Saturday, June 23, 2012

majlis pertunangan

teman-teman sekalian,dengan ini I jemput korang semua menghadiri majlis pertunangan I dengan my future husband!jemput datang memeriahkan majlis ye.hidangan disediakan.menu nasi kandar kambing dan air paip.sila mesej I kalau korang tak jumpa jalan ke rumah I.Gediks u ols tau yang tak tau jalan ke rumah I.


~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~





ohmakkaiii..Perasan tak hengat!! zizan nak ke kat I??takpa la zizan.Minta maaf naa..I gurau jerk.U tak layan I apasal?I loike u ..u know that?opkos la u tak tau.U busy memanjang!
im sorry...(versi Amir Raja lawak)

Terima Kasih Sudi Baca Entry Ini

Wednesday, June 13, 2012

Keajaiban

Salam semua..rindu aku tak?oh!!terima kasih la sebab rindu..buat susah jer .sayang korang ketat-ketat.(*___*)
hah,hari ini keajaiban telah berlaku didalam hidup aku.Dalam family,aku ada seorang je adik lelaki.paling bongsu.kerana dia adik bongsu la,kami sekeluarga amat sayang dia.Tapi dia ni degil sikit.Payah nak bentuk.kadang2 aku hangin 1 badan nak nasihatkan dia seorang ni.aku lebih rela jaga lembu sekandang dari jaga adik lelaki macam dia.Bila keluar rumah,tak hengat balik rumah awal.so,kitaorang bengang la kan..kena kol setiap kali jam dinding capai angka 7 atau 8 malam..risau dia buat benda tak patut ke..apa-apa la..dan dia ni,bila nak minta tolong dia buat kerja,puiikkk!macam angin lalu jak dia dengar!langsung tak nak tolong kecuali kena marah sakan dulu.baru la tolong..tu pun tarik mulut muncung dan hentak kaki!

tapi hari ni lain sikit..pelik sangat.selepas kitaorang 1 family turun pekan membeli barang tadi,aku suruh la dia potong ayam yang sudah dibeli untuk dimasak.tanpa membantah,dia turuti jugak.dia potong dan siap cuci sekali tau!aku  macam tak pecaya wei..susah sebenarnya nak suruh dia buat kerja tau!lepas dia potong,aku try lagi minta dia kopek bawang.pun dia laju tau ambik pisau dan buat kerja tu tanpa sebarang bantahan!aku rasa semalam dia ada mimpi something kot yang buat dia berubah macam tu sekali..atau angin badan?mood baik,maka semua pun tak dibantah bila disuruh.

aku biar muka ko pemes d sini.hahaha!


tak cukup dengan itu,aku suruh pulak dia susun piring yang berterabur dalam bakul..pun dia susun mengikut bahagian masing2..last,aku minta carikan daun limau sebab aku nak masak ayam masak thailand.pergghhh!sedap gilak eh..mabeles!!dia nak makan sedap,kena tolong cari bahan!hahaha.kalau dia berterusan macam ni kan best.senang hidup aku..tenang dan tak berserabut fikir hal rumah..

k la..nak kemas bawah ruma..mood aku jugak rajin hari ni..Dan Mr.Right tak mesej aku la sehari ni..sibuk bebenor dia..takpa la..janji bahagia!hahaha!
Terima Kasih Sudi Baca Entry Ini

Monday, June 11, 2012

past is past..*_*

Hari ini hari Isnin bersamaan 11Hb June 12.(nak jugak tulis tarikh)Tadi tengahari aku ke rumah kawan yang akan berkahwin pada hujung minggu ini.Nama dia Anis.Sebenarnya plan kami nak buat event untuk menjemput rakan2  facebook untuk majlis dia nanti.So,aku dan dia memang rapat la.bagai isi dengan kuku.opkos la aku kena tolong dia kan sebelum majlis perkahwinan dia nanti.Lappy dia buat hal,so aku angkut lappy dan berukband sekali.But satu hal bila dia ni berkazen pulak dengan Ex-Boipren aku.Berjiran lagi.sebelum aku ke rumah kawan tu,aku banyak kali tanya dia,samada Ex-Bf ada dirumah tak?sebab selalunya keluarga Ex-Bf ni balik kota marudu.ada rumah sebuah lagi kat sana.dan dengan confidentnya Anis jawab,"tiada dorang sini".aku yang dengar jawapan pun lega la kan.sekurangnya tak payah nak hadap muka Ex-Bf lagi.Cuakk tau!hati masih berdarah.Ceh!

