan buat nu?= apa kau buat?
sian sea nu? =siapa kawan kau
buli ka maku numbur telefon nu? = boleh ka minta number telefon kau
minggo kau kerjo?mana kau kerja
boi no kau mangan? = kau suda makan
pelua kiti mangan = keluar kita makan


rasanya tu jak tuk kali ni.masa tak mengizinkan.Inshaallah nanti lain hari saya update lagi ya..


tatatititutu..
salam sayang..
Wadah.


Terima Kasih Sudi Baca Entry Ini

Monday, November 17, 2014

Dejavu d Kinabalu

Asssalamualaikum to all of u my readers...

Aku sihat.cuma jarang update blog.( macam la ada orang tanya). hihi.korang apa khabar? aku sekarang sangat busy menguruskan hal dunia yang x kekal ni.banyak sangat kerja perlu dibereskan.lagi2 kitaorang dapat anak saudara yang pertama.excited giler.my parents sangat teruja sejak bergelar atuk dan nenek..n me? naik pangkat jadi auntie gitu lor..

pada 31 okt hingga 1nov lepas, kami telah mendaki gunung tertinggi d asia tenggara.gunung apa itu? itu la dia gunung kinabalu.tinggi 4092.02m tu telah berjaya aku takhluk walaupun hampir putus asa.semangat aku kuat walaupun dah hampir muntah.uweekkk! kitaorg telah gerak dari kota belud seawal jam 4am..sebelum mendaki tu, mata aku sangat memberikan aku pressure yang sangattt tinggi.sebabnya, mata xnak tidur.dua hari kot aku tak dapat lelapkan mata sebelum hari pendakian.sebab tu tenaga tak berapa ada.lowbett awal-awal pendakian lagi.nasib baik sampai puncak.terima kasih kepada guide yang jaga aku sepanjang pendakian. baik sangaat n sangat sporting.siap pegang tangan aku supaya tak terjatuh ke gaung..eeuuww..gaung? tinggi ok masa naik ke puncak tu. masa naik tu tak nampak pula gaung tu.masa turun dari puncak baru nampak betapa curamnya tempat itu.berjaya juga aku harungi.ekekekee.bangga jap.




this is my guide.sangatt baiikk.siap payungkan i masa makan tepi jalan.sob sob

at laban rata.lapar doohh


org lain smpai puncak da npk sunrise.aku masi kat cni masa matahari nak terbit.lagi 8km.sodehh den.

beautiful sunrise



masa turun dr puncak , aku dijaga oleh 3org guide yg nakal.memang kami 1kepala.bingai.

pose sblum mendaki.muka masi ceria.

at puncak low peak.yuhuuu.akhirnya berjayaa..

masa ni hampir give up..da tak larat.tapi nak juga pose.

suilin, teman pendakian..sama2 naik puncak..


dejavu d kinabalu.kawan lama n baru..
 rasa nak naik lagi tahun depan.sebab tak puas ati tak sempat sampai puncak masa matahari nak terbit tu.harap dipermudahkan la semuanya .harap ada ongkos tuk naik..hihi..ok la..sekian saja tuk hari ini.
tata titi tutu...

salam sayang,
wadah


Terima Kasih Sudi Baca Entry Ini

Thursday, August 21, 2014

Rentak Hidup

Assalammualaikum.
Dah berapa kurun aku tak update blog ni?ada pembaca ke? lama sangat aku menyepi.sibuk dengan hal dunia yang hanya sementara ini.Aku rasa hidup ni sangat singkat untuk kita persiakan.Kadang aku terfikir, apa tujuan aku hidup? Nak jadi orang yang macamana? apa impian?
setiap orang punya impian,Namun impian aku suda terkubur...

hidup, kadang kita berada di atas.kadang pula di bawah.kita jatuh dan bangun itu lumrah kehidupan,kita sebagai manusia kena berdiri semula dan bangkit dari kegagalan.Aku sedang cuba untuk keluar dari segala kesusahan.Setiap kali aku cuba, setiap kali itu juga aku jatuh.mungkin Allah nak uji aku supaya menjadi manusia yang kuat.putus asa jangan pernah cakap la.always.but i keep remind myself bahawa setiap kejadian yang berlaku di sekililing aku pasti ada hikmahnya.

Bapa selalu keluar masuk hospital.hospital itu seperti menjadi rumah keduanya,hati anak mana yang tidak risau melihat keadaan bapa yang selalu menahan sakit.aku puas melihat kesakitan yang bapa alami.setiap kali dia diserang asma,aku yang akan membawa beliau ke hospital.tidak mengira masa.selalu tengah malam.kadang subuh.staff hospital suda biasa dengan kehadiran kami di unit kecemasan itu.

itu cerita pasal bapa...


yang ni kisah hati....

ingat lagi tak lelaki yang aku minat secara diam tu? dia dah berpunya..sad..sad..sad...masa aku tau dia dah ada kekasih, aku diam sebentar dari aktiviti berpesbuk.aku install wechat pulak.Then aku jumpa mamat ni.kuat mengayat..mula aku tak layan sangat.but  masa aku ada masalah, boleh pulak aku ceritakan masalah dengan dia.dan dia pun menjadi pendengar setia dan sentiasa memberi nasihat.masa aku mula meletakkan hati aku kepada dia, aku diberi petunjuk bahawa dia bukan yang terbaik untuk aku.ada sesuatu yang aku tau pasal dia,bila aku minta dia jelaskan perkara sebenar, dia mengelak.dan sampai sekarang tidak menghubungi aku lagi.dan aku beransur melepaskan nama dia dari hati.sebab dia tak pernah menghubungi.ertinya aku tidak bererti dalam hidupnya.atau mungkin kerana ego? antara kami, tak da siapa mau mengalah.aku pun xhubung dia lagi..mungkin di takdirkan kisah kami berakhir macam tu..


sejak aku tamat kontrak menjadi guru pengganti selama 4bulan, aku duduk kat rumah.rutin yang sama aku buat setiap hari.kadang bosan.terfikir nak cari kerja kat bandar,tapi kesihatan bapa tak mengizinkan.hari tu dah cuba cari kerja kat bandar.tumpang rumah kawan 1 malam.tapi 1 malam tu rasa macam 1 tahun.ingat keluarga jak.tapi lepas ni aku dah nekad.nak juga cari income sendiri.sampai bila aku duk menganggur ni?kenapa ekonomi msia ni tak pandai nak stabil? kan elok bila abis belajar terus dapat kerja.dapat juga bantu keluarga.aku teringin sangat nak bantu mereka.tapi aku buntu.dapat interview pulak kat kl.macamana nak terbang ke kl? kk pun susah nak lepaskan diri.apatah lagi kat kl.tapi takpa.usaha lagi mencari kerja lain..rezeki Allah merata tempat.kita kena usaha lebih.

hujan renyai2 kat luar buat aku rasa mengantuk.sekian dulu entri untuk blog yang tidak berpenghuni ni.

May ALLAH bless us..:)
Salam sayang.



Terima Kasih Sudi Baca Entry Ini