Thursday, August 21, 2014

Rentak Hidup

Assalammualaikum.
Dah berapa kurun aku tak update blog ni?ada pembaca ke? lama sangat aku menyepi.sibuk dengan hal dunia yang hanya sementara ini.Aku rasa hidup ni sangat singkat untuk kita persiakan.Kadang aku terfikir, apa tujuan aku hidup? Nak jadi orang yang macamana? apa impian?
setiap orang punya impian,Namun impian aku suda terkubur...

hidup, kadang kita berada di atas.kadang pula di bawah.kita jatuh dan bangun itu lumrah kehidupan,kita sebagai manusia kena berdiri semula dan bangkit dari kegagalan.Aku sedang cuba untuk keluar dari segala kesusahan.Setiap kali aku cuba, setiap kali itu juga aku jatuh.mungkin Allah nak uji aku supaya menjadi manusia yang kuat.putus asa jangan pernah cakap la.always.but i keep remind myself bahawa setiap kejadian yang berlaku di sekililing aku pasti ada hikmahnya.

Bapa selalu keluar masuk hospital.hospital itu seperti menjadi rumah keduanya,hati anak mana yang tidak risau melihat keadaan bapa yang selalu menahan sakit.aku puas melihat kesakitan yang bapa alami.setiap kali dia diserang asma,aku yang akan membawa beliau ke hospital.tidak mengira masa.selalu tengah malam.kadang subuh.staff hospital suda biasa dengan kehadiran kami di unit kecemasan itu.

itu cerita pasal bapa...


yang ni kisah hati....

ingat lagi tak lelaki yang aku minat secara diam tu? dia dah berpunya..sad..sad..sad...masa aku tau dia dah ada kekasih, aku diam sebentar dari aktiviti berpesbuk.aku install wechat pulak.Then aku jumpa mamat ni.kuat mengayat..mula aku tak layan sangat.but  masa aku ada masalah, boleh pulak aku ceritakan masalah dengan dia.dan dia pun menjadi pendengar setia dan sentiasa memberi nasihat.masa aku mula meletakkan hati aku kepada dia, aku diberi petunjuk bahawa dia bukan yang terbaik untuk aku.ada sesuatu yang aku tau pasal dia,bila aku minta dia jelaskan perkara sebenar, dia mengelak.dan sampai sekarang tidak menghubungi aku lagi.dan aku beransur melepaskan nama dia dari hati.sebab dia tak pernah menghubungi.ertinya aku tidak bererti dalam hidupnya.atau mungkin kerana ego? antara kami, tak da siapa mau mengalah.aku pun xhubung dia lagi..mungkin di takdirkan kisah kami berakhir macam tu..


sejak aku tamat kontrak menjadi guru pengganti selama 4bulan, aku duduk kat rumah.rutin yang sama aku buat setiap hari.kadang bosan.terfikir nak cari kerja kat bandar,tapi kesihatan bapa tak mengizinkan.hari tu dah cuba cari kerja kat bandar.tumpang rumah kawan 1 malam.tapi 1 malam tu rasa macam 1 tahun.ingat keluarga jak.tapi lepas ni aku dah nekad.nak juga cari income sendiri.sampai bila aku duk menganggur ni?kenapa ekonomi msia ni tak pandai nak stabil? kan elok bila abis belajar terus dapat kerja.dapat juga bantu keluarga.aku teringin sangat nak bantu mereka.tapi aku buntu.dapat interview pulak kat kl.macamana nak terbang ke kl? kk pun susah nak lepaskan diri.apatah lagi kat kl.tapi takpa.usaha lagi mencari kerja lain..rezeki Allah merata tempat.kita kena usaha lebih.

hujan renyai2 kat luar buat aku rasa mengantuk.sekian dulu entri untuk blog yang tidak berpenghuni ni.

May ALLAH bless us..:)
Salam sayang.



Terima Kasih Sudi Baca Entry Ini

Friday, May 24, 2013

report yang berhambur

salam all readers..

rindu sangat nak meluah kat blog ni.banyak sangat cerita yang nak dikongsi.terlalu banyak.suka duka selama ku praktikal ni tak boleh dihitung dengan jari.Takpa,kita kayuh pelan2 yer..

Hari pertama aku masuk sekolah, perasaan dah kacau bilau dah.takut kot nak berhadapan dengan semua budak2 Smk Pekan telipok ni.masa tu hari isnin.pelajar dah berhimpun da kat tapak perhimpunan.masa tu kami paling awal datang ok.pengetua pun belum sampai lagi masa tu.kitaorang dah berdiri depan bilik guru tu.semangattt tu penting..kahkah

then kami di tanya oleh guru2 kat sana.datang dari mana?U mana? blablablabla..
Then pengawas bertugas memperkenalkan kami kepada semua pelajar.kat perhimpunan tu..adoiii..dengan kaki yang menggeletar aku memberanikan diri untuk berdiri sejurus nama ku disebut.then bagi la senyuman mautt ckit.kahkah!

nanti i sambung la.part 2 ok.idea tak berapa nak jalan sangat.kahkah!nak chaww..



tajuk yang tak bleh blah.takda kena mengena!hahaha.janji enjoy!

bye!
Terima Kasih Sudi Baca Entry Ini