Sunday, March 18, 2012

Majlis perkahwinan Bff aku (part 2)

ok.hari tu dah tulis pasal majlis perkahwinan Anna.Hari ini pasal majlis kahwin Ina pulak.Malam berinai aku tak dapat join korang sebab bapa aku tak bagi aku drive sorang-sorang ke sana.Jauh sangat rumah pengantin perempuan ni .Aku suru si bapa hantar,penat katanya.Aku minta kunci kereta,tak pula membagi.Almaklumlah..lesen masih bau kedai!So,aku dapat pergi time siang jak la.time bersanding.
sebelum akad nikah.seminit sebelum nikah,dia masih hak milik bersama!hehe.

geng karas sedunia(yang baju putih tukang mekap)

ayunya dia...
rombongan lelaki tiba jam 1 suku.Gambar kat atas tu,sedang menanti tunang.(dorang belum nikah lagi masa ni).Then time rombongan lelaki tu sampai,tetiba hujan turun.Hahaha..hujan rahmat katakan.Tapi yang tak rahmatnya,pengantin lelaki basah.Bagi yang tak tahu,ada adat di Kota belud yang mengharuskan pengantin lelaki menaiki kuda menuju ke rumah perempuan.so,korang dah agak la kan apa yang jadi.aku yang snap picture pun tergelak sakan melihat pengantin lelaki kebasahan dek hujan.Memori seumur hidup buat pengantin lelaki^_^
see?siap berpayung dorang.

pengantin tak sabar2 turun dari kuda.Basah weii!
bayangkan bila pengantin lelaki basah kuyup,naik rumah pengantin perempuan,di arah pulak duduk dibawah kipas.sebelah menyebelah kipas.Takkah dia menahan kesejukan tu?kompom sakit pundi kencing^_^.kalau tak dapat control,mungkin dah terkencing time akad nikah,haha!Gurau la..
saja snap jurukamera tu..hensem...^_^
                    
semasa acara membuka tabir,pihak lelaki kena membayar 'tol' untuk pihak perempuan.Yang lucunya,pihak perempuan sengaja meminta tol lebih.haha..so,masa tu la pihak dari lelaki  main tipu.Kalau korang nak tahu,adat macam ni memang ada.Tak boleh jumpa pengantin perempuan selagi tak bayar tol.Saudara pihak perempuan akan menunggu di hadapan pelamin dan mengunjukkan tangan untuk meminta tol.Masa tu dah 4 kali tangan mereka terima duit.Last2,pihak lelaki main kotor.Membagi kepingan tisu!!hahaha..padan muka!siapa suruh tamak.^_^.Lepas kena tipu,baru la pengantin lelaki dapat jumpa the little bridenya.
acara sarung cincin.Dah sah.Amin

yang ini pakaian Bajau bagi yang tak tahu.

menyerlah keputihan si cantik.


semoga bahagia selamaya.Amin



makanan hari tu memang sedap.aku dan kawan-kawan belasah sampai 2x.ahahahaha...lol
sekian entri untuk sahabat dunia akhirat.semoga kamu berbahagia dengan kehidupan baru.

p/s: aku nak anak angkat wei!cepattt mulakan proses....^_^

Terima Kasih Sudi Baca Entry Ini

No comments:

Post a Comment