Bila sampai rumah Anis,dia ajak aku terus kebawah rumah untuk buat air minuman.Dan aku bercerita dengan Anis sambil buat air anggur.Namun,tetiba hati aku terpanggil untuk keluar untuk menegur mak dan bapak Anis yang mengheret tangki dari rumah sebelah.Siapa sangka bila aku keluar,aku betul2 berhadapan dengan Ex_Bf yang sedang menolak kereta kosong yang berisi kayu api.Bila nampak Ex-Bf,otomatik mulut seperti di gam weii!!suara pun tak terkeluar!apa kejadahnya semua ini??

Aku masuk dapur semula mendapatkan Anis.
"Kau cakap dorang teda sini.aku nampak D***** la"(tak boleh mention nama la).Aku punya muka rasanya pucat seperti nampak hantu.
"sumpah.aku nda tau pun dorang ada sini.Baru sampai kali" Anis mempertahan dirinya.
"jum la kita naik p bilik kau.kita on9 disana."Gesaku.Aku buat macam rumah sendiri.hahaha.Dasar!

Dalam bilik aku memang tak keruan langsung.Anis pulak berabis ketawakan aku.Buat macam biasa sebab dah takda apa2 hubungan katanya.tapi aku ni mana boleh relax.Darah aku cepat gemuruh tau!aku memang nak balik saja time tu.tak sanggup aku wei menghadap muka Ex-Bf.Then,hp aku berbunyi..number baru.

"helloo" sedikit gagap aku disitu.
"dik,kau dmana?macam aku nampak kau dirumah Anis tau.Apa kamu buat sana?P sana aku ar." suara Lyzan,kazen kepada Ex-Bf kedengaran..dia ni kaki penyakat.aku tau dah motif dia.dari dulu sampai sekarang!perangai tak ubah!
"tidak.aku d korea (sempat lagi berlawak)....kau ambik  ba mangga.Kita makan" laju seja aku meminta.peduli apa aku.masa tu  memang aku nak makan mangga pun.
"ba.nanti aku ambil  mangga sama D*****."
aku tekan punat cancel.Dah tau dia main helah.

Tak lama kemudian,Ex-Bf naik ke atas rumah.Aku boleh nampak dari dalam bilik sebab pintu bilik terbuka luas.Aku rasa gelisah dah.mampus aku kalau dia masuk dalam bilik ni bawak bercerita.tak nak!Anis pula senyum2 kambing.Suka la tu kenakan aku.tapi apa daya memang malang nasibku,Ex-Bf berdiri dihadapan pintu bilik dengan senyuman yang aku boleh anggap sebagai senyuman puas ati sebab dah berhadapan.Yelaa..hampir 2tahun kot kami berpisah.aku bawak haluan dan paling sadis aku block dia dalam Fb.hah!padan muka!aku block sebab aku tak nak kaitan dengan kau lagi la!tapi darah gemuruh aku tetap ada.bergetar jiwa tengok senyuman dia.Uisehh.aku berpura cek Hp aku.buat tak tau dan taknak langsung bertentang mata dengan dia.Aku perasan dia tenung aku lama2...bila dia tidak dilayan,dia duduk kat tangga bersama Lyzan.then,Anis mengajak turun kebawah rumah sebab katanya bilik panas!Sengaja la tu.!Sebelum turun,Harist pulak kol.Penyelamat!!boleh la dia berlakon jadi boifren aku sebentar!hahahaa..aku pun bercakap dengan suara yang lantang supaya dorang dengar la kan.biar dia fikir aku dah jumpa pengganti.Part aku suka bila aku cakap 'ba,nanti malam la kol balik.miss u too'.depan Ex-bf aku cakap macam tu!hah,aku memang gembira tak hengat la.Tq harist sebab dah selamatkan aku!Aku nak balik masa tu tapi Anis tahan aku.Aku mencikk tau!dorang macam dah pakat nak kenakan aku!

