Monday, June 11, 2012

past is past..*_*

Hari ini hari Isnin bersamaan 11Hb June 12.(nak jugak tulis tarikh)Tadi tengahari aku ke rumah kawan yang akan berkahwin pada hujung minggu ini.Nama dia Anis.Sebenarnya plan kami nak buat event untuk menjemput rakan2  facebook untuk majlis dia nanti.So,aku dan dia memang rapat la.bagai isi dengan kuku.opkos la aku kena tolong dia kan sebelum majlis perkahwinan dia nanti.Lappy dia buat hal,so aku angkut lappy dan berukband sekali.But satu hal bila dia ni berkazen pulak dengan Ex-Boipren aku.Berjiran lagi.sebelum aku ke rumah kawan tu,aku banyak kali tanya dia,samada Ex-Bf ada dirumah tak?sebab selalunya keluarga Ex-Bf ni balik kota marudu.ada rumah sebuah lagi kat sana.dan dengan confidentnya Anis jawab,"tiada dorang sini".aku yang dengar jawapan pun lega la kan.sekurangnya tak payah nak hadap muka Ex-Bf lagi.Cuakk tau!hati masih berdarah.Ceh!

Bila sampai rumah Anis,dia ajak aku terus kebawah rumah untuk buat air minuman.Dan aku bercerita dengan Anis sambil buat air anggur.Namun,tetiba hati aku terpanggil untuk keluar untuk menegur mak dan bapak Anis yang mengheret tangki dari rumah sebelah.Siapa sangka bila aku keluar,aku betul2 berhadapan dengan Ex_Bf yang sedang menolak kereta kosong yang berisi kayu api.Bila nampak Ex-Bf,otomatik mulut seperti di gam weii!!suara pun tak terkeluar!apa kejadahnya semua ini??

Aku masuk dapur semula mendapatkan Anis.
"Kau cakap dorang teda sini.aku nampak D***** la"(tak boleh mention nama la).Aku punya muka rasanya pucat seperti nampak hantu.
"sumpah.aku nda tau pun dorang ada sini.Baru sampai kali" Anis mempertahan dirinya.
"jum la kita naik p bilik kau.kita on9 disana."Gesaku.Aku buat macam rumah sendiri.hahaha.Dasar!

Dalam bilik aku memang tak keruan langsung.Anis pulak berabis ketawakan aku.Buat macam biasa sebab dah takda apa2 hubungan katanya.tapi aku ni mana boleh relax.Darah aku cepat gemuruh tau!aku memang nak balik saja time tu.tak sanggup aku wei menghadap muka Ex-Bf.Then,hp aku berbunyi..number baru.

"helloo" sedikit gagap aku disitu.
"dik,kau dmana?macam aku nampak kau dirumah Anis tau.Apa kamu buat sana?P sana aku ar." suara Lyzan,kazen kepada Ex-Bf kedengaran..dia ni kaki penyakat.aku tau dah motif dia.dari dulu sampai sekarang!perangai tak ubah!
"tidak.aku d korea (sempat lagi berlawak)....kau ambik  ba mangga.Kita makan" laju seja aku meminta.peduli apa aku.masa tu  memang aku nak makan mangga pun.
"ba.nanti aku ambil  mangga sama D*****."
aku tekan punat cancel.Dah tau dia main helah.

