Tuesday, March 27, 2012

tragedi hostel

Yeppiii...lappy aku dah ok.Sehari ja repair.service yang mantop.tukar skrin abang aku terpaksa tanggung bayar.Rm 400..mahal gilakk ehh.Sorry ya abang.(",)
Ok.Berbalik kepada tajuk,tragedi d hostel.Tadi puan emak menonton tv.Tak tahu apa tajuknya.Tapi mengisahkan seorang lelaki yang mengamalkan ilmu hitam untuk melakukan kejahatan.Dia jadi orang minyak.Aku tak layan sebab tak minat dengan pelakonnya.Tapi cerita itu mengingatkan aku akan peristiwa yang berlaku di hostel pada awal tahun pertama aku di universiti.

Masa tu hostel kami didiami 18 orang student.4 bilik termasuk 1 master room.Di belakang hostel pula rumah pangsa yang kebanyakkannya juga didiami oleh para pelajar.Mengimbas kembali peristiwa malam tu,memang aku rasa nak berhenti menaip sekarang.Tapi aku nak jugak kongsi dengan korang semua.seram bila diingat semula.Lebih-lebih lagi jam menunjukkan pukul 12.43am.Dah lewat weii.sehari sebelum malam kejadian,aku bergayut kat henpon.Masa tu rasanya dah pukul 1 pagi kot.student yang lain dah masuk bilik memasing.Oleh kerana aku tak nak perbualan aku didengari oleh rummet,aku keluar menuju ke meja makan.Dapur kitaorang betul-betul menghadap rumah pangsa.Sangat berani aku pada ketika itu.Alaa,tengah mabuk cinta kot.Tengah malam pun masih sanggup melayan panggilan.Masa tu keadaan dah sunyi.Tiada lagi bunyi enjin kereta lalu depan rumah.Anjing peliharaan jiran sebelah pun senyap seribu bahasa.sambil bercerita,tangan kiri aku memintal hujung rambut.habit aku bila bergayut kat hanpon.alaa,korang pun macam tu jugak kan?especialy pompuan.

sedang asyik mengungkap kata-kata sinta,tetiba mata ku tertangkap kelibat seseorang berlari d koridor rumah pangsa itu.Seperti dikejar sesuatu.kulit dia hitam.semua hitam.serba hitam!aku perasan la dia ganjil sebab lampu kat koridor tu memang pasang habis.aku mula rasa tak sedap hati.Tetiba dia melompat dari balkoni rumah pangsa tersebut.dari tingkat 3 dia terjun kebawah!Omg!tak pakai tali,apatah lagi tangga.lif jauh sekali.memang takda!so,korang dah agak dia apa?kebal punya orang.Tapi yang pasti,aku tak nampak dia selepas dia terjun tu.dia kemana?Ka dah mampus?opss..jahat mulut.
aku terdiam seketika.terkejut pun ada.terdengar lagi suara di talian'kenapa diam ni?' tidak dlayan pertanyaan itu..aku terus meluru masuk dengan hanpon yang masi melekat kat cuping telinga.aku segera masuk kedalam bilik.nak hebohkan kunun.tapi hampa.rummet aku semua dah bermimpi.So,aku putuskan untuk memberitahu keesokkannya sahaja.jam 4 pagi baru aku dapat lelapkan mata.

Keesokannya,selepas aku balik dari kelas,aku dan kawan-kawan dikejutkan dengan berita rompakan dan pukau dari student di rumah pangsa.hah,masa tu aku dah agak dah apa yang jadi.mesti ada kena mengena dengan orang itam yang aku nampak semalam.menurut sumber,seorang pelajar perempuan menjerit lalu pengsan dalam bilik.rakan yang lain masa tu sedang berborak kat ruang tamu.Bila mereka masuk kedalam bilik,seorang lelaki serba itam..err..orang minyak..sedang memerhati mereka.Tapi ketiga mereka tidak dapat berbuat apa.seperti ada kuasa yang mendorong mereka untuk memberikan semua harta milik mereka.Lappy,wallet,duit tabung,semua bersih!lebih dasyat lagi mereka sendiri yang menyerahkan semua harta mereka itu.teka kenapa??Hah,kena pukau beb!seperti pak turut menurut apa yang diminta oleh orang minyak tu.masa tu,adalah seorang student ni keluar dari bilik sebelah.kira ada ilmu la pasal benda-benda ni.dibaca segala ayat .Tapi orang minyak tu sempat melarikan diri.tu yang dia terjun dari balkoni tu..iskh.dasyat.pompuan tu sedarkan kawan-kawan dia yang terkena pukau tu dengan bacaan ayat suci.dan malam itu lah mereka berada dalam ketakutan.aku terus menceritakan kepada kawan yang lain bahawa aku memang nampak kelibat orang minyak tu.then,aku di asak dengan soalan-soalan yang aku rasa memang tak menang mulut lah nak jawab.

