Sunday, March 25, 2012

skrin lappy pecah

semalam abang aku dok layan facebook guna lappy aku.Aku biarkan.sampai tengah malam juga la dia pinjam.Awal pagi aku bangun,aku tengok lappy aku dah tertutup rapat bersama broadband tanpa penutup di sisi..Aku mengemas rumah,aku cari penutup broadband aku.Takda.Bila aku buka lappy,taraaaa....!penutup broadband aku kat keybord.Bila aku on lappy,Skrin hancur!Nice....

Laju air mata aku keluar bila memikirkan asignment yang berlambak yang patut dihantar minggu depan.Ya Allah.Sakitnya hati aku.Mata aku terus bengkak gara-gara menangis.Time2 macam ni la aku di uji.Aku pulak,bila berdepan dengan masalah,memang air mata yang jadi peneman.Bukan fikir macamana nak handle.tapi memang macam itu lah diri ku yang sebenar.aku bingung macamana nak selesaikan.

Aku mesej abang aku.Guna ayat-ayat yang memang menyakitkan hatilah.Biar dia rasa.aku dah serik dah pinjamkan barang kat dorang and adik beradik yang lain.Tangan pemusnah!dulu pun macam tu juga.Tapi setakat skrin hitam punya masalah sahaja.Itu aku maafkan.aku yang dok p cari orang baiki lappy.tapi sekarang lain cerita.Bila lappy skrin dah pecah,apa peratusan dia nak pulih seperti sedia kala?mungkin 10% sahaja.Silap-silap,terpaksa beli lappy baru.Kesian puan emak kalau terpaksa membagi duit beli lappy baru.Taknak aku.Dulu bila dia suarakan nak membeli sebijik kereta,aku bantah habis-habisan.Aku taknak dia terbeban.Cukup-cukup la dia tanggung aku masa belajar sekarang ni.lagipun,puan emak aku kumpul duit sendiri.bekerja sendiri.Bukan makan gaji bulan-bulan.aku betul tak nak menyusahkan lagi.cukup la kesusahan dia selama ini.Seolah aku sering membawa masalah pulak laa...^_^

Aku asyik marah abang aku jak.Kesian dia.Last-last,dia kol orang sebelah rumah ni untuk tengok lappy aku.nasib baik dia tak lepas tangan.hah,kan dah kena marah.agak biadap bila seorang adik marah abang sendiri.tapi,ini lah aku.aku marah sebab nak sedarkan dorang betapa cuainya kerja dorang.aku marah tanda sayang.lain kali beringat.Maaf ya abang Phunga.




Terima Kasih Sudi Baca Entry Ini

Saturday, March 24, 2012

bila jodoh sudah tiada.

'Aku tak peduli.aku nak clash dengan kau jugak.kau tak pernah faham aku la.tak guna kita teruskan hubungan ni'
ayat yang membawa kepada perpisahan.selalunya orang perempuan yang akan ucap.lebih-lebih lagi ketika mereka dalam keadaan marah.Ingatlah wahai permpuan,bila marah,perasaan sakit hati itulah yang membuat fikiran kita menjadi tidak waras.Bila berpisah,mula la berendam air mata.termenung sehari.terkenang kepada si dia.'dia buat apa sehari ni?'rindu lah.....

Untuk apa dikenang masa bersama.Move forward.tidak guna menangisi orang yang sudah tidak peduli akan kita.Aku selalu perhati seorang sahabat ni.Bila bercinta,bukan main.asyik keluar malam.bercinta tak lama,tetiba clash!hah,mula la termenung seorang diri.makan tak lalu.asyik terkenang si dia yang melukai hati.kekadang,sedih bila tengok dia tatap gambar ketika bersama si kekasih di lappy.terfikir ka kita dimana silapnya?mengapa berlaku perpisahan itu?


Sebab......

Kita tak percaya pasangan sendiri.dalam hubungan,kepercyaan harus diletakkan pada aras yang tinggi.Lebih lagi apabila pasangan kita berjauhan dengan kita.Kenapa harus prasangka buruk?Percaya bahawa dia takkan membuat sesuatu tanpa pengetahuan kamu.pada saat inilah fikiran yang positif harus memainkan peranannya.

Egios.ada pasangan yang egois sukar untuk mengaku kesilapan sendiri.'Kenapa pulak aku yang harus minta maaf'?sering timbul persoalan begini.tidak mahu mengaku kalah dengan pasangan sendiri.Jika difikir,mengapa harus ada egois dalam diri sekiranya inginkan hubungan itu berkekalan?Buang egois anda.

sering menipu.menipu boleh sekiranya ingin menyelamatkan sesuatu hubungan.Orang pompuan memang tidak suka ditipu.Sensitif!Jangan disiram minyak hatinya.Bila orang pompuan ditipu,umpama api perasannnya dan akan meledakkan kemarahannya.bila dah marah,susah lagi nak pujuk.muncung sampai 360 darjah.pandai buat,pandai tanggung.Masa tu mula la beli teddy bear untuk memujuk orang pompuan.

Mengungkit kisah lama.setiap pasangan mempunyai cerita cinta bersama pasangan terdahulu.Namun,ada segelintir yang suka mengungkit kisah lama yang boleh membuatkan hubungan retak.pada ketika ada pergaduhan la selalu mengungkit kisah lama.membandingkan diri dengan kekasih dahulu.Mengapa harus diungkit?.Masa lalu tidak akan kembali.Ciptalah memori terindah bersama si dia selagi kamu masih ditakdirkan untuk bersama.





bila jodoh itu sudah tiada,usah ditangisi.Carilah pengganti secepat mungkin.Jangan jadikan kenangan lama itu sebagai tembok untuk mencipta cinta baru.





Terima Kasih Sudi Baca Entry Ini