Bila dibawah rumah,aku duduk kat kerusi.setiap pergerakan yang aku buat,aku sedar ada yang memerhati.Lyzan menghayun diri di buayan tali berhadapan dengan aku.Dia tersengih.Ex-bf pulak tetiba duduk kat sebelah aku.otomatik la aku berdiri menjauhkan diri.tak nak wei.aku benar2 serba tak kena masa tu.Bila Ex-bf pegang lappy aku,otomatik aku rebut dari tangan dia..maka batal lah air sembahyang.:(
 aku tukar kedudukan lappy.aku menunduk menghadap lappy supaya tak payah bertentang mata dengan dia.namun aku gagal.bila aku pandang dia,dia pandang aku.aku pandang Anis,Anis tersenyum.Bila aku pandang Lyzan,matanya menyorot memandang Ex-bf.seperti memberi isyarat kepadaku untuk memandang Ex-Bf.lama jugak keadaan kami macam tu.Sampai la Ex-Bf bersuara.

"kau tidak kerja lagi di hotel tu?:"
"dia kan belajar..mana kerja lagi" Lyzan menjawab bagi pihak aku.aku pulak tersenyum
"nda suda.aku kerja dirumah seja."jawabku acuh tak acuh.mata aku dan Ex-Bf bertemu.
"bila kau habis belajar wadah?" Lyzan pulak bertanya.macam Inspektor aku rasa mereka di saat itu.
"tahun ni.Insyaallah".sambil memandang ex-bf.anak mata kami bertemu lagi.Ya ALLAH.apa aku patut buat ni.semua serba tak kena.Lappy pun ikut hangkang macam hangkangnya otak aku memikir mereka ni.
"Jadi Erina(kawan aku sebilik dulu yang dia usha.) pun masih lagi kamu 1 rumah?susah betul mau hubung kamu kan.Fb pun kena block ba kami.sampai betul hati kamu."tanyanya lagi.tapi Erina tak layan Lyzan sebab dia tak suka.hahaha.tapi pasal fb,memang aku yang suruh Erina block Lyzan.sungguh jahat diriku.sebab siapa pun yang ada kaitan dengan Ex-bf,otomatik terkena tempias.Saat ni aku bertentang mata lagi dengan Ex-bf.biar dia rasa pahitnya kena block dari Fb.
"aku tidak mahir betul ba Fb ni.Dulu pun, Fb aku orang lain ba yang buat tu" Ex-bf pulak bersuara sambil memandang aku.Ya,aku sedar dia menyindir.Aku yang bertangunggjawab membuat Fb dia suatu ketika dahulu.dan sebab Fb jugak la kami banyak krisis dan menyebabkan hubungan putus serta merta!tapi aku buat tak endah bila dia bercakap macam tu.kena relax ok!

"ba kau bagi dulu number Erina sama aku " Lyzan buat muka kasihan masa tu.
"mana boleh.nanti dia marah aku."jawabku sambil memandang muka Ex-bf lagi..aku tak nak pandang tapi hati aku paksa..begok punya hati!tidak semena -mena,lancar number hp aku keluar dari mulut ex-bf..
"016812****  number Hp  Erina" dia memandang aku.Nak buktikan yang dia masih ingat number Hp aku la tu.tapi sengaja guna nama Erina.Saat tu mata kami bertentangan.lama.
"number wadah ba itu.." Lyzan pulak menyampuk sambil tertawa..Ah,terima kasih kerana ingat number aku wahai Ex-Bf.tapi kau tak pernah pun contact aku selama ni.kau benar2 jauh hati dengan aku.seperti aku yang jauh hati dengan kau.pergghh!ayat..!

dan saat tu,Harist kol lagi.Hah,benar2 penyelamat!aku menuju kedapur untuk elakkan diri.kunun nak bercakap dengan boypren la tu..padahal,hampeh!lakonan semata.aku cuma dengar 'naa,kol suda boypren dia'..lepas berbual,aku letak hp aku kat meja.Saat tu,Ex-bf mahu mengambil Hp aku tapi aku pantas mengambil Hp tersebut.apa kejadahnya dia nak buat macam tu?nak korek rahsia la tu..
"jangan cek2.nanti nampak gambar tak patut" warningku dengan nada perlahan.i mean gambar tak patut,bukan gambar bogel ya..sila tepis otak kuning anda.maksudnya,gambar bersama boypren la kiranya.Tipu sunat.nak selamatkan diri.
"takut betul pun" dia menarik muncung mulut.ceh!ada ku kisah.
"wadah sumbung sudah ba sekarang" kata2 Lyzan seperti belati menusuk atiku.ceh!padahal memang sumbung pun.tapi dengan kamu sahaja..saudara terdekat ex-bf..kecuali Anis..hahaha..

