Thursday, March 29, 2012

aku nak benda ni!!

                                      
Aku tak kira.nak benda ni jugak.!asal pandai pujuk Puan Emak,cabut rambut putih dia hari-hari,rasanya boleh dapat ni.hahaha.bukan apa.Aku sudah aktif semula dengan blog ni.So bila ada benda ni,senang kerja nak upload gambar.tak payah guna henpon yang tak seberapa tu.asal pasang Usb sambung dengan lappy,mula lah buat perangai.Stuck!

Korang rasa Puan Emak bagi duit tak nak beli benda ni?nak cucuk jarum kat Puan Emak malam ni jugak!lalalalala...Wish me luck..^_^

Terima Kasih Sudi Baca Entry Ini

lamaran yang sweet ^_^

Korang pernah berangan tak dilamar oleh kekasih dengan cara yang romantik yang tak terfikir dek akal kamu?
Bagi yang takda idea nak melamar kekasih,sini ada caranya.memang confirm dia akan cakap "Yes!,i do...".Video ni aku ambik kat kawan.Dari blog dia.Boleh tahan.Comel ja caranya.Luluh jantung weii..




 tak nak cara kat atas? apa kata korang bawak pasangan anda ke pantai.Sebelum tu,pakat la ngan kengkawan buat suprise kat dia.Alaa,kawan mesti tolong punya.Tabur bunga rose kat pinggir pantai,buat bentuk love.jangan guna bunga taik ayam pulak.confirm kena reject!Then,dengan selambanya korang propose dia.Alaa,sweet gitu.angin laut bertiup.Burung yang mencari makan pun akan ambik pit stop untuk menonton drama korang.Winkk..

kredit dari Pakcik Google



yang ni aku tabik spring! Awal Ashari melamar Scha kat propaganza.memang jantan gilak erk si Awal ni.Gugur air matanya time propose Scha.
ayat yang power" sudikah awak menjadi yang halal untuk saya?".nampak sangat ikhlas.paling penting,dia berani.kekasih korang ada macam Awal tak?kalau ada,boleh kita bermadu kasih?lalalala...


 kalau aku seorang lelaki,aku akan propose kekasih aku dengan cara ni..




Aku akan pakai maskot atau jadi badut,then propose dia depan umum..biar dia tertanya siapa empunya badan yang melamar.kalau dia dah terima,baru tunjuk muka sebenar.perempuan pun boleh propose lelaki kan?macam Elyana tu.Dia yang lamar laki dia tau!kelass gitu..aku nak try la..lalalala...

P/s: memang kuat berangan!

Terima Kasih Sudi Baca Entry Ini

Keluhan hati.

huuuuuu...herrmmmm......
mengeluh begini ka bunyinya??bantai..!

Hari ni aku applykan adik perempuan dan abang aku untuk jawatan konstabel.Baru punya kekosongan.Email kakak aku,memang aku yang dok p buka,cek kalau ada jawatan kosong yang sesuai.Then,aku akan isi.Hantar permohonan secara Online.Tapi tidak banyak yang memerlukan aku mengisi secara online.Kena pos jugak.Bab ni aku paling tak suka.kena copy,cop kesahihan dan hantar borang.aku rasa banyak kali dah lakukan benda yang sama.Tapi takda hasil.

aku sering juga mengeluh.rasa sia-sia sangat.kadang rasa dunia ni tak adil.Nasib tak memihak dengan kitaorang adik beradik.kenapa??bukankah semua rezeki Allah yang tentukan?aku buntu.Entah bila nasib keluarga akan berubah.Aku nak juga bagi Puan emak dan Encik Bapa hidup senang.tapi persoalannya,bila??harapkan aku?huhu..masih jauh lagi perjalanan aku.lepas praktikal,konvo,dapat segulung ijazah pun belum tentu dapat merubah nasib keluarga aku.aku pasti akan mengangur buat seketika.Alaaa,bukan aku ja.banyak lagi graduan Universiti yang masih berkakai mencari kerja yang sesuai dengan kelayakan yang mereka ada.

So,dalam hal ni,nak salahkan siapa??nak salahkan nasib?bukankah kita sendiri yang boleh merubah nasib sendiri?Ikhtiar dan doa saja pengiring jalan hidup untuk masa ini.So,jangan putus asa wahai diri.Cepat atau lambat,pasti akan ada hasilnya.

Alaaahaiii...mengeluh lagi.

Terima Kasih Sudi Baca Entry Ini