Friday, June 1, 2012

Aku dan baby

Bila teman asyik mesej nak khabarkan pasal perkahwinan,aku sayu.Umur makin meningkat,dan satu persatu teman mendirikan rumah tangga bersama yang tersayang.Sejajar dengan umur aku sekarang,rasanya perasaan untuk bina keluarga,normal.aku nak jugak join club kamurang.Jaga anak,jaga makan minum asben,urut bahu mentua.ah,larik dari tajuk pulak!Sepanjang hidup aku di dunia ni,aku pernah menjaga baby sehingga dorang pandai bercakap,berjalan,dan pendek kata membesar depan mata.bukan baby aku ok!baby jiran dan kazen.(baby sitter rupanya)start aku tingkatan 3,Puan Emak mengambil  upah untuk menjaga baby jiran.Sebulan Rm300.Puan Emak menjaga baby ni kat ruma kitaorang.

Awal pagi jam 7,baby tu dah dihantar kerumah sebelum mak bapak dia pergi kerja.lengkap dengan semua pakaian,susu dan peralatan mandi baby.Kena lagi masa aku takda adik kecik da,aku anggap baby tu macam adik aku sendiri.Budak pertama kami jaga Nadhirah Shafiqah.Kami jaga since dia masih 5bulan kalu tak silap.Hampir 2tahun jugak la kami jaga dia.Sekarang dah besar dah.Tau mekap2 segala.Mak dia ajar kot!hahahaha.

Bila aku masuk tingkatan 5,adik dia pula yang kitaorang jaga .Nama dia Nadzurah Shaqira.Puan Emak masa ni banyak serahkan tangungjawab kat aku.Lepas aku balik dari sekolah,aku yang ambik alih menjaga.setiap kali balik dari sekolah,aku tak sabar2 nak balik rumah sebab baby ni la.aku rindu walaupun sekejap tak bersemuka.amboi ayat..Dia berumur 4bulan,kitaorang dah jaga dah.sampai dia besar.Hah,budak ni la yang ikut muka aku.Orang tua selalu kata,kalu kita jaga budak tu since dia masih baby,dia boleh ikut muka kita.muka dia memang sebijik macam muka aku sekarang!haha.Dia ni manja dengan aku tau.dia tak manja dengan Puan Emak dan lain2.Dengan aku sahaja ok.Sejak kami jaga budak ni,Encik Bapa selalu belikan dia makanan ringan dan mainan.Dia anggap macam anak dia sendiri kot.lebih2 lagi bila budak ni panggil Encik Bapa 'Pak' dan Puan Emak sebagai 'mak'.tambah kuat kasih sayang yang diberikan.kadang Encik Bapa lebih manjakan dia  dari adik lelaki bongsu aku tu.Sebab tu la adik bongsu aku tak suka budak ni.Ok itu tipu.Adik aku la yang paling suka menyakat baby ni.adik aku kan  bongsu.Dia kan takda adik lagi.So.anggap baby macam adik sendiri la.
hehe!!hai kakak!



Terima kasih sebab jaga adik!!

Lepas tu bila aku sambung belajar,tiap kali cuti sem aku stay kat rumah kazen aku.Jaga baby pertama yang bernama Mohd Zaim Darwish.Hah,masa ni aku tekanan tak hengatt!aku tak pernah jaga baby lelaki.First time ni.habit baby lelaki ngan  baby pempuan tak sama kot.Sebab tu aku tak berapa nak kamcing ngan budak ni.hari-hari menangis.Setiap minit menangis.mak bapak dia pergi kerja,so memang aku sorang terpaksa handle budak ni.Memang naik gila wei.tekanan sangat.



sejak itu,aku menjadi badut untuk menceriakan suasana.Aku nak buat pa pun tak boleh.dia tetap jugak nak nangis.Buat susu,dia nangis juga.Aku p cek la pampersnya kot2 dia melepas ka,tapi xda jugak.mungkin mengantuk?aku p la hayunkan kat buayan.makin tambah tangisannya.Hah,bayangkan tekanan yang aku alami.hari-hari macam ni.nasib baik mak dia kerja kat bawak rumah tu ja.kami terpaksa la stay kat tempat kerja maknya.mak dia kerja sebagai pembantu pengurusan murid.tapi budak ni sampai sekarang memang takut ngan aku.tak  tahu kenapa?adakah muka aku macam mak lampir?aku tak pernah cubit jauh sekali pukul budak ni.aku tak pernah wei.aku tahu kenapa dia tak suka aku.Dugaan.
padan muka kau!haha




yang ni bukan parents dia.eheh.


start aku cuti sem kedua,aku jaga baby jiran kat sebelah rumah pulak.Hah,yang ni kembar.Super duper Kiut.bukan aku sorang jaga.mampus la aku.Berat dorang,mak aii..seorang 11 kg.!  yang sorang 10 kg.lenguh tangan wei!aku sebenarnya segan nak jaga dorang ni.sebab bapak budak ni,cikgu aku masa sekolah rendah.tapi mak budak ni baik.selalu tolong  aku.so,tak baik tak balas budi orang.
Aleeya dan Aleysa


yang ni aku jaga masa kat hospital.Masa tu makcik aku kena tahan di wad.5 malam aku temankan makcik aku kat hospital tu.sebelah katil makcik aku,perempuan yang kena tahan sebab baru bersalin.Operate ok! so setiap kali mak dia pergi tandas,mandi ke,makan ke,aku gatal tangan p dukung baby ni.Lama-lama kebiasaan pulak.Dia manja dengan aku.I loikee.Comel je dia senyum.

hai duniaaa...
 yang ni masa aku dalam teksi.On the way nak balik kota belud.Kebetulan penumpang kat sebelah ialah pasangan suami isteri.selamba sahaja tapak tangan yang halus itu memegang tangan aku.aku pun snap la.sumpah comel.dia pandang aku jer.aku tak berani la nak snap muka dia.sebab masa tu bapak dia ni angin ckit.
tangan baby
 yang ni pulak adik kepada kembar yang aku jaga tu.Adam Hakimi.sama rupa dengan kakak2 dia.
macam?ada ciri tak?hehe



Adam Hakimi

 yang ni anak sedara Puan Emak.Budak yang baju merah tu yang manja dengan aku.dulu dorang selalu stay kat rumah ni.sekarang,jarang dah.
miss u olz..

 bila tengok gambar dorang ni aku rindu pulak.kenapa la  dorang membesar.Bila dah besar,tak kiut dah.nakal adalah.semoga kamu menjadi orang berguna dimasa hadapan ya adikku sekalian.



Terima Kasih Sudi Baca Entry Ini

No comments:

Post a Comment