Saturday, March 24, 2012

bila jodoh sudah tiada.

'Aku tak peduli.aku nak clash dengan kau jugak.kau tak pernah faham aku la.tak guna kita teruskan hubungan ni'
ayat yang membawa kepada perpisahan.selalunya orang perempuan yang akan ucap.lebih-lebih lagi ketika mereka dalam keadaan marah.Ingatlah wahai permpuan,bila marah,perasaan sakit hati itulah yang membuat fikiran kita menjadi tidak waras.Bila berpisah,mula la berendam air mata.termenung sehari.terkenang kepada si dia.'dia buat apa sehari ni?'rindu lah.....

Untuk apa dikenang masa bersama.Move forward.tidak guna menangisi orang yang sudah tidak peduli akan kita.Aku selalu perhati seorang sahabat ni.Bila bercinta,bukan main.asyik keluar malam.bercinta tak lama,tetiba clash!hah,mula la termenung seorang diri.makan tak lalu.asyik terkenang si dia yang melukai hati.kekadang,sedih bila tengok dia tatap gambar ketika bersama si kekasih di lappy.terfikir ka kita dimana silapnya?mengapa berlaku perpisahan itu?


Sebab......

Kita tak percaya pasangan sendiri.dalam hubungan,kepercyaan harus diletakkan pada aras yang tinggi.Lebih lagi apabila pasangan kita berjauhan dengan kita.Kenapa harus prasangka buruk?Percaya bahawa dia takkan membuat sesuatu tanpa pengetahuan kamu.pada saat inilah fikiran yang positif harus memainkan peranannya.

Egios.ada pasangan yang egois sukar untuk mengaku kesilapan sendiri.'Kenapa pulak aku yang harus minta maaf'?sering timbul persoalan begini.tidak mahu mengaku kalah dengan pasangan sendiri.Jika difikir,mengapa harus ada egois dalam diri sekiranya inginkan hubungan itu berkekalan?Buang egois anda.

sering menipu.menipu boleh sekiranya ingin menyelamatkan sesuatu hubungan.Orang pompuan memang tidak suka ditipu.Sensitif!Jangan disiram minyak hatinya.Bila orang pompuan ditipu,umpama api perasannnya dan akan meledakkan kemarahannya.bila dah marah,susah lagi nak pujuk.muncung sampai 360 darjah.pandai buat,pandai tanggung.Masa tu mula la beli teddy bear untuk memujuk orang pompuan.

Mengungkit kisah lama.setiap pasangan mempunyai cerita cinta bersama pasangan terdahulu.Namun,ada segelintir yang suka mengungkit kisah lama yang boleh membuatkan hubungan retak.pada ketika ada pergaduhan la selalu mengungkit kisah lama.membandingkan diri dengan kekasih dahulu.Mengapa harus diungkit?.Masa lalu tidak akan kembali.Ciptalah memori terindah bersama si dia selagi kamu masih ditakdirkan untuk bersama.





bila jodoh itu sudah tiada,usah ditangisi.Carilah pengganti secepat mungkin.Jangan jadikan kenangan lama itu sebagai tembok untuk mencipta cinta baru.





Terima Kasih Sudi Baca Entry Ini

Friday, March 23, 2012

Tangan ibu


Tika kita lapar...tangan ibu yang menyuap,
Ketika kita haus...tangan ibu yang memberi minuman,
Ketika kita menangis...tangan ibu yang mengesat air mata,
Ketika kita gembira...tangan ibu yang menadah Syukur,
memeluk kita erat dengan deraian air mata bahagia,

Ketika kita dilanda masalah...tangan ibu yang membelai..
Ketika kita mandi...tangan ibu yang meratakan air ke seluruh badan,membersihkan segala kekotoran,
Ketika kita mengantuk...tangan ibu yang dodoikan
dengan penuh kasih sayang,

Namun,
Ketika ibu sudah tua & kelaparan...
tiada tangan dari anak yang menyuap,
Dengan tangan yang menggeletar,
ibu suap sendiri makanan ke mulut dengan linangan air mata,
Ketika ibu sakit...di mana tangan anak yang
ibu harapkan dapat merawat kesakitan ibu?

Ketika nyawa ibu terpisah dari jasad...
Ketika jenazah ibu nak dimandikan...
di mana tangan anak yang ibu harapkan
untuk menyirami jenazah ibu buat kali yang terakhir.

Tangan ibu, tangan ajaib...
Sentuhan ibu, sentuhan kasih...
Boleh membawa ke Syurga Firdausi...
Ciumlah tangan ibu,
Sebelum ibu pergi bertemu Illahi & takkan kembali lagi..
Hargailah dan sayangilah mereka selagi masih berkesempatan...

P/s: Aku sayang puan Emak aku..Sayang ketat2.

Terima Kasih Sudi Baca Entry Ini