Tak lama kemudian,Ex-Bf naik ke atas rumah.Aku boleh nampak dari dalam bilik sebab pintu bilik terbuka luas.Aku rasa gelisah dah.mampus aku kalau dia masuk dalam bilik ni bawak bercerita.tak nak!Anis pula senyum2 kambing.Suka la tu kenakan aku.tapi apa daya memang malang nasibku,Ex-Bf berdiri dihadapan pintu bilik dengan senyuman yang aku boleh anggap sebagai senyuman puas ati sebab dah berhadapan.Yelaa..hampir 2tahun kot kami berpisah.aku bawak haluan dan paling sadis aku block dia dalam Fb.hah!padan muka!aku block sebab aku tak nak kaitan dengan kau lagi la!tapi darah gemuruh aku tetap ada.bergetar jiwa tengok senyuman dia.Uisehh.aku berpura cek Hp aku.buat tak tau dan taknak langsung bertentang mata dengan dia.Aku perasan dia tenung aku lama2...bila dia tidak dilayan,dia duduk kat tangga bersama Lyzan.then,Anis mengajak turun kebawah rumah sebab katanya bilik panas!Sengaja la tu.!Sebelum turun,Harist pulak kol.Penyelamat!!boleh la dia berlakon jadi boifren aku sebentar!hahahaa..aku pun bercakap dengan suara yang lantang supaya dorang dengar la kan.biar dia fikir aku dah jumpa pengganti.Part aku suka bila aku cakap 'ba,nanti malam la kol balik.miss u too'.depan Ex-bf aku cakap macam tu!hah,aku memang gembira tak hengat la.Tq harist sebab dah selamatkan aku!Aku nak balik masa tu tapi Anis tahan aku.Aku mencikk tau!dorang macam dah pakat nak kenakan aku!

Bila dibawah rumah,aku duduk kat kerusi.setiap pergerakan yang aku buat,aku sedar ada yang memerhati.Lyzan menghayun diri di buayan tali berhadapan dengan aku.Dia tersengih.Ex-bf pulak tetiba duduk kat sebelah aku.otomatik la aku berdiri menjauhkan diri.tak nak wei.aku benar2 serba tak kena masa tu.Bila Ex-bf pegang lappy aku,otomatik aku rebut dari tangan dia..maka batal lah air sembahyang.:(
 aku tukar kedudukan lappy.aku menunduk menghadap lappy supaya tak payah bertentang mata dengan dia.namun aku gagal.bila aku pandang dia,dia pandang aku.aku pandang Anis,Anis tersenyum.Bila aku pandang Lyzan,matanya menyorot memandang Ex-bf.seperti memberi isyarat kepadaku untuk memandang Ex-Bf.lama jugak keadaan kami macam tu.Sampai la Ex-Bf bersuara.

"kau tidak kerja lagi di hotel tu?:"
"dia kan belajar..mana kerja lagi" Lyzan menjawab bagi pihak aku.aku pulak tersenyum
"nda suda.aku kerja dirumah seja."jawabku acuh tak acuh.mata aku dan Ex-Bf bertemu.
"bila kau habis belajar wadah?" Lyzan pulak bertanya.macam Inspektor aku rasa mereka di saat itu.
"tahun ni.Insyaallah".sambil memandang ex-bf.anak mata kami bertemu lagi.Ya ALLAH.apa aku patut buat ni.semua serba tak kena.Lappy pun ikut hangkang macam hangkangnya otak aku memikir mereka ni.
"Jadi Erina(kawan aku sebilik dulu yang dia usha.) pun masih lagi kamu 1 rumah?susah betul mau hubung kamu kan.Fb pun kena block ba kami.sampai betul hati kamu."tanyanya lagi.tapi Erina tak layan Lyzan sebab dia tak suka.hahaha.tapi pasal fb,memang aku yang suruh Erina block Lyzan.sungguh jahat diriku.sebab siapa pun yang ada kaitan dengan Ex-bf,otomatik terkena tempias.Saat ni aku bertentang mata lagi dengan Ex-bf.biar dia rasa pahitnya kena block dari Fb.
"aku tidak mahir betul ba Fb ni.Dulu pun, Fb aku orang lain ba yang buat tu" Ex-bf pulak bersuara sambil memandang aku.Ya,aku sedar dia menyindir.Aku yang bertangunggjawab membuat Fb dia suatu ketika dahulu.dan sebab Fb jugak la kami banyak krisis dan menyebabkan hubungan putus serta merta!tapi aku buat tak endah bila dia bercakap macam tu.kena relax ok!