saat aku on9,Ex-bf berjalan dibelakang ku.aku sedar perlakuannnya pabila memandang skrin lappy.Then dia berhenti betul2 dia belakang ku.aku gelisah.Anis masuk ke dapur menjerang air.Lyzan masih stay di buayan tali itu.apa pulak dia nak buat ni.then dia bergerak ke sebelah kananku.jarak kami sangat dekat.Ya Allah.Kuatkan ati aku.doaku dalam hati.
" kenapa kau masih malu2 lagi ni?lama suda kita ni kan.." tapi dia tak sambung ayat dia sebab aku mencelah.
"jangan bergurau ar!teda2 pun aku malu."mata kami sudah bertentang masa ni...makk aiii..padahal memang aku malu pun.tapi jawapan cover line baikkk punyaaa maaa...aku hanya hadap lappy dan biarkan dia menyimpulkan kenyataan yang aku memang dah lupakan dia.!tak lama Anis keluar dari dapur..
"aku pulang la nis..sombong betul sudah dia.."ucap Ex-bf sambil memandang aku.Anis hanya menjawab sepatah seja..'bah' ..Ah biarlah dikatanya aku sombong.aku hanya memandang dia dengan senyuman.Biar la kau pulang!senang kerja aku.hahaha!gelak jahat..:(






wahai hati,lupakan dia yang pernah menjadi peneman dikala sunyi.meski cinta,jangan biarkan kau kembali sakit untuk alasan yang sama.ya,aku berterima kasih sebab dia pernah mencintai aku dan aku pulak,orang yang tak pernah mengerti kasih sayang dia sebab tu selalu minta putus hubungan :( dan kerana ego aku cuba tepis dia jauh2 dari hidup aku.sebab tu aku mengelak dari dia.Dan aku sedar aku salah menilai dirinya.Maafkan aku..:)







kadang-kadang kita tidak menghargai cinta.Kenapa?
sebab kita belum merasai kehilangan dia.
kadang-kadang kita merasai cinta tapi masih tidak percaya.kenapa?
sebab kita selalu fikir negatif pasal dia.
kadang kita tak sedar hati kita terlalu menyayangi dia.kenapa?
sebab kita tunjuk ego taknak mengalah.
so,hargailah orang yang menyayangi kita sebab kita akan mencarinya bila dia tiada d sisi.
masa tu menyesal pun teda guna..

sekian entry details..hahaha!


Terima Kasih Sudi Baca Entry Ini

Monday, June 4, 2012

It's June!

Asalamualaikum..
Sedar tak sedar,dah bulan June wei.ingatkan masih di bulan May.Sungguh cepat masa berlalu.June!June!June!Yeahh Wadah.Sedar lah kau.Sudah masuk bulan June.June ni banyak perkara akan berlaku.Puan Emak Punya Birthday,sudah semestinya aku punya birthday akan jatuh pada hujung bulan,dan paling penting result sem lalu aku akan keluar sebelum akhir June.Uwaaa..Rasa nervous gilak eh.sebab exam ni aku tak buat sebaik mungkin.Masih rasa takut untuk repeat subjek.aku takmo!!aku tak pernah dan harap tak berlaku sepanjang belajar kat sini.Berkati usaha ku Ya Allah.dan June jugak mengingatkan aku akan kesudahan cinta suatu ketika dahulu.Ya.Kami break up dibulan June.Wah.adakah diriku ini masih sukar melupakan si dia?no way!aku dah jumpa orang baru.hahaha.walaupun masih malu untuk mengaku cinta,tapi yang penting hati sudah berbunga..amboii ayat!

Bulan ni jugak my kazen mengerjakan Umrah bersama suami tercinta.sepatutnya aku berada d airport sekarang.Rombangan keluarga pergi airport hantar mereka.Tapi penyakit malas aku merebak lagi.so,aku putuskan duk diam2 dalam bilik tengok My Girl(korean drama) kat lappy.Tanggal 15 pulak,kawan rapat akan melangsungkan majlis perkahwinannya.Ingat tak entry pasal cinta tak direstui tu?hah,si perempuan sudah pun memilih untuk menerima orang lain dan tidak sanggup untuk meneruskan cinta yang terhalang bersama si jejaka.Ok.aku terkadang kurang setuju dengan keputusan drastik kawan itu untuk bernikah secara paksaan.I mean,dia paksa hati.dia kenal bakal suami tak lebih dari 3 bulan jer kot.terus menerima lamaran bakal suami.Ya aku faham bila sudah putus cinta,kita kena cari pengganti supaya hati dapat diubati.tapi dia ni,dah bertunang,still samar2 dengan keputusan yang dia buat.tak percaya yang dia akan kahwin.aku pun sedih jugak.Ex Bf pulak selalu chat dan meluahkan ketidakpuasatiannya kepada aku.apa aku boleh buat?nasihat jak la.yang penting doakan si kawan mendapat kebahagiaan.Hanya itu yang mampu aku lakukan.Ok stop pasal kahwin-kahwin ni.

