Wednesday, April 11, 2012

Dari Dia kita datang,kepada Dia juga kita kembali.

Salam.Lama sungguh tak update blog.semuanya sebab broadband lembab macam siput.rasa gian nak menaip kat sini.sepanjang aku tak update ni,banyak hal yang berlaku.perkara yang kita tak pernah sangka.minggu lalu,hari isnin seorang kawan seangkatan di sekolah menengah lemas di sungai yang memang setiap tahun 'makan' orang.kenapa aku taip macam tu?sebab memang tahun-tahun ada kes kematian kat sana.korang percaya tak dengan kewujudan hantu air?kitaorang kat sini panggil hantu air sebagai Galap.air sungai tu tak la dalam sangat,korang rasa kenapa dia boleh lemas?tak pa la..ajal dia kot...huhu...

hari sabtu pulak,kami di kampus dikejutkan dengan berita 2orang pelajar kami terlibat dalam kemalangan di kota belud.Seorang maut ditempat kejadian dan seorang lagi meninggal ketika berada di unit rawatan akibat pendarahan yang teruk dikepala.menurut sumber,mereka ke kota belud untuk menghadiri jemputan kenduri.agak kasihan juga.namun,kejadian itu sebenarnya mengingatkan kami bahawa ajal ini tidak mengira tempat dan masa.kepada Dia juga kita kembali.

marilah kita sedekahkan al fatihah kepada sahabat aku Arwah Azahari( meninggal kerana lemas) dan arwah Ady dan Jenn yang meninggal akibat kemalangan.Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan dtempatkan dkalangan orang beriman.Amin.

Terima Kasih Sudi Baca Entry Ini