Malam yang hangat.amboi..malam tu memang panas keadaannya.bilik terasa berwap.lain dari malam-malam sebelumnya.kitaorang tak risau sangat pasal orang minyak tu.dia takkan dapat masuk hostel kitaorang punya.sebab hostel kitaorang banyak grill.semua kukuh!hah,begitu la tanggapan kami.namun kami silap.......

jam 2am,aku masih lagi layan muvie korea.bilik kitaorang ada dua katil doubledaker.aku d tingkat atas.dua2 katil berdekatan dengan tingkap.tingkap yang bergrill...tingkap aku biar terbuka luas sebab malam tu memang panas la.untuk bagi sejuk sikit,aku buka tingkap tu.tingkap yang betul-betul berhadapan dengan katil aku.rummet aku,Erin juga sedang menonton cerita korea masa tu.bila dah ngantuk,aku padam laptop dan terus berbaring.Erin turun dari katil dan meminta izin untuk menutup tingkap ku.

"makcik,(panggilan kitaorang bergeng)kita tutup tingkap la malam ni ar"ujarnya.
"tidak payah la ba.panas ni makcik"jawabku lembut.yalah.sebelum ni memang aku tak tutup pun tingkap bilik tu.Panas!
"malam ni jak kita tutup.boleh laa..."pintanya bersungguh.
"yala.." sambil terus aku menekup bantal ke muka.tabiat aku bila tidur.Erin terus naik keatas katilnya yang juga ditingkat atas.sebelah katil aku.aku terdengar mulutnya terkumat kamit membaca ayat-ayat suci.untuk perlindungan masa tidur.itu memang perkara wajib dibuatnya sebelum beradu mimpi.perangai Erin,bila dia takda kawan berjaga,otomatik dia jadi takut.so,aku masuk tidur,dia pun ikut sama.


aku bermimpi sudah ketika itu..





Tiba-tiba.........




"Arrghhhhhhhh!!!".......suara Erin kedengaran.Kuat dan sangat lantang!

jeritan yang aku rasa memang 12 harakat panjangnya.aku buka mata.masih dalam keadaan mamai.Erin terjun dari katil dan memasang lampu dan terduduk dibirai bawah katilku.aku masih terbaring masa tu.Tutup mata tapi mendengar perbualan mereka.Aku rasakan aku masih bermimpi ketika itu.sungguh bangang diriku masa itu.
"kau kenapa?" tanya Yen,rummet aku dibawah katil.
"ada orang raba paha aku..besar tangan dia.hitam!!" ucap Erin tersekat-sekat.
jawapan Erin itu mengundang jeritan rummet aku sorang lagi,Mary.Mereka terus meninggalkan bilik tersebut sambil berlari menjerit menuju ke master room.aku pulak seperti terkena serangan jantung mendengar jeritan Mary itu.seperti seorang stunt,aku melompat penuh bergaya dari atas katilku.bayangkan katil aku ditingkat atas,aku terjun macam tu saja.nasib baik tak patah kaki.aku keluar berlari dari bilik dan bertembung dengan Clara,student bilik sebelah.Muka dia memang pucat berhabis.berlari menuju ke master room dengan jeritan.

kami semua berkumpul dalam master room.Tangisan,pujukan semuanya bersatu.Erin menangis teresak-esak ketakutan manakala Clara dalam pelukan aku.Aku dapat rasakan tangan kami sangat sejuk.Bila bersatu,tambah kaku.ketakutan.Ocha,ketua hostel mengunci pintu bilik hostel sambil memberi kata-kata semangat.Dia sedar dia harus mengambil peranan menenangkan kami.Jeeslyn dan elyca dari bilik hujung pulak menyusul.Muka mereka memang pucat berhabis sejurus dibukakan pintu bilik.