erm,nak cerita apa lagi erk?apa yang ada dibulan June?oh ya,apasal cerita Nada Cinta ni tak habis-habis ar?aku tak suka la ceritanya langsung.Puan Emak dan Bapa minat gilak eh dengan cerita ni.sekarang ni pun,bila dorang menonton cerita tu,rasa nak pecahkan seja skrin Tv tu.tak logik sungguh jalan ceritanya..maaf ya Tuan Director.hoho.aku marah sebab aku takda peluang langsung nak tonton Tv wei.sebab kena monopoli oleh Puan Emak dan Bapa.erm.takpa..Bulan ni jugak abang aku start kerja kat SESB cawangan Ranau.sebelum ni dia kerja kat UMS.ok la kot.harap2 dia dapat stabilkan kewangan dia bila kerja kat SESB nanti.boleh la kumpul duit untuk kahwin.aku nak jugak dapat anak sedara.Best apa dapat anak sedara.cuma tak tahu bila akan ada peluang.Jangan2 duluan merasa anak sendiri.miahahahaha.ok stop mengarut.ada tak faham dengan ayat yang aku guna? aku tak suka menaip secara formal.cukup la sekadar korang faham apa yang aku tulis.tak faham,just leave ur comment here.hahaha.ok la.nak tolong abang buat surat pulak.see u soon.daa!

Terima Kasih Sudi Baca Entry Ini

Friday, June 1, 2012

Aku dan baby

Bila teman asyik mesej nak khabarkan pasal perkahwinan,aku sayu.Umur makin meningkat,dan satu persatu teman mendirikan rumah tangga bersama yang tersayang.Sejajar dengan umur aku sekarang,rasanya perasaan untuk bina keluarga,normal.aku nak jugak join club kamurang.Jaga anak,jaga makan minum asben,urut bahu mentua.ah,larik dari tajuk pulak!Sepanjang hidup aku di dunia ni,aku pernah menjaga baby sehingga dorang pandai bercakap,berjalan,dan pendek kata membesar depan mata.bukan baby aku ok!baby jiran dan kazen.(baby sitter rupanya)start aku tingkatan 3,Puan Emak mengambil  upah untuk menjaga baby jiran.Sebulan Rm300.Puan Emak menjaga baby ni kat ruma kitaorang.

Awal pagi jam 7,baby tu dah dihantar kerumah sebelum mak bapak dia pergi kerja.lengkap dengan semua pakaian,susu dan peralatan mandi baby.Kena lagi masa aku takda adik kecik da,aku anggap baby tu macam adik aku sendiri.Budak pertama kami jaga Nadhirah Shafiqah.Kami jaga since dia masih 5bulan kalu tak silap.Hampir 2tahun jugak la kami jaga dia.Sekarang dah besar dah.Tau mekap2 segala.Mak dia ajar kot!hahahaha.

Bila aku masuk tingkatan 5,adik dia pula yang kitaorang jaga .Nama dia Nadzurah Shaqira.Puan Emak masa ni banyak serahkan tangungjawab kat aku.Lepas aku balik dari sekolah,aku yang ambik alih menjaga.setiap kali balik dari sekolah,aku tak sabar2 nak balik rumah sebab baby ni la.aku rindu walaupun sekejap tak bersemuka.amboi ayat..Dia berumur 4bulan,kitaorang dah jaga dah.sampai dia besar.Hah,budak ni la yang ikut muka aku.Orang tua selalu kata,kalu kita jaga budak tu since dia masih baby,dia boleh ikut muka kita.muka dia memang sebijik macam muka aku sekarang!haha.Dia ni manja dengan aku tau.dia tak manja dengan Puan Emak dan lain2.Dengan aku sahaja ok.Sejak kami jaga budak ni,Encik Bapa selalu belikan dia makanan ringan dan mainan.Dia anggap macam anak dia sendiri kot.lebih2 lagi bila budak ni panggil Encik Bapa 'Pak' dan Puan Emak sebagai 'mak'.tambah kuat kasih sayang yang diberikan.kadang Encik Bapa lebih manjakan dia  dari adik lelaki bongsu aku tu.Sebab tu la adik bongsu aku tak suka budak ni.Ok itu tipu.Adik aku la yang paling suka menyakat baby ni.adik aku kan  bongsu.Dia kan takda adik lagi.So.anggap baby macam adik sendiri la.
hehe!!hai kakak!



Terima kasih sebab jaga adik!!

Lepas tu bila aku sambung belajar,tiap kali cuti sem aku stay kat rumah kazen aku.Jaga baby pertama yang bernama Mohd Zaim Darwish.Hah,masa ni aku tekanan tak hengatt!aku tak pernah jaga baby lelaki.First time ni.habit baby lelaki ngan  baby pempuan tak sama kot.Sebab tu aku tak berapa nak kamcing ngan budak ni.hari-hari menangis.Setiap minit menangis.mak bapak dia pergi kerja,so memang aku sorang terpaksa handle budak ni.Memang naik gila wei.tekanan sangat.



sejak itu,aku menjadi badut untuk menceriakan suasana.Aku nak buat pa pun tak boleh.dia tetap jugak nak nangis.Buat susu,dia nangis juga.Aku p cek la pampersnya kot2 dia melepas ka,tapi xda jugak.mungkin mengantuk?aku p la hayunkan kat buayan.makin tambah tangisannya.Hah,bayangkan tekanan yang aku alami.hari-hari macam ni.nasib baik mak dia kerja kat bawak rumah tu ja.kami terpaksa la stay kat tempat kerja maknya.mak dia kerja sebagai pembantu pengurusan murid.tapi budak ni sampai sekarang memang takut ngan aku.tak  tahu kenapa?adakah muka aku macam mak lampir?aku tak pernah cubit jauh sekali pukul budak ni.aku tak pernah wei.aku tahu kenapa dia tak suka aku.Dugaan.
padan muka kau!haha




yang ni bukan parents dia.eheh.


start aku cuti sem kedua,aku jaga baby jiran kat sebelah rumah pulak.Hah,yang ni kembar.Super duper Kiut.bukan aku sorang jaga.mampus la aku.Berat dorang,mak aii..seorang 11 kg.!  yang sorang 10 kg.lenguh tangan wei!aku sebenarnya segan nak jaga dorang ni.sebab bapak budak ni,cikgu aku masa sekolah rendah.tapi mak budak ni baik.selalu tolong  aku.so,tak baik tak balas budi orang.
Aleeya dan Aleysa


yang ni aku jaga masa kat hospital.Masa tu makcik aku kena tahan di wad.5 malam aku temankan makcik aku kat hospital tu.sebelah katil makcik aku,perempuan yang kena tahan sebab baru bersalin.Operate ok! so setiap kali mak dia pergi tandas,mandi ke,makan ke,aku gatal tangan p dukung baby ni.Lama-lama kebiasaan pulak.Dia manja dengan aku.I loikee.Comel je dia senyum.

hai duniaaa...
 yang ni masa aku dalam teksi.On the way nak balik kota belud.Kebetulan penumpang kat sebelah ialah pasangan suami isteri.selamba sahaja tapak tangan yang halus itu memegang tangan aku.aku pun snap la.sumpah comel.dia pandang aku jer.aku tak berani la nak snap muka dia.sebab masa tu bapak dia ni angin ckit.
tangan baby
 yang ni pulak adik kepada kembar yang aku jaga tu.Adam Hakimi.sama rupa dengan kakak2 dia.
macam?ada ciri tak?hehe



Adam Hakimi

 yang ni anak sedara Puan Emak.Budak yang baju merah tu yang manja dengan aku.dulu dorang selalu stay kat rumah ni.sekarang,jarang dah.
miss u olz..

 bila tengok gambar dorang ni aku rindu pulak.kenapa la  dorang membesar.Bila dah besar,tak kiut dah.nakal adalah.semoga kamu menjadi orang berguna dimasa hadapan ya adikku sekalian.



Terima Kasih Sudi Baca Entry Ini