"ba kau bagi dulu number Erina sama aku " Lyzan buat muka kasihan masa tu.
"mana boleh.nanti dia marah aku."jawabku sambil memandang muka Ex-bf lagi..aku tak nak pandang tapi hati aku paksa..begok punya hati!tidak semena -mena,lancar number hp aku keluar dari mulut ex-bf..
"016812****  number Hp  Erina" dia memandang aku.Nak buktikan yang dia masih ingat number Hp aku la tu.tapi sengaja guna nama Erina.Saat tu mata kami bertentangan.lama.
"number wadah ba itu.." Lyzan pulak menyampuk sambil tertawa..Ah,terima kasih kerana ingat number aku wahai Ex-Bf.tapi kau tak pernah pun contact aku selama ni.kau benar2 jauh hati dengan aku.seperti aku yang jauh hati dengan kau.pergghh!ayat..!

dan saat tu,Harist kol lagi.Hah,benar2 penyelamat!aku menuju kedapur untuk elakkan diri.kunun nak bercakap dengan boypren la tu..padahal,hampeh!lakonan semata.aku cuma dengar 'naa,kol suda boypren dia'..lepas berbual,aku letak hp aku kat meja.Saat tu,Ex-bf mahu mengambil Hp aku tapi aku pantas mengambil Hp tersebut.apa kejadahnya dia nak buat macam tu?nak korek rahsia la tu..
"jangan cek2.nanti nampak gambar tak patut" warningku dengan nada perlahan.i mean gambar tak patut,bukan gambar bogel ya..sila tepis otak kuning anda.maksudnya,gambar bersama boypren la kiranya.Tipu sunat.nak selamatkan diri.
"takut betul pun" dia menarik muncung mulut.ceh!ada ku kisah.
"wadah sumbung sudah ba sekarang" kata2 Lyzan seperti belati menusuk atiku.ceh!padahal memang sumbung pun.tapi dengan kamu sahaja..saudara terdekat ex-bf..kecuali Anis..hahaha..

saat aku on9,Ex-bf berjalan dibelakang ku.aku sedar perlakuannnya pabila memandang skrin lappy.Then dia berhenti betul2 dia belakang ku.aku gelisah.Anis masuk ke dapur menjerang air.Lyzan masih stay di buayan tali itu.apa pulak dia nak buat ni.then dia bergerak ke sebelah kananku.jarak kami sangat dekat.Ya Allah.Kuatkan ati aku.doaku dalam hati.
" kenapa kau masih malu2 lagi ni?lama suda kita ni kan.." tapi dia tak sambung ayat dia sebab aku mencelah.
"jangan bergurau ar!teda2 pun aku malu."mata kami sudah bertentang masa ni...makk aiii..padahal memang aku malu pun.tapi jawapan cover line baikkk punyaaa maaa...aku hanya hadap lappy dan biarkan dia menyimpulkan kenyataan yang aku memang dah lupakan dia.!tak lama Anis keluar dari dapur..
"aku pulang la nis..sombong betul sudah dia.."ucap Ex-bf sambil memandang aku.Anis hanya menjawab sepatah seja..'bah' ..Ah biarlah dikatanya aku sombong.aku hanya memandang dia dengan senyuman.Biar la kau pulang!senang kerja aku.hahaha!gelak jahat..:(






wahai hati,lupakan dia yang pernah menjadi peneman dikala sunyi.meski cinta,jangan biarkan kau kembali sakit untuk alasan yang sama.ya,aku berterima kasih sebab dia pernah mencintai aku dan aku pulak,orang yang tak pernah mengerti kasih sayang dia sebab tu selalu minta putus hubungan :( dan kerana ego aku cuba tepis dia jauh2 dari hidup aku.sebab tu aku mengelak dari dia.Dan aku sedar aku salah menilai dirinya.Maafkan aku..:)







kadang-kadang kita tidak menghargai cinta.Kenapa?
sebab kita belum merasai kehilangan dia.
kadang-kadang kita merasai cinta tapi masih tidak percaya.kenapa?
sebab kita selalu fikir negatif pasal dia.
kadang kita tak sedar hati kita terlalu menyayangi dia.kenapa?
sebab kita tunjuk ego taknak mengalah.
so,hargailah orang yang menyayangi kita sebab kita akan mencarinya bila dia tiada d sisi.
masa tu menyesal pun teda guna..

sekian entry details..hahaha!


Terima Kasih Sudi Baca Entry Ini

No comments:

Post a Comment