"siapa tu?kenapa dia kacau kita?Tadi dia ada mengacau d bilik kami" tutur Elyca dengan nada gementar.
"tadi time aku sembahyang,aku nampak ada tangan pelahan-lahan masuk melalui tingkap Elyca.masa tu tak jelas sangat penglihatan aku sebab tak pakai cermin mata." Jeeslyn pula bersuara.
"aku terhidu bau seperi bau kemenyan bercampur rokok.tangan dia betul-betul menuju ke paha Elyca.Tapi aku terus bangun dan tangan tu lesap.masa tu la Elyca terbangun sebab banyak nyamuk mengigit dia.Dia pelik sebab tingkap dah terbuka." sambung Jeeslyn lagi."tadi time aku masuk tandas,aku dengar macam ada orang pijak baldi kat belakang tandas tu.rasanya dia nak intip aku la tadi" Yen pula menyampuk.huh,ujian apakah ini.Ya Allah.Selamatkan kami.Doaku dalam hati.kami berjaga sampai matahari terbit.Bila dah siang,aku beranikan diri masuk kedalam bilik.Ketika aku masuk,tingkap bersebelahan katil Erin terbuka luas.Dan aku melihat ada kesan jari pada kaca cermin.Jari yang lebar dan besar.so,pelakunya memang orang berbadan besar kot.Bila jiran sebelah hostel menyiram tanaman bunganya,aku dan kawan-kawan keluar meninjau sekeliling kawasan luar rumah.apa yang kami dapati,baldi di belakang tandas bilik kami sudah pecah kerana menampung benda berat yang naik keatasnya.Mesti dia nak intai kitaorang semalam!kami melaporkan perkara tersebut kepada Pengurusan hostel dan langkah berjaga-jaga diambil bagi mengelakkan kami menjadi mangsa orang minyak.

Sejak kejadian malam itu,Erin selalu menangis seorang diri.Hilang semangatnya.Masih dalam ketakutan.aku mengambil keputusan untuk pulang ke kampung menenangkan diri dengan membawa seorang rakan lagi.Dia takda tempat nak pergi masa tu.So,aku bawak dia..Begitu juga rakan yang lain.Masing-masing mencari semangat diri yang hilang itu.Hampir sebulan selepas kejadian,bill elektrik kami meningkat mendadak.Semua gara-gara kejadian tu.Start jam 7,kami pasang semua lampu yang ada dalam,luar hostel.Sampai ke pintu pagar pun,lampu terpasang.Hah,memang berbaloi.ambik kau bayar bil mahal!grill berpasang pun tak selamat rupanya.

sejak malam itu juga,aku mengamalkan petua kedua orang tua aku.Pakai underwear terbalik!sebab kalu buat macam tu,segala ilmu jahat yang nak datang kat kita,tak menjadi.Bila malam pulak,tidur songsang bagi mengelakkan diri dipukau.hampir sebulan juga aku dan kawan-kawan tidur songsang..sungguh lawak.Tak cukup dengan itu,puan emak bekalkan aku dengan 2ekor ikan kuruk.Hah,aku lupa nama komersial ikan ni.alaa,ikan yang ada sisik tajam tu.tak tahu apa nama melayunya.Menurut puan emak,kalu letak ikan ni dalam rumah,kita boleh tahu akan bahaya.Sebab ikan ni akan melompat memberi isyarat.sampai tahun kedua,ikan itu tetap aku jaga.sampai la mereka menghembuskan nafas yang terakhir.

dah hampir 2 tahun perkara itu berlaku.namun masih segar di ingatan.aku tertanya,apasal orang minyak tu tak kacau aku malam tu erk?sebab aku punya kaki masa tu memang depan tingkap tu ja.Memang senang nak tarik.mungkin dia tak berselera kot tengok jari kaki yang macam jari kaki ayam ni.lalalaa..kuat sungguh instinct Erin malam tu.macam dah agak perkara buruk berlaku.sebab tu dia tutup tingkap malam tu.Kalau tak,memang aku jadi mangsa.

orang minyak!oMG!!botak...!
siapa tak tahu macamana rupa orang minyak,memang slow la korang.mungkin dia ni masih mencari mangsa baru.Hati-hati dengan orang minyak!

sungguh penat menaip entri kali ni.Huh.Pengsan**

Terima Kasih Sudi Baca Entry Ini